DOHA:Qatar Calendar House (QCH) mengatakan planet merah (Marikh) akan kelihatan lebih terang dan lebih besar berbanding hari biasa bermula petang Selasa hingga subuh Rabu, lapor agensi berita Qatar (QNA).
Keadaan itu berlaku disebabkan Marikh akan mencapai kedudukan terhampir dengan Bumi pada pagi Rabu, 27 Safar, 1442 H, bersamaan 14 Oktober, 2.18 pagi waktu tempatan Doha, kerana akan berada dalam posisi berselisih dengan matahari, dikenali secara astronomi sebagai fenomena pertembungan Marikh dan Matahari.
Fenomena itu amat penting, kerana dianggap peluang yang baik untuk mengamati dan melihat planet Marikh dari permukaan bumi dengan mata kasar atau mengggunakan alat astronomi untuk jangka waktu terpanjang sepanjang tahun ini, yang akan kelihatan hampir sepanjang malam, kerana waktu terbit dan terbenamnya hampir sama dengan waktu matahari terbit dan terbenam, kata pakar astronomi QCH Dr Beshir Marzouk.
Ketika fenomena ini, Marikh akan berada di kedudukan paling jauh dari matahari dan akan berada sekitar 211.5 juta kilometer (km) dari pusat matahari, pada masa sama ia berada di kedudukan paling dekat dari bumi iaitu pada jarak 62.3 juta km dari pusat bumi, tambah Marzouk.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 12 2020

Ketika fenomena ini, Marikh akan berada di kedudukan paling jauh dari matahari dan akan berada sekitar 211.5 juta km dari pusat matahari -- fotoBERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Misi UAE ke bulan, Marikh bermula
Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah mengumumkan penyertaannya dalam membangunkan modul di Stesen Lunar Gateway NASA Artemis bagi menjalankan misi kembali ke bulan dan Marikh.

Planet Marikh jadi tempat pembuangan sampah
Setakat ini, manusia telah meninggalkan lebih 6,000 kilogram sampah di Marikh.

Gambar cerun curam dirakam Mars Express di Marikh
Lurah itu sepanjang lebih 3,000 kilometer dan lebar lebih 190 kilometer serta sedalam kira-kira 6.43 kilometer.

NASA dedah imej awan di Marikh
Menurut NASA, bukan satu tugas yang mudah bagi kenderaan tersebut untuk merakamkan imej awan itu.

China keluar video, imej baru setelah mendarat di Marikh
Video menunjukkan perayau Zhurong mendarat di Marikh bersama payung terjun dan turun serta bergerak ke permukaan dataran planet merah itu.

Perseverance NASA berjaya membuat pendaratan bersejarah di Marikh
Kenderaan yang dinamakan Perseverance itu merupakan robotik ketiga yang mendarat di planet merah itu.

Misi kapal angkasa pertama UAE, 'Hope' hampiri Marikh selepas enam bulan
Misi itu akan meneroka planet Marikh dalam dinamik skala harian dan menjelajah kitaran musim Martian yang bersamaan 687 hari di bumi.

Marikh akan capai jarak paling hampir dengan bumi
Marikh akan berada dalam posisi berselisih dengan matahari, dikenali secara astronomi sebagai fenomena pertembungan Marikh dan Matahari.

Misi "Al Amal" ke Marikh akan dilancarkan bulan ini
Misi yang mula diumumkan pada 2014 itu dijangka tiba di planet tersebut tujuh bulan kemudian yang dijangka tiba sekitar Februari 2021.

China lancar roket paling berkuasa menjelang misi ke Marikh
Roket Long March 5 membawa beban satelit ujian, berlepas dari tapak pelancaran Wenchang di pulau selatan Hainan jam 8.45 malam.