JAKARTA: Kemeriahan menyambut kedatangan Ramadan 1446H mula dirasai dengan umat Islam di ibu Jakarta menunaikan solat Tarawih pertama pada Jumaat.

Dalam pada itu, petugas di Masjid Istiqlal, Jakarta dilaporkan menyediakan 4,000 pek makanan berbuka puasa setiap hari sepanjang bulan Ramadan.

Umat Islam di seluruh dunia menyambut Ramadan, di mana ramai yang berpuasa dengan menahan diri daripada makan dan minum pada waktu siang.

Dalam satu sidang media, Menteri Agama Indonesia Nasaruddin Umar mengumumkan tarikh 1 Ramadan 1446 Hijrah adalah bersamaan Sabtu, 1 Mac 2025.

Pengumuman itu dibuat setelah selesainya persidangan Isbat (persidangan penentuan tarikh Ramadan) pada Jumaat malam, yang melibatkan pegawai kementerian, Majlis Ulama Indonesia, anggota Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia, serta wakil dari kedutaan besar di Indonesia.

Turut hadir Atase Agama di Kedutaan Besar Malaysia, Mohd Shamsuri Ghazali.

Indonesia adalah negara dengan majoriti Muslim terbesar di dunia, dengan 87 peratus daripada 282 juta penduduk di republik ini beragama Islam.