BEIJING: Menteri Luar China Wang Yi akan melawat Singapura, Malaysia, dan Kemboja dari 10 hingga 13 Ogos, lapor Xinhua memetik jurucakap Kementerian Luar Mao Ning pada Rabu.
Menurut Mao, lawatan Wang, yang juga ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) itu adalah atas jemputan Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar dan Kerjasama Antarabangsa Kemboja Prak Sokhonn.
Tahun ini juga merupakan ulang tahun ke-10 visi membangun komuniti berkongsi nasib dan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan negara di Asia Tenggara itu berada di barisan hadapan dalam memajukan wawasan berkenaan.
Beliau berkata hubungan China dengan Singapura, Malaysia dan Kemboja berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan yang kukuh, manakala China dan Singapura telah menjalin perkongsian berorientasikan masa depan berkualiti tinggi secara menyeluruh.
China dan Malaysia pula telah mencapai persefahaman bersama untuk membina komuniti berkongsi nasib, manakala China dan Kemboja sedang berusaha untuk memulakan era baharu membina komuniti China-Kemboja yang berkualiti tinggi, kata jurucakap itu.
Menurutnya, China berharap lawatan itu akan meningkatkan komunikasi strategik dengan tiga negara Asia Tenggara itu dan meletakkan ciri baharu dalam hubungan China-Singapura untuk bertindak bagi mencapai kemajuan kukuh dalam membina komuniti berkongsi nasib dengan Malaysia dan Kemboja selain memperkukuh kerjasama BRI yang berkualiti.
China bersedia untuk bekerjasama dengan tiga negara berkenaan dalam menjayakan Inisiatif Pembangunan Global, Inisiatif Keselamatan Global dan Inisiatif Tamadun Global, meningkatkan pemulihan ekonomi, menjaga keamanan dan ketenteraman.
Selain itu, beliau berkata China turut bersedia untuk memperkukuh pertukaran dan pembelajaran bersama serta memberi sumbangan lebih besar ke arah keamanan, kestabilan dan pembangunan wilayah dan selainnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 09 2023
Menteri Luar China Wang Yi akan melawat Singapura, Malaysia, dan Kemboja dari 10 hingga 13 Ogos. - Gambar fail/AP
AWANI Ringkas: Pertemuan MMA, Menteri Kesihatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
WEF 2025: Turunkan harga minyak, potong kadar faedah atau berdepan tarif - Trump
Trump turut memberi amaran untuk mengenakan tarif jika pemain industri bertindak menghasilkan produk di luar Amerika Syarikat.
#AWANIRingkas 24 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Januari 2025
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
UEL: Gol dramatik Bruno Fernandes pacu kemenangan Manchester United
Tuan rumah menguasai perlawanan dalam separuh masa pertama namun tidak berjaya menoktahkan beberapa peluang terhidang dengan jaringan.
PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata
Bantuan, kargo dan petugas kemanusiaan kini dapat memasuki kawasan yang sebelum ini sukar diakses.
AWANI Pagi: Debat ukir nama uiam sebaris universiti ternama dunia
Ikuti diskusi pagi Jumaat bersama Prof Datuk Dr. Mohamad Fauzan Noordin, Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Libatsama Komuniti), UIAM dan Anas Ahmad Zaharim, pendebat UIAM berkongsi kejayaan luar biasa di Kejohanan Debat Universiti Dunia 2025 di Panama, Amerika Tengah, sekali gus mengharumkan nama negara di peringkat global.
Imigresen tahan 38 warga asing di Kampung Baru
Op Sapu KL Strike Force itu dijalankan oleh 35 pegawai selepas risikan selama dua minggu di lokasi terbabit berikutan aduan penduduk setempat mengenai kebanjiran warga asing.
Dilema tersorok ekonomi, apa yang kritikal?
Perbincangan eksklusif bersama Pakar Ekonomi, MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim, menyelami isu-isu tersirat dalam ekonomi Malaysia. Bagaimana dari tekanan inflasi yang semakin perlahan hingga kebimbangan terhadap pertumbuhan global, apakah cabaran kritikal yang perlu ditangani segera? Ikuti diskusi lanjut.
ELSA Speak: AI Revolusi Pembelajaran Bahasa Inggeris di WEF 2025
Syarikat ELSA Speak mencuri perhatian di World Economic Forum 2025 di Davos dengan inovasi AI mereka yang mempermudah pembelajaran bahasa Inggeris. Editor kanan, Najib Aroff, menemubual pengasasnya, Vu Van, untuk mendalami perjalanan syarikat ini sejak sebelum kecerdasan buatan menjadi arus perdana.
Insentif berasaskan dasar, pacu perubahan ekonomi tingkah laku - Rafizi
Kerajaan akan memperkenalkan lebih banyak insentif baharu menerusi Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13) selain daripada pengagihan dana dan projek untuk merangsang ekonomi, kata Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli. Beliau berkata insentif itu akan dirangka mengikut dasar yang diperlukan bagi memacu perubahan ekonomi tingkah laku dan masyarakat bagi menyokong transformasi negara.
Kumpulan Palestin tandatangani deklarasi 'tamatkan perpecahan' di Beijing
Kumpulan-kumpulan Palestin berikrar untuk menamatkan perpecahan semasa rundingan damai yang berlangsung di Beijing.
Beijing hasrat 'kurangkan selisih faham' dengan Washington - Menteri Luar China
Menteri Luar China Wang Yi berkata Beijing berhasrat "mengurangkan perselisihan faham dan tanggapan salah" dengan Washington.
PM Anwar terima kunjungan hormat Menteri Luar China di Pulau Pinang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat daripada Menteri Luar China Wang Yi.
Menteri Luar China lawat Malaysia hari ini
Lawatan ini akan mengukuhkan lagi hubungan strategik antara kedua-dua negara, merangkumi pelbagai bidang kerjasama untuk manfaat bersama.
Wang Yi adakan lawatan ke Malaysia, dua lagi negara Asia Tenggara mulai hari ini
Jurucakap kementerian berkenaan memberitahu hubungan China dengan Singapura, Malaysia dan Kemboja kini meneruskan trend perkembangan yang baik.
Menteri Luar China akan lawat Singapura, Malaysia dan Kemboja
Menteri Luar China Wang Yi akan melawat Singapura, Malaysia, dan Kemboja dari 10 hingga 13 Ogos.
Menteri Luar China jumpa PM Anwar di Pulau Pinang Jumaat ini
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan mengadakan pertemuan bersama Menteri Luar China, Wang Yi di Pulau Pinang, Jumaat ini.
Agong terima menghadap Menteri Luar China Wang Yi
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap kunjungan hormat Menteri Luar China Wang Yi di Istana Negara, hari ini.
China komited lindungi sistem antarabangsa diterajui PBB
Sebagai anggota PBB yang bertanggungjawab, China memainkan peranan penting dalam usaha memelihara orde antarabangsa.
Ceroboh ruang udara: China pertahan tindakan 16 pesawat tenteranya
China hari ini mempertahan tindakannya selepas 16 pesawat tenteranya didakwa menceroboh ruang udara Malaysia.