Seorang pelaga lembu atau matador popular Sepanyol menjadi mangsa pertama yang maut sejak tiga dekad lalu apabila parah dirodok lembu ketika membuat persembahan di hadapan penonton di sebuah gelanggang ke timur bandar, Teruel.
Insiden Victor Barrio, 29, ‘dikerjakan’ lembu terbabit dilihat secara langsung oleh penonton yang ketakutan.
Dia sebelum itu cedera parah apabila tanduk lembu dengan berat 500 kilogram itu menyusuk dan merabak bahagian dadanya sebelum dilambung ke udara.
Beberapa matador yang berada berhampiran akhirnya dapat mengalih tumpuan haiwan itu dan cuba menyelamatkan Barrio yang terdampar di tengah gelanggang.
Barrio bagaimanapun diumumkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Sebagai matador, Barrio menjelajah sekitar gelanggang atau 'corrida' dan membuat penampilan sulung pada 2008.
Kematiannya adalah yang pertama di kalangan matador sejak 1985.
Agensi
Sun Jul 10 2016

Sebagai matador, Barrio menjelajah sekitar gelanggang atau 'corrida' dan membuat penampilan sulung pada 2008. - Foto AFP
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pentas runtuh: Lima maut, puluhan cedera ketika laga lembu
Seekor lembu jantan turut menyerang beberapa mangsa yang terjatuh ke dalam gelanggang di Gilberto Charry Bullring.

Matador popular Sepanyol maut dirodok lembu
Dia sebelum itu cedera parah apabila tanduk lembu dengan berat 500 kilogram itu menyusuk dan merabak bahagian dadanya.