Sidang Kemuncak Pemimpin Persatuan Negara-Negara Pesisir Lautan Hindi (IORA) menyaksikan satu deklarasi dimeterai dalam usaha memerangi keganasan di kawasan Pesisir Lautan Hindi.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, deklarasi di bawah Pelan Tindakan IORA 2017-2021 itu menjadi titik tolak dalam menumpukan usaha negara terlibat dalam merealisasikan hasil yang seimbang.
"Penggunaan perisytiharan ini jelas menunjukkan kesungguhan negara serantau dalam memerangi ancaman keganasan secara bersama.
"Malaysia percaya bahawa kesederhanaan adalah pendekatan paling ideal dalam membendung sebarang bentuk ekstremisme termasuk keganasan.
"Ia juga boleh digunakan untuk merapatkan perbezaan serta menyelesaikan pertikaian secara terhormat dengan menekankan prinsip toleransi dan keterangkuman," katanya ketika berucap dalam mesyuarat menteri-menteri IORA pada Isnin.
Sidang Kemuncak ini dianjurkan sempena ulang tahun IORA yang ke-20 sejak penubuhannya secara rasmi pada tahun 1997.
Para pemimpin akan membincangkan serta menilai kemajuan dan pencapaian kerjasama IORA sepanjang tempoh dua dekad yang lalu, di samping melakar hala tuju kerjasama serantau ini untuk dekad yang akan datang.
Turut hadir, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak serta isteri yang mencerminkan komitmen dan sokongan berterusan Malaysia terhadap IORA, selain komitmen Malaysia untuk mengukuhkan hubungan kerjasama serantau dengan negara-negara anggota serta Rakan Dialog IORA bagi membina rantau Lautan Hindi yang aman, stabil dan makmur.
IORA kini mempunyai 21 negara anggota dari rantau pesisir Lautan Hindi serta 7 negara Rakan Dialog, iaitu, China, Mesir, Perancis, Jerman, Jepun, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Astro Awani
Mon Mar 06 2017
![Malaysia sokong deklarasi cegah dan perangi keganasan di pesisir Lautan Hindi Malaysia sokong deklarasi cegah dan perangi keganasan di pesisir Lautan Hindi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/51488778612_iora.jpg)
Deklarasi di bawah Pelan Tindakan IORA 2017-2021 itu menjadi titik tolak dalam menumpukan usaha negara terlibat dalam merealisasikan hasil yang seimbang. - Gambar Kementerian Luar
![Keganasan lebih buruk akan berlaku di timur Congo - Ketua Hak Asasi Manusia PBB Keganasan lebih buruk akan berlaku di timur Congo - Ketua Hak Asasi Manusia PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738939880_congo.jpg)
Keganasan lebih buruk akan berlaku di timur Congo - Ketua Hak Asasi Manusia PBB
Aktivis hak asasi manusia melaporkan penganiayaan oleh pemberontak dan tentera Rwanda.
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
![Parti Cinta Sabah kini komponen baharu dalam GRS Parti Cinta Sabah kini komponen baharu dalam GRS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716374403_tbPartiCintaSabah.jpg)
Parti Cinta Sabah kini komponen baharu dalam GRS
Kesemua presiden parti dalam Gerakan Rakyat Sabah (GRS) secara sebulat suara menerima Parti Cinta Sabah (PCS) menjadi komponen dalam gabungan itu.
![Perkasa pembangunan Wilayah Persekutuan Labuan - Anifah Perkasa pembangunan Wilayah Persekutuan Labuan - Anifah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61701954445_AnifahAman.jpg)
Perkasa pembangunan Wilayah Persekutuan Labuan - Anifah
Usaha membangunkan Wilayah Persekutuan Labuan perlu diperkasakan dan melalui proses transformasi supaya wilayah itu berada pada landasan tepat bagi menuju era digitalisasi.
![Anifah Aman kecewa masalah air Labuan berlarutan, sukar tarik pelabur Anifah Aman kecewa masalah air Labuan berlarutan, sukar tarik pelabur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51701164163_TBAnifahAmanjpg.jpg)
Anifah Aman kecewa masalah air Labuan berlarutan, sukar tarik pelabur
Dewan Rakyat pada 13 Oktober lepas meluluskan RUU bagi meminda Akta SPAN 2006, bertujuan memperkemas tadbir urus dan memperkukuh SPAN.
![Bekas Menteri Luar Anifah Aman dilantik Pengerusi Perbadanan Labuan Bekas Menteri Luar Anifah Aman dilantik Pengerusi Perbadanan Labuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-08/41565943452_AnifahAman.jpg)
Bekas Menteri Luar Anifah Aman dilantik Pengerusi Perbadanan Labuan
Bekas Menteri Luar Senator Tan Sri Anifah Aman telah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan (LC) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 19 Jun 2023.
![Kerjasama kunci utama pamerkan potensi Asia - Anifah Aman Kerjasama kunci utama pamerkan potensi Asia - Anifah Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687076602_AnifahAmanPersida.jpg)
Kerjasama kunci utama pamerkan potensi Asia - Anifah Aman
Kerjasama yang ikhlas dan bermakna merupakan kunci untuk mengungkap potensi besar Asia dan akan membolehkan terwujudnya aturan dunia multipolar.
![Pelantikan Anifah sebagai Senator akan tingkatkan ekonomi Labuan - LCC Pelantikan Anifah sebagai Senator akan tingkatkan ekonomi Labuan - LCC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51679746063_TBANIFAHAMAN.jpg)
Pelantikan Anifah sebagai Senator akan tingkatkan ekonomi Labuan - LCC
Dewan Perdagangan Labuan (LCC) berharap Senator Datuk Seri Anifah Aman yang baru dilantik dapat membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi pulau bebas cukai itu.
![16 senator angkat sumpah Ahli Dewan Negara 16 senator angkat sumpah Ahli Dewan Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61679299448_RaisYatim.jpg)
16 senator angkat sumpah Ahli Dewan Negara
Mereka ialah ADUN Kedah Abdul Nasir Idris, Setiausaha PAS Kedah Musoddak Ahmad, Dr A. Lingeshwaran, Amir Ghazali dan Presiden PCS Datuk Seri Anifah Aman.
![Utamakan segera pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan - Anifah Aman Utamakan segera pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan - Anifah Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61658391822_DSAnifahOmar.jpg)
Utamakan segera pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan - Anifah Aman
Parti Cinta Sabah menggesa Kerajaan Pusat dan Kerajaan Sabah untuk mengutamakan pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.
![PRU15: Saya tidak tahu perjanjian dengan Anifah - Ismail Sabri PRU15: Saya tidak tahu perjanjian dengan Anifah - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71668160976_ISMAIL.jpg)
PRU15: "Saya tidak tahu perjanjian dengan Anifah" - Ismail Sabri
Perdana Menteri jawab dakwaan Anifah ditawar jawatan menteri oleh Presiden UMNO sekiranya BN tubuh kerajaan selepas PRU15.
![PRU15: Anifah akan bantu kempen PH di Ranau - Anwar PRU15: Anifah akan bantu kempen PH di Ranau - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71668304301_AnwarIbrahim.jpg)
PRU15: Anifah akan bantu kempen PH di Ranau - Anwar
Anifah akan membantu calon PH di Ranau yang diwakili oleh Apirin Jahalan @ Taufik Sham.