BARU-BARU ini, Korea Utara telah memutuskan hubungan dengan Malaysia akibat daripada keputusan Mahkamah Persekutuan untuk mengekstradisi warga Korea Utara, Mun Chol Myong ke Amerika Syarikat.
Sebelum ini, perkara yang sama berlaku apabila saudara tiri pemimpin tertinggi Korea Utara terbunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada tahun 2017.
Terdapat usaha untuk memperbaiki hubungan dengan Pyongyang pada tahun 2019, tetapi ternyata akhirnya putus jua.
Malaysia dikenal dunia sebagai negara yang menjalin hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara dunia.
BACA: Korea Utara sah putuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia
BACA: Malaysia tutup pejabat di Pyongyang, semua kakitangan diplomatik Korea Utara diarah pulang
Ini dapat dilihat daripada keunggulan pasport Malaysia yang membolehkan warganya berkunjung ke 178 negara tanpa keperluan visa, menurut Indeks Passport Henley pada tahun 2020.
Lagi pula, Global Passport Index mengakui pasport Malaysia hampir setaraf kuatnya dengan pasport Amerika Syarikat.
Reputasi Malaysia sebagai negara berkecuali diiktiraf dan sejak kemerdekaan, Kuala Lumpur tidak pernah mempunyai konfrontasi yang berpanjangan dengan mana-mana negara.
Konfrontasi dengan Indonesia pada awal kemerdekaan dapat diselesaikan menerusi kebijaksanaan pemerintah Malaysia pada ketika itu.
Hubungan dengan Afrika Selatan kembali terjalin setelah pemerintahan apartheid runtuh pada tahun 1990.
Mengambil iktibar daripada sejarah kebitaraan diplomasi Melayu, mungkinkah hubungan Malaysia-Korea Utara dapat dipulihkan semula?
BACA: 'Malaysia akan terima akibat' - Konsulat Korea Utara
BACA: Kakitangan, keluarga Kedutaan Korea Utara tinggalkan Malaysia
Diplomasi Kerajaan-kerajaan Melayu Terdahulu
Malaysia yang wujud pada hari ini berdiri daripada runtuhan kerajaan-kerajaan Melayu lama yang pernah mendominasi Kepulauan Melayu.
Srivijaya, sebagai contoh telah wujud lebih daripada enam abad hasil daripada hubungan diplomasi yang baik dengan kuasa-kuasa besar pada ketika itu, terutamanya Empayar Cina.
Setelah Kesultanan Melaka mengambil tampuk kekuasaan pada abad ke 15, ianya telah menjadi pusat penyebaran agama Islam dan budaya Melayu di rantau ini.
Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka disebut sebagai undang-undang berdasarkan Syariah terbaik di Alam Melayu pada ketika itu.
Sultan yang memerintah dibantu oleh Pembesar Melayu Berempat menerusi pentadbiran berasaskan Syura, seperti yang diabadikan dalam pepatah Melayu ‘Bersendal seciap bak ayam, berdenting bagai besi’ dan ‘Hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah’.
Konsep pemerintahan berdasarkan permesyuaratan atau Syura ini seiring dengan tradisi yang diamalkan oleh pentadbiran Nabi Muhammad SAW dengan sahabat-sahabat Baginda.
BACA: Kakitangan pejabat Kedutaan Korea Utara mula mengosongkan bangunan
BACA: Korea Utara berdepan kerugian putus hubungan dengan Malaysia - Penganalisis
Kesultanan Melaka
Walaupun tamadun Melayu telah wujud ratusan tahun sebelum wujudnya Kesultanan Melaka, akan tetapi, kesultanan inilah yang pertama bertapak di Semenanjung Tanah Melayu yang mampu menguasai rantau ini.
Kesultanan Melaka yang berkuasa sejak abad ke 15 berupaya menjalinkan hubungan diplomatik menerusi polisi berkecuali atau ‘neutrality’ yang diamalkan Malaysia pada hari ini.
Sebagai sebuah pusat perdagangan dan pelabuhan terkemuka, kepentingan pedagang-pedagang dan perdagangan adalah yang paling diberikan keutamaan dalam polisi hubungan diplomatik Melaka.
Melaka menjalin hubungan yang baik dengan Maharaja Cheng Zhu dari Dinasti Ming.
Pada tahun 1403 dan 1404, telah berlaku pertukaran utusan di antara Melaka, sebuah kerajaan yang baru ditubuhkan dengan Empayar Cina yang telah lama mentadbir Dunia bahagian timur.
Bagaimana mungkin sebuah kerajaan Melayu yang baru lahir boleh diiktiraf sedemikian rupa oleh empayar ulung dunia kalau tidak kerana seni diplomasi Melayu, selain daripada kepentingan ekonomi?
Hubungan ini berterusan selama hampir seabad sehingga Melaka dijajah Portugis pada tahun 1511.
Selain daripada Empayar Cina, Melaka juga menjalin hubungan yang baik dengan kerajaan Majapahit dan Siam, yang kedua-duanya pernah memusuhi Srivijaya, kerajaan leluhur Kesultanan Melaka.
Perlu diingat pemerintah Siam di Temasik (Singapura), Raja Temagi, telah dibunuh oleh Parameswara sebelum kesultanan Melaka diasaskan oleh putera dari Srivijaya ini.
Akan tetapi, disebabkan oleh hubungan baik Melaka dengan Empayar Cina serta kebolehan pemerintah pada ketika itu berdiplomasi, Melaka dapat mengekalkan hubungan baik dengan kerajaan-kerajaan serantau ini.
Sewaktu puncak kekuasaannya, Kesultanan Melaka juga berhubungan dengan Jepun pada ketika itu menerusi Kerajaan Ryukyu, hampir setengah abad lamanya.
Hubungan ini didokong oleh kepentingan ekonomi dan diplomasi yang baik di antara kedua-dua kerajaan kuno ini.
BACA: Keputusan Korea Utara tidak beri kesan terhadap ekonomi - Mustapa
BACA: Tindakan Korea Utara tidak jejaskan pelaburan asing - Azmin
Kesultanan-Kesultanan Melayu Lain
Setelah Melaka runtuh pada kurun ke 16, Kesultanan-kesultanan Aceh dan Johor, antara lain, muncul sebagai penguasa Nusantara.
Sebelum Aceh dikuasai Belanda pada awal abad ke 20, kerajaan ini pernah menjalin hubungan yang baik dengan Empayar Uthmaniyah yang telah mendukung kesultanan ini dari segi perdagangan dan ketenteraan.
Kesultanan Johor yang kekal wujud sebagai sebahagian daripada Malaysia pada hari ini juga mampu berdiri berabad lamanya oleh kerana hubungan diplomasinya yang baik dengan banyak negara, terutama negara-negara Barat.
Maharaja Abu Bakar, sebagai contoh telah aktif melakukan lawatan ke beberapa negara di seluruh dunia bagi tujuan menjalin dan mengutuhkan hubungan diplomasi.
Kebitaraan Baginda dalam berdiplomasi telah mengangkat Kesultanan Johor sebagai salah sebuah negara berdaulat yang diiktiraf Ratu Victoria, ratu bagi empayar terbesar di dunia pada tahun 1885.
Bayangkan, bagaimana mungkin Empayar British dapat mengangkat Kesultanan Johor, negara kecil di bahagian Timur sebagai kesultanan berdaulat yang dihormati Baginda Queen, jika tidak kerana kebitaraan Baginda berdiplomasi.
Diplomasi Malaysia Pada Hari Ini
Kemerdekaan Malaysia yang berjaya didapatkan pada tahun 1957 adalah tidak lain dan tidak bukan hasil diplomasi dan perbincangan dengan pihak British yang diterajui oleh Bapa Kemerdekaan Negara, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Setelah itu, Malaysia telah banyak menjalin hubungan dengan hampir semua negara di dunia dan rata-ratanya dikenal sebagai sebuah negara yang mempunyai reputasi diplomasi yang utuh.
Selain bersendikan prinsip berkecuali, dasar hubungan luar Malaysia juga disulami falsafah ‘Diplomasi Islamik’ yang menjurus kearah kedamaian serantau.
Malaysia telah mengelak daripada terjerumus ke dalam mana-mana konflik bersenjata dan menyelesaikan banyak perkara menerusi perbincangan dan penyelesaian pihak ketiga.
Sebagai contoh, Mahkamah Keadilan Antarabangsa telah dirujuk bagi menyelesaikan kekusutan kes Batu Puteh bersama Singapura serta Sipadan-Ligitan bersama Indonesia.
Dalam konflik Laut China Selatan, Malaysia memilih jalan diplomasi bagi mencari jalan keluar dan telah beberapa kali menyatakan hasrat untuk memperkembangkan ‘Code of Conduct’ dan ‘Declaration of Conduct’ bersama negara-negara lain yang menuntut hak maritim di kawasan perairan yang luas ini.
Berdasarkan fakta-fakta ini, Malaysia akan dapat mengharungi krisis bersama Korea Utara ini walaupun diselimuti pelbagai cabaran.
Dengan reputasi baik Malaysia di mata dunia, mana-mana negara tidak akan senang melihat sekiranya Korea Utara cuba untuk memberi ancaman kepada Malaysia.
Ancaman kepada Malaysia bermaksud ancaman kepada negara-negara serantau ASEAN juga.
Seni diplomasi Malaysia jelas terpahat dalam “Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah 101 Isyarat Perang” – 100 langkah pertama adalah perbincangan, langkah terakhir adalah perang.
Dalam erti kata lain, perang bukanlah jalan penyelesaian.
Seiring berjalannya waktu, krisis dengan Korea Utara boleh secara berperingkat diselesaikan menerusi kebitaraan diplomasi Malaysia yang tidak mahu memusuhi mana-mana negara di dunia.
* Mohd Hazmi Mohd Rusli (Ph.D) adalah Profesor Madya di Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia.
** Mohd Ridwan Talib adalah peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya yang beramal.
*** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Prof Madya Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli, Mohd Ridwan Talib
Mon Mar 22 2021

Seni diplomasi Malaysia jelas terpahat dalam "Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah 101 Isyarat Perang" - 100 langkah pertama adalah perbincangan, langkah terakhir adalah perang. -REUTERS
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.
UK akan umum pakej sekatan baharu, terbesar ke atas Rusia
Kerajaan Britain akan mengumumkan pakej sekatan baharu bagi terus menekan Rusia sempena tahun ketiga pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johari
Menyifatkan langkah itu sebagai kolaborasi baik antara kedua-dua pihak, katanya beliau belum menerima sebarang makluman berkaitan tarikh perbincangan tersebut.
Fokus angkat martabat negara, bukan jatuhkan sesiapa - PM
Kata Anwar, peluang bulan Ramadan yang bakal tiba perlu digunakan dengan majlis ilmu untuk memperkasa individu dan masyarakat, dan bukannya diisi dengan tohmahan dan fitnah untuk menjatuhkan mana-mana pihak.

Mendepani krisis Malaysia-Korea Utara: Teladan kebitaraan diplomasi Melayu
Seiring berjalannya waktu, krisis dengan Korea Utara boleh secara berperingkat diselesaikan menerusi kebitaraan diplomasi Malaysia yang tidak mahu memusuhi mana-mana negara di dunia.