Menteri Luar Thailand Don Pramudwinai menghadapi tekanan yang semakin meningkat supaya meletak jawatan selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (EC) mendapati isterinya melanggar peraturan had pegangan saham lima peratus.
Mengikut Seksyen 187 Piagam Perlembagaan 2017, seorang menteri dan pasangannya dilarang daripada memiliki saham.
Walaupun Don menghadapi tekanan yang semakin meningkat untuk meletakkan jawatan, Timbalan Perdana Menteri Wissanu Krea-ngam dipetik sebagai berkata rombakan kabinet adalah terlalu awal dan meminta semua pihak menunggu sehingga perkara itu diputuskan secara muktamad oleh Mahkamah Perlembagaan.
Sementara itu, Setiausaha Agung EC, Jarungvith Phumma berkata di bawah undang-undang, anggota kabinet yang menghadapi siasatan terhadap pegangan saham tidak perlu untuk melepaskan jawatan.
Isu saham yang dipegang oleh isteri Don kini akan dibincangkan oleh Mahkamah Perlembagaan selepas ia menerima petisyen daripada EC.
Sementara itu, pegawai undang-undang Pheu Thai, Ruangkrai Leekitwattana menggesa Perdana Menteri Jen Prayut Chan-o-cha untuk menggantung tugas Menteri Luar berusia 68 tahun itu berhubung kontroversi tersebut.
Dalam pada itu, seorang aktivis, Srisuwan Janya mendesak Don tidak menunggu keputusan mahkamah tetapi segera meletak jawatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 03 2018

Isu saham yang dipegang oleh isteri Don Pramudwinai (gambar) kini akan dibincangkan oleh Mahkamah Perlembagaan selepas ia menerima petisyen daripada EC. --fotoBERNAMA

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tiga sidang kemuncak serantau dijangka dapat bantu akhiri krisis Ukraine - TPM Thailand
Ia pertama kali seumpamanya membabitkan pihak-pihak berkepentingan berkumpul sebagai peserta di tiga lokasi di Asia Tenggara.

Thailand sertai pemimpin dunia perbaharui ikrar dan komitmen tamatkan pandemik COVID-19
Thailand turut dermakan lebih 3.3 juta dos vaksin COVID-19 bernilai AS$14.5 juta kepada negara yang kekurangan vaksin tahun ini.

Menteri Luar Myanmar bertemu rakan sejawatan dari Indonesia, Thai di Bangkok
Prayuth dan Wunna Maung Lwin bertemu di Pangkalan Tentera Udara Diraja Thailand, di Don Mueng selama sejam dan menumpukan rundingan mengenai masalah politik dan bantahan di Myanmar.

ASEAN akan tubuhkan Tabung Khas COVID-19
Penubuhan tabung berkenaan merupakan salah satu daripada hasil yang dicapai semasa Mesyuarat Majlis Penyelarasan ASEAN ke-25 melalui sidang televideo pada Khamis.

Menteri Luar Thailand hadapi tekanan letak jawatan berhubung kontroversi saham milik isteri
Mengikut Seksyen 187 Piagam Perlembagaan 2017, seorang menteri dan pasangannya dilarang daripada memiliki saham.

Yingluck sah berada di London - Menteri Luar Thailand
Bekas Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra, yang melarikan diri dari negaranya sendiri bagi mengelak dari dipenjara, disahkan berada di Britain.

Bekas PM Thailand, Yingluck tidak memperoleh pasport Britain
Kenyataan beliau dikeluarkan susulan berita awal yang melaporkan Yingluck telah diberikan pasport Britain selepas mencari suaka politik di negara itu.

Thai mahu perbincangan mengenai jerebu
Thailand mahukan perbincangan dua hala dan serantau mengenai jerebu diadakan selepas masalah akibat pembakaran terbuka di Indonesia kini menjejaskan selatan negara itu.