HUA HIN (Thailand): Malaysia akan terus mengutamakan kerjasama pertahanan dengan negara-negara serantau dan lebih proaktif dalam memajukan peranan kepimpinan dalam isu keselamatan dan pertahanan serantau, kata Panglima Tentera Darat Malaysia (PTD) Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan.
Beliau berkata Malaysia juga akan terus meneroka kerjasama pertahanan dengan negara di luar rantau selain meningkatkan kerjasama pertahanan sedia ada kepada perkongsian strategik yang dipertingkat selaras dengan prinsip berkecuali.
"Penglibatan pertahanan masa depan Tentera Darat Malaysia akan terus diperkuat berdasarkan keperluan dan kelebihan perbandingan.
"Kami percaya masa depan kami akan diperkukuh dan dimantapkan melalui usaha tanpa henti dan berterusan ini untuk manfaat bersama dan dikongsi oleh organisasi kami di rantau ini," katanya semasa Mesyuarat Pelbagai Hala Panglima-Panglima Tentera Darat Asean ke-24 (ACAMM ke-24) di sini pada Khamis.
Dalam konteks ini, beliau berkata semua perkongsian yang berkekalan dan baru akan dibina "berdasarkan keperluan keselamatan semasa kami dan jangka panjang."
Dalam meneruskan kerjasama pertahanan antarabangsa, Muhammad Hafizuddeain berkata Tentera Darat Malaysia akan memberi keutamaan kepada peningkatan keupayaan pertahanannya dan menggalakkan kemajuan dalam sains pertahanan, teknologi dan industri.
Sementara itu, Muhammad Hafizuddeain berkata Malaysia akan terus menjalin dan mengukuhkan hubungan pertahanan di peringkat strategik, operasi dan taktikal bagi mencapai matlamat perkongsian yang boleh dipercayai.
Beliau berkata kerjasama pertahanan dua hala akan diperluas dan diteroka secara berterusan dengan cara melengkapkan mekanisme pelbagai hala yang berkesan yang memenuhi kepentingan Malaysia.
"ASEAN dan mekanisme yang diterajui oleh ASEAN menyediakan platform penting bagi Malaysia untuk bekerjasama rapat dengan negara jiran dan rakan antarabangsa kami untuk menangani cabaran keselamatan sambil mengejar matlamat bersama," katanya.
Beliau berkata Tentera Darat Malaysia telah mewujudkan perkongsian pertahanan yang boleh dipercayai melalui penyertaan aktif dalam pelbagai aktiviti pertahanan di peringkat serantau dan antarabangsa, serta menggalakkan dan menjalin perkongsian pertahanan baharu yang memberikan nilai kepada negara.
Beliau berkata Tentera Darat Malaysia komited untuk meningkatkan perkongsian pertahanannya ke tahap kredibiliti baharu yang disokong oleh agenda lima perkara, termasuk membentuk hubungan Tentera Darat Malaysia dengan negara lain, menguruskan cabaran keselamatan bersama dan menggalakkan kestabilan serantau mengikut undang-undang antarabangsa, konvensyen, peraturan dan norma.
"Tentera Darat Malaysia akan meningkatkan keupayaan dan persediaan pertahanannya, serta memajukan kedudukan dan kepentingan Tentera Darat Malaysia di pentas antarabangsa," katanya.
Terdahulu, Menteri Pertahanan Thailand Sutin Klungsang merasmikan ACAMM ke-24 yang diadakan di Hua Hin, Provinsi Prachuap Khiri Khan.
Panglima Tentera Darat dari 10 negara ASEAN mengambil bahagian dalam acara sehari bertemakan "Kerjasama Tentera untuk memperkukuh Pemusatan ASEAN".
Dalam ucapan pembukaannya, Sutin berkata ACAMM berfungsi sebagai platform untuk membina rangkaian pemimpin-pemimpin tentera bagi mengukuhkan daya tahan masyarakat ASEAN.
"Dalam era teknologi memainkan peranan penting dan dunia menghadapi pelbagai cabaran yang rumit, meningkatkan keselamatan di Asia Tenggara bergantung kepada kerjasama. Tentera seharusnya menyokong dasar negara dan mewujudkan asas kukuh untuk pelbagai misi.
"Pada masa lalu, Tentera ASEAN telah menunjukkan keupayaan mereka dalam menangani pelbagai cabaran, baik dalam tempoh aman dan situasi krisis selain terbukti menjadi kuasa penting dalam mendorong pelbagai kerjasama di rantau ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 23 2023

Muhammad Hafizuddeain berkata semua perkongsian yang berkekalan dan baru akan dibina "berdasarkan keperluan keselamatan semasa kami dan jangka panjang." - Gambar Bernama
Ketepikan dasar perlindungan, hadapi cabaran global bersama
Negara-negara anggota asean digesa mengurangkan dasar perlindungan perdagangan, demi menjayakan integrasi ekonomi dan perjanjian perdagangan baharu.
Sultan Ibrahim selamat berangkat tiba di Malaysia
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selamat berangkat tiba di tanah air selepas mengadakan lawatan khas selama sehari ke Brunei, pada Rabu.
Hanya beberapa negara ASEAN laksana konsep EPR
Wartawan dari sembilan negara ASEAN hadir pada bengkel Alam Sekitar Asia Tenggara bertemaan From Pollution to Sollutions: Reporting On Plastic Pullution with Impact yang berlangsung di Jakarta, Indonesia sejak Rabu.
ADMM melabuh tirai hari ini, geopolitik jadi fokus
Sesi Permukiman Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) yang melabuhkan tirainya hari ini memperlihatkan komitmen blok berkenaan untuk mengemudi landskap geopolitik secara bersama bagi memastikan keamanan dan kestabilan berterusan di rantau ini
Pantau Agenda Reformasi: RUU MMM - Tingkatkan standard & kualiti media tempatan
Diskusi bersama tetamu berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia (MMM) 2024 yang diluluskan pada Rabu merupakan satu pencapaian penting dalam landskap media Malaysia, selepas lebih 50 tahun perbincangan dan rundingan.

Pelancong Republik Czech mengaku salah conteng dinding Maritim Malaysia
Majistret Nurkhalida Farhana Abu Bakar menjatuhkan hukuman itu kepada Brukner Martin, 33, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Inggeris.

Bintang Hollywood Gene Hackman dan isteri ditemukan mati di rumah
Pejabat Syerif Daerah Santa Fe mengesahkan pasangan itu ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa pada petang Rabu di rumah mereka di Santa Fe.
Qantas Airways isytihar dividen pertama selepas lima tahun
Syarikat penerbangan Australia Qantas Airways mengisytiharkan dividen pertamanya dalam tempoh lebih lima tahun dan melaporkan peningkatan 11.2 peratus dalam keuntungan asas separuh pertamanya pada Khamis.
Nusantara jana pelaburan baharu bernilai 1.2 trilion Rupiah
Pihak Berkuasa Nusantara menandatangani perjanjian permit penggunaan tanah dan peruntukan aset dengan empat pelabur swasta dan sebuah universiti.
Brazil komited bangunkan platform pembayaran tambahan
BRICS merancang mencari platform alternatif untuk tujuan melakukan pembayaran antara negara-negara anggotanya.

Anwar cadang empat bidang kerjasama perkasa masyarakat dalam ASEAN
Perdana Menteri mencadangkan empat bidang kerjasama bagi memperluas dan memperdalamkan kolaborasi dalam ASEAN, untuk memperkasakan rakyatnya.

Malaysia utamakan pengukuhan hubungan pertahanan, kerjasama serantau - PTD
Malaysia akan terus mengutamakan kerjasama pertahanan dengan negara-negara serantau dan lebih proaktif dalam memajukan peranan kepimpinan dalam isu keselamatan dan pertahanan serantau.