Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia dan Singapura perlu terus maju dalam semangat manfaat bersama.
Beliau menggesa rakyat Singapura untuk tidak menghakimi Malaysia menerusi apa yang mereka baca di media sosial, atau kenyataan-kenyataan bermotifkan politik oleh pihak tertentu yang memburuk-burukkan Malaysia.
Najib berkata rakan sejawatnya dari Singapura Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan beliau bersetuju bahawa kedua-dua negara tidak sepatutnya dibebani oleh sebarang isu berkaitan dengan masa lepas.
Zaman apabila sesetengah pihak menganggap perjanjian merupakan satu kelemahan sudah berlalu.
"Masa depan kita adalah sebagai rakan kongsi. Malah, baru-baru ini terdapat cadangan bahawa kedua-dua negara kita patut merumuskan bidaan Olimpik secara bersama-sama," kata Perdana Menteri dalam blog beliau hari ini.
Najib ialah antara pemimpin asing yang menghadiri perbarisan Hari Kebangsaan bersempena ulang tahun ke-50 kemerdekaan Singapura pada Ahad. Beliau diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Perdana Menteri berkata beliau akan memastikan Malaysia kekal stabil dan selamat bagi tetamu dan juga rakyat Malaysia.
"Hakikatnya adalah kami berkongsi aspirasi anda dalam tadbir urus baik, bagi ekonomi yang kukuh, inklusif dan mampan menerusi asas-asas yang kukuh, dan bagi kestabilan, keharmonian dan kepelbagaian.
"Sebab itu kami menjadi rakan kongsi yang baik, dan atas sebab itu Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan saya akan terus bekerjasama rapat untuk membawa manfaat-manfaat untuk semua rakyat Malaysia dan rakyat Singapura".
Mengimbas 50 tahun lepas ketika Singapura menjadi sebuah negara merdeka, Najib berkata: "Sebagai budak berumur 12 tahun, saya sedar signifikan Malaysia mendapat jiran baharu dan kedua-dua negara kita menyelesaikan sempadan negara kita - kedua-dua negara mengharungi pengalaman dan pengembaraan kemerdekaan masing-masing, berserta semua peluang dan kekangan yang dihadapi negara-negara membangun pada 1960-an.
"Pastinya, kami menaruh minat terhadap Singapura; sejarah dan geografi mengikat kita."
Memberikan contoh perumpamaan, "Sedangkan lidah lagi tergigit", Najib berkata: "Pendek kata, kita ditakdirkan untuk bergandingan dan perlu saling bekerjasama, bukan bersaing.
Sejak beberapa dekad lepas, beliau berkata, Malaysia mengikuti dengan dekat kemajuan Singapura dan juga bersedih dengan kematian (Perdana Menteri pertama Singapura) Lee Kuan Yew pada Mac.
"Visi beliau telah mencorakkan kemajuan Singapura, dan beliau dikagumi oleh rakan dan juga pengkritik," katanya.
Najib berkata Malaysia dan Singapura turut mempunyai perbezaan pendapat, tetapi mereka sentiasa berjaya mencapai yang terbaik apabila mereka sama-sama bekerjasama secara pragmatik "dan kita mempunyai banyak yang boleh dibanggakan".
"Perubahan pendekatan antara kedua-dua negara kita diberikan penekanan tidak lama selepas saya menjadi Perdana Menteri," katanya.
Najib menegaskan penyelesaian menang-menang dalam Butiran Perjanjian pada 2010 -- selepas tertangguh 20 tahun adalah contoh bagaimana kedua-dua negara memilih untuk maju ke hadapan dalam semangat manfaat bersama, dan mengetepikan perkara yang menjadi halangan sejak sekian lama.
"Saya gembira dengan hasil-hasil daripada hubungan rapat kita, dan berharap untuk mencapai lebih banyak lagi."
Beliau juga berkata orkid hibrid yang diberi nama Dendrobium Najib Rosmah susulan lawatan beliau ke Taman Botani Singapura pada 2009, adalah lambang hubungan antara Malaysia dan Singapura.
"Ia perlu dipupuk dengan baik - dengan itu ia akan terus berkembang."
Bernama
Mon Aug 10 2015

Najib ialah antara pemimpin asing yang menghadiri perbarisan Hari Kebangsaan bersempena ulang tahun ke-50 kemerdekaan Singapura pada Ahad. - Foto AFP

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Kos sara hidup: Lebih banyak bantuan akan diumum dalam belanjawan - Hsien Loong
Lebih banyak bantuan akan diumumkan dalam Belanjawan Singapura tahun ini terutama kepada mereka yang paling memerlukan.

Lee Hsien Loong sokong Lawrence Wong ketuai parti pemerintah singapura
Lee mengumumkan bahawa beliau akan terus berada dalam jawatankuasa eksekutif pusat dalam peranan sokongan dan penasihat.

Lee Hsien Loong lepaskan jawatan Setiausaha Agung PAP selepas 20 tahun
Hsien Loong akan serah jawatan tertinggi parti politik itu kepada penggantinya, Lawrence Wong hari ini pada sambutan ulang tahun ke-70 PAP.

Jangan biar sesuatu isu dipolitikkan hingga cemari hubungan Singapura-Malaysia - Lee
Singapura dan Malaysia tidak boleh membiarkan sesuatu isu dipolitikkan dan dimainkan, atau meracuni hubungan keseluruhan antara kedua-dua negara, kata Menteri Kanan Lee Hsien Loong.

Lee Hsien Loong tiba di Malaysia, hadir istiadat pertabalan Agong
Menteri Kanan Singapura Lee Hsien Loong tiba di Malaysia untuk menghadiri Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, esok.

Menteri Kanan Singapura Lee akan lawat Malaysia, hadir Istiadat Pertabalan Agong
Menteri Kanan Singapura Lee Hsien Loong akan melawat Malaysia dari 19 hingga 22 Julai untuk menghadiri Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim di Istana Negara, Kuala Lumpur.

PM Singapura Lawrence Wong sampai ucapan Perhimpunan Hari Kebangsaan pertama 18 Ogos
Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong akan menyampaikan ucapan Perhimpunan Hari Kebangsaan pertamanya pada 18 Ogos.

Singapura dijangka kekal stabil meskipun tidak lagi dipimpin keluarga Lee - Penganalisis
Seperkara yang perlu kita beri kredit kepada kepimpinan di Singapura ialah peralihan pemimpin yang sistematik.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lawrence Wong sah PM Singapura baharu, Lee Hsien Loong kini Menteri Kanan
Timbalan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Lawrence Wong, 51, secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Republik itu yang baharu, pada Rabu.