KUALA LUMPUR:Malaysia mengecam keras serangan yang berlaku di kota Nice di Perancis pada 29 Oktober lalu.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Negeri turut mengucapkan takziah kepada keluarga mereka yang terbunuh, dan berharap mereka yang cedera dalam serangan itu segera sembuh.
"Kerajaan juga berharap individu yang melakukan serangan itu dibawa ke muka pengadilan.
"Serangan itu sekali lagi mengingatkan masyarakat antarabangsa tentang keperluan mendesak untuk usaha bersama menghapuskan tindakan dan ancaman keganasan secara menyeluruh dan berkesan.
"Terbukti, ancaman global ini tidak mengenal sempadan, agama dan perkauman," kata kenyataan itu.
Untuk usaha yang berkesan, semua anggota masyarakat antarabangsa harus bersatu menangani punca keganasan dan mempromosikan saling menghormati, dan harmoni dan hidup bersama secara aman, sambil menentang penganiayaan, provokasi, prasangka, serta agama atau kebencian antara kaum.
BACA: Mahfuz kemuka usul minta kerajaan hantar nota bantahan terhadap Emmanuel Macron
BACA: Pendirian Macron sukarkan proses perdamaian kaum, Islamofobia - Penganalisis
Pada Khamis, dua individu dilaporkan maut dalam satu kejadian serangan di sebuah gereja di bandaraya Nice, Perancis.
Menurut pihak polis negara itu, kejadian tersebut berlaku ketika seorang individu yang bersenjatakan pisau meluru ke gereja tersebut sebelum bertindak menyerang orang awam yang berada di situ.
Polis mengesahkan, setakat ini dua orang awam maut dalam serangan terbabit, sementara beberapa lagi individu mengalami kecederaan.
Astro Awani
Fri Oct 30 2020

Kerajaan juga berharap individu yang melakukan serangan itu dibawa ke muka pengadilan. - Gambar Fail
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.

Malaysia pantau rapat situasi di Syria, utamakan keselamatan rakyat
Malaysia memantau secara rapat perkembangan situasi di Syria serta potensi implikasinya terhadap kestabilan serantau.

Malaysia kecam serangan Israel, desak PBB ambil tindakan lindungi pasukan pengaman
Malaysia seru Majlis Keselamatan PBB ambil tindakan segera, tegas, dan bersepadu bagi memastikan keselamatan semua anggota pengaman PBB.

Timbalan Menteri Luar ketua delegasi Malaysia ke NAM
Kenyataan Malaysia antara lain akan menekankan keperluan untuk mengukuhkan perpaduan dan solidariti dalam kalangan negara-negara membangun.

'Kami perlu berhati-hati beri sebarang kenyataan' - KLN
Kementerian Luar Negeri perlu berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan kerana melibatkan hubungan antara negara.

Konflik di Gaza tidak jejas persiapan TH
Konflik Palestin-Israel di Gaza tidak akan menjejaskan persiapan Lembaga Tabung Haji (TH) untuk terus menghantar jemaah haji bagi menunaikan Rukun Islam kelima itu musim depan.

401 rakyat Malaysia mangsa sindiket penipuan pekerjaan di luar negara diselamatkan
Kementerian Luar Negeri (KLN) telah menerima sejumlah 564 laporan mengenai warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan di luar negara, setakat Isnin lepas (13

Malaysia kutuk sekeras-kerasnya tindakan hina al-Quran di The Hague
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keji mencemarkan al-Quran oleh pelampau anti-Islam, Edwin Wagensveld yang merupakan pemimpin berhaluan kanan di The Hague, Belanda pada 22 Jan.

Isu bakar al-Quran: Wisma Putra panggil Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Sweden
Wisma Putra telah menyampaikan bantahan dan kekecewaan Malaysia terhadap keengganan pihak berkuasa Sweden mengambil tindakan terhadap Paludan.

8 mangsa sindiket tawaran kerja dibawa pulang dari Dubai - Wisma Putra
Kesemua mangsa selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 8.10 pagi Jumaat.

Tragedi Halloween Itaewon: Seorang rakyat Malaysia cedera, tiada yang terkorban
Kementerian Luar Negeri harini mengesahkan tiada warganegara Malaysia yang terkorban dalam insiden rempuhan di Itaewon, Republik Korea.