KUALA LUMPUR:Masa depan untuk internet terbuka kini terancam susulan tindakan beberapa buah negara yang mewujudkan sempadan digital melalui kedaulatan data dan mewujudkan dinding digital sebagai langkah perlindungan.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Facebook, Sheryl Sandberg, tindakan perlindungan digital itu menjejaskan usaha pemulihan perniagaan dan ekonomi pasca COVID-19.
"Pandemik COVID-19 telah membuktikan nilai kesalinghubungan dan kerjasama melangkaui sempadan serta peluang ekonomi yang dicipta melalui internet terbuka yang mudah diakses.
"Namun masa depan internet terbuka ini belum terjamin. Beberapa buah negara memulakan langkah kedaulatan data dan membina dinding digital di sekeliling masyarakat.
"Sikap perlindungan digital adalah merugikan diri sendiri, berisiko memecah-belahkan internet global kepada silo nasional dan serantau sekali gus menjejaskan pemulihan perniagaan dan ekonomi merentasi rantau Asia Pasifik," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada persidangan APEC 2020.
Sheryl berkata, kesalinghubungan merentas sempadan adalah asas kepada ekonomi digital yang utuh dan ia harus dipertahankan serta diperkasakan dan bukannya disekat dengan sempadan digital baharu.
"Ketika kita bergerak ke tahun 2021 dan seterusnya, kita perlu bekerjasama untuk memelihara apa yang terbaik untuk internet terbuka, sambil melindungi privasi pengguna dan mencegah bahaya.
"Kita perlu memberi semua pengguna hak untuk menjadi sebahagian daripada masa hadapan digital," tambahnya.
Sheryl turut menyeru ekonomi APEC agar terus melaksanakan keterangkuman digital bagi membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) pulih memandangkan PKS merupakan nadi ekonomi APEC merangkumi sekitar 40 hingga 60 peratus sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
"Menteri-menteri daripada ekonomi APEC sudah menyuarakan kepentingan transformasi digital, dalam membangunkan daya tahan perniagaan, kerjasama untuk menjamin aliran data dan mengukuhkan kepercayaan pelanggan dalam transaksi digital," katanya.
Sheryl dalam masa sama menekankan kepentingan meletakan wanita sebagai agenda utama APEC memandangkan golongan itu antara yang paling teruk terjejas akibat pandemik COVID-19.
"Pemerkasaan ekonomi terangkum bermakna setiap negara perlu melabur dalam program digital dan menambahbaik kesalinghubungan antara penduduk.
"Ia juga bermakna memperkasakan wanita. Jurang jantina wujud sejak sekian lama. Wanita terjejas akibat pandemik kerana mereka lebih cenderung mempunyai tanggungjawab yang lebih kepada individu lain, cenderung dibuang kerja dan dipotong gaji," katanya
Najib Aroff
Thu Nov 19 2020

Sheryl turut menyeru ekonomi APEC agar terus melaksanakan keterangkuman digital bagi membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). - Gambar fail
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

Masa depan internet terbuka sedang terancam - COO Facebook
Pandemik COVID-19 telah membuktikan nilai kesalinghubungan dan kerjasama melangkaui sempadan serta peluang ekonomi yang dicipta melalui internet terbuka yang mudah diakses.