ITAEWON: Kawasan Itaewon yang lazimnya bergemerlapan semasa musim cuti Krismas bagaikan 'pekan hantu' tanpa kehadiran orang ramai sejak tragedi rempuhan yang berlaku Oktober lalu.
Orang ramai masih trauma dengan kejadian yang mengorbankan 158 nyawa yang kebanyakannya terdiri dalam lingkungan umur 20-30 tahun semasa sambutan Halloween di daerah hiburan popular itu.
Angka korban tragedi rempuhan Halloween Itaewon meningkat ke 158
Kebanyakan kedai, meskipun telah mendirikan hiasan Krismas dan bersedia untuk menerima tetamu tidak mendapat sambutan ramai dan sunyi dari kebiasaannya.
"Itaewon selalunya menjadi tumpuan untuk parti ketika Krismas dengan pelbagai hiasan dan dekorasi di sepanjang jalan, tetapi sekarang sunyi sepi dan muram," kata Lee Jun-hee, salah seorang penduduk tempatan.
Sementara itu, Kim Kyeong-nyeon yang juga merupakan penduduk tempatan turut merasai kesuraman itu.
"Orang ramai masih berkabung. Kita masih memerlukan masa," kongsi beliau.
Tanpa hiruk pikuk, dinding-dinding di deretan kedai dipenuhi dengan poster serta nota bagi memperingati mangsa yang terkorban.
Tragedi rempuhan di Itaewon di tengah ibu kota Seoul mengorbankan seramai 158 mangsa.
Kejadian berlaku pada 29 Oktober ketika orang ramai berpusu-pusu memenuhi pusat tumpuan itu bagi meraikan sambutan Halloween buat pertama kali selepas tiga tahun sepi akibat pandemik COVID-19.
Agensi
Tue Dec 20 2022

Kebanyakan kedai, meskipun telah mendirikan hiasan Krismas dan bersedia untuk menerima tetamu, tidak mendapat sambutan ramai dan sunyi dari kebiasaannya. - Foto REUTERS
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Seoul lancar pusat panggilan 24 jam untuk warganya yang kesunyian
Pelan ini bertujuan mewujudkan sebuah bandar di mana 'tiada siapa yang kesunyian' dengan menanganinya secara sistematik pada peringkat awal.

Satu lagi pesawat Malaysia Airlines terpaksa berpatah balik
Flight Radar24 menunjukkan MH66 berlepas dari Terminal 1 KLIA 1 jam 12.01 tengah malam Isnin ke Seoul, Korea Selatan berbanding jadual asalnya jam 11.30 malam Ahad.

Sembilan pejalan kaki maut, empat cedera selepas dirempuh kereta di Seoul
Sembilan orang maut dan empat lagi cedera selepas sebuah kereta merempuh pejalan kaki di pusat bandar Seoul pada Isnin.

Korea Selatan keluar nasihat gelombang haba
Agensi cuaca Korea Selatan pada Rabu mengeluarkan nasihat gelombang haba ketika suhu meningkat di seluruh negara.

Roda Ferris trek berkembar tertinggi dunia akan dibina di Seoul
RODA Ferris dengan trek berkembar tertinggi di dunia akan beroperasi di Korea Selatan seawal 2028.

Salji lebat diramal landa sebahagian besar kawasan di Seoul
Amaran itu berkuat kuasa pukul 9 pagi di bahagian timur laut dan barat laut Seoul serta Incheon di sebelah barat dan di kawasan Gyeonggi.

Kalahkan New York dan Seoul, Kuala Lumpur tangga ke-6 bandar raya paling ramai pengunjung
Kuala Lumpur menduduki tangga keenam sebagai bandar raya paling dikunjungi oleh pelancong sepanjang 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.