Melania Trump menyambut statusnya sebagai seorang pendatang dalam ucapannya ketika berkempen untuk suaminya, calon Republikan pilihan raya presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Dalam ucapan yang disifatkan luar biasa kerana jarang dilakukan sepanjang kempen suaminya itu, Melania menyatakan sebagai seorang migran di Amerika Syarikat, beliau memahami hasrat dan aspirasi golongan berkenaan.
"Tidak ada yang menghargai kebebasan dan peluang yang diberi oleh Amerika lebih daripada saya," kata Melania, yang berasal dari Slovenia, ketika berucap di Berwyn, Pennsylvania, pada Khamis.
"Saya seorang migran dan tiada siapa yang lebih menghargai erti kebebasan dan peluang di Amerika Syarikat berbanding saya, sebagai seorang wanita yang berdikari dan seorang yang telah berhijrah ke Amerika. Semangat cintakan negara ini adalah sesuatu yang kami kongsi bersama sejak saya bertemu Donald. Dia cintakan negara ini dan dia tahu apa perlu dilakukan, bukan hanya bercakap sahaja.
"Adalah menjadi satu penghormatan dan penghargaan untuk berkhidmat demi negara ini. Saya akan memperjuangkan isu wanita dan kanak-kanak."
Sekiranya suaminya menang Selasa depan, Melania turut menyifatkan bahawa menjadi satu "penghormatan dan keistimewaan" untuknya berkhidmat sebagai Wanita Pertama.
Agensi
Fri Nov 04 2016

Melania ketika berucap di Berwyn, Pennsylvania pada 3 Nov. - AFP
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Trump arah henti pemisahan anak pendatang asing
Lebih 2,300 kanak-kanak terpisah daripada ibu bapa dan saudara-mara mereka, selepas merentasi sempadan AS-Mexico secara haram sejak 5 Mei.

Apa yang anda perlu tahu berhubung 'sekatan imigresen Trump'
Apa yang anda perlu tahu berhubung 'sekatan imigresen Trump'?

Nasib mungkin berbeza jika rakyat Perancis dibenar bawa senjata - Donald Trump
Donald Trump berkata serangan di Paris yang meragut sekurang-kurangnya 129 nyawa pada Jumaat mungkin menyaksikan kesudahan yang berbeza sekiranya rakyat Perancis dibenarkan membawa senjata.