BANGKOK: Masa depan pemimpin politik Thailand, Pita Limjaroenrat, ibarat "telur di hujung tanduk" memandangkan beliau bakal berdepan pusingan kedua pengundian di Parlimen untuk menentukan sama ada berjaya menjadi perdana menteri atau sebaliknya.
Selain itu, Mahkamah Perlembagaan juga akan bermesyuarat pada Rabu untuk mempertimbangkan sama ada menerima petisyen Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mendakwa Pita tidak layak bertanding jawatan perdana menteri kerana mempunyai pegangan saham dalam syarikat media ketika mendaftar pencalonannya pada Pilihan Raya Umum (PRU), 14 Mei lalu.
Pemimpin Parti Move Forward (MFP) berusia 42 tahun itu berdepan kemungkinan digantung atau hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen selepas SPR memutuskan untuk merujuk kes pegangan saham media ke Mahkamah Perlembagaan.
Ketika Parlimen bersidang pada Rabu, Pita dijangka dinamakan semula untuk jawatan itu selepas gagal meraih sokongan lebih separuh daripada 749 Ahli Parlimen dwidewan dalam percubaan pertamanya Khamis lalu.
Bagaimanapun, Speaker Wan Muhamad Noor Matha berkata Ahli Parlimen akan membahaskan sama ada Pita boleh dicalonkan semula untuk jawatan perdana menteri pada Sabtu sebelum membuat keputusan.
Beliau berkata beberapa Ahli Parlimen tidak menyokong pencalonan semula Pita.
"Ada yang berpendapat usul yang ditolak tidak boleh dikemukakan semula dalam sidang Parlimen yang sama. Ahli Parlimen lain percaya pemilihan perdana menteri bukan usul umum tetapi proses untuk mencalonkan perdana menteri dan oleh itu, Pita layak untuk dicalonkan semula," tambahnya.
Pada PRU 14 Mei, MFP yang memenangi 151 kerusi dan memperoleh lebih 14.2 juta undi, mengetuai gabungan lapan parti yang memperoleh 312 daripada 500 kerusi di Dewan Rakyat.
Pheu Thai memenangi 141 kerusi, parti kedua terbesar dalam gabungan itu.
Walaupun menjadi calon tunggal perdana menteri, Pita hanya menerima 324 undi, manakala 182 undi menentangnya dan 199 berkecuali pada pengundian pusingan pertama.
Seramai 705 Ahli Parlimen hadir pada persidangan itu. Hanya 13 daripada 249 senator (seorang meletak jawatan pada Rabu) menyokong Pita manakala selebihnya mengundi menentangnya atau berkecuali.
Pita mendapat sokongan daripada gabungannya untuk dicalonkan semula pada pusingan kedua pengundian.
Bagaimanapun, ini mungkin percubaan terakhirnya untuk memenangi jawatan tertinggi kerana Pita akan memberi laluan kepada Parti Pheu Thai andai beliau kecundang sekali lagi.
Sementara itu, Parti Pheu Thai akan mencalonkan taikun hartanah Srettha Thavisin sebagai calon perdana menteri.
Penasihat kanan Parti Pheu Thai, Paetongtarn Shinawatra, berkata parti itu akan menyokong penuh pencalonan semula Pita.
Beliau berkata Srettha, seorang daripada calon perdana menteri Parti Pheu Thai, juga berada pada kedudukan terbaik untuk menjawat jawatan tertinggi itu kerana latar belakangnya dalam perniagaan dan ekonomi.
Paetongtarn, anak kepada bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra, turut menjadi calon perdana menteri parti itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 19 2023

Masa depan Pita Limjaroenrat ibarat "telur di hujung tanduk" memandangkan beliau bakal berdepan pusingan kedua pengundian di Parlimen untuk menentukan sama ada berjaya menjadi perdana menteri atau sebaliknya. - Gambar REUTERS

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mahkamah Thailand arah MFP dibubar, Pita Limjaroenrat dilarang sertai politik 10 tahun
Pita Limjaroenrat dilarang menyertai politik selama 10 tahun dan partinya, Move Forward Party (MFP) yang menang besar pada Pilihan Raya Umum dibubarkan.

Pita Limjaroenrat ikrar mahu rebut semula jawatan PM Thailand
Pita berkata, beliau hanya menunggu masa untuk bertanding semula kerana selama ini beliau tidak pernah putus asa berjuang.

Sidang Parlimen Thailand pada 4 Ogos ini bagi pilih Perdana Menteri
Ketika ini, kebuntuan politik di negara itu terus berlarutan walaupun Pilihan Raya Umum (PRU) sudah berlangsung lebih dua bulan.

Thailand: Parti Pheu Thai usaha raih sokongan ahli Parlimen
Gabungan itu memperoleh 312 daripada 500 kerusi dan memerlukan sokongan tambahan untuk mendapatkan 375 undi yang diperlukan.

Pengundian pilih PM Thailand diadakan sekali lagi Khamis depan
Parlimen Thailand akan bersidang pada Khamis depan untuk mengundi perdana menteri baharu kerana perhimpunan dwidewan yang dianggotai 749 anggota tidak dapat bersidang hari ini.

Usaha Pita untuk jadi PM Thailand berakhir pada Rabu
Usaha pemimpin parti Move Forward (MFP) Thailand, Pita Limjaroenrat untuk menjadi perdana menteri berakhir pada Rabu.

Calon PM Thailand Pita Limjaroenrat digantung sebagai Ahli Parlimen
Mahkamah Perlembagaan Thailand memerintahkan penggantungan sementara calon Perdana Menteri, Pita Limjaroenrat daripada Parlimen hari ini.

Masa depan politik Pita ibarat "telur di hujung tanduk"
Pita bakal berdepan pusingan kedua pengundian di Parlimen untuk menentukan sama ada berjaya menjadi perdana menteri atau sebaliknya.

Undi kali kedua pilih PM Thailand hari ini
Pita Limjaroenrat mendapat sokongan daripada gabungan lapan parti untuk dicalonkan semula pada pusingan kedua pengundian.

Gabungan lapan parti Thailand kembali sokong Pita dalam pengundian kali kedua
Calon perdana menteri Thailand Pita Limjaroenrat telah mendapat sokongan daripada gabungan lapan parti untuk dicalonkan semula pada pusingan kedua pengundian pada Rabu.