KUALA LUMPUR: Duta Khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke Myanmar Noeleen Heyzer menggesa Menteri-menteri Luar Asean mengangkat isu Rohingya sebagai agenda utama mereka, selain turut menekankan keperluan pendidikan bagi masyarakat itu untuk cegah kemunculan "generasi yang ketinggalan".
Dalam satu kenyataan media pada Selasa semasa misi dua harinya ke Kuala Lumpur atas jemputan Menteri Luar Malaysia Saifuddin Abdullah, Noeleen turut menekankan mengenai kepentingan pekerjaan dan perlindungan yang sah untuk pekerja migran dan pelarian Myanmar di Malaysia.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada rakyat dan kerajaan Malaysia kerana menjadi tuan rumah kepada populasi pelarian Rohingya terbesar di Asean, dan menyeru penyelesaian inovatif untuk kemelut Rohingya.
"Noeleen juga menghargai peranan penting Setiausaha Agung Asean dan Pasukan Sokongan Ad-Hoc sebagai sebahagian daripada komitmen Asean di Rakhine, menjelang Mesyuarat Menteri-menteri Luar Asean pada 3 Ogos," menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Malaysia.
Beliau berkata Myanmar bertanggungjawab untuk menangani isu asas yang melibatkan Rohingya dan mewujudkan penyelesaian kekal untuk penghantaran pulang secara sukarela, selamat, bermaruah dan mampan bagi semua pelarian dan penduduk yang berpindah secara paksa.
Mengiktiraf peranan penting wanita dalam komuniti dan dimensi konflik gender, Duta Khas Noeleen juga mahu memastikan penyelesaian yang diterajui Myanmar turut merangkumi suara dan kebimbangan wanita," menurut kenyataan itu.
"Kita tidak boleh membiarkan masyarakat Rohingya berterusan berasa mereka terpinggir dan dilupakan," kata duta khas itu. Menurutnya mereka berhak untuk hidup secara bermaruah dan mesti mendapat sokongan dan perlindungan semua, termasuk masyarakat antarabangsa.
Menurut laman web UNHCR, setakat Januari tahun ini, Malaysia menerima kira-kira 181,000 pelarian dan pencari suaka setakat Januari 2022. Hampir 85 peratus daripadanya berasal dari Myanmar, termasuk kira-kira 103,000 Rohingya yang melarikan diri dari negeri Rakhine.
Sementara itu, dalam sidang media bersama Saifuddin di bangunan Parlimen hari ini, Noeleen menegaskan bahawa beliau telah mencuba yang terbaik di atas kapasitinya sebagai utusan khas untuk memastikan isu kemanusiaan di Myanmar dapat dilaksanakan melalui Konsensus Lima Perkara.
Beliau menyifatkan krisis Myanmar berikutan rampasan kuasa tentera pada 1 Feb tahun lalu sebagai krisis pelbagai dimensi yang melemahkan institusi negara dan ekonomi, sambil menambah bahawa krisis itu telah menyebabkan 50 peratus penduduk negara itu terjerumus ke dalam kancah kemiskinan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 26 2022
Noeleen merakamkan penghargaan kepada rakyat dan kerajaan Malaysia kerana menjadi tuan rumah kepada populasi pelarian Rohingya terbesar di Asean. - Gambar/ Bernama
China tolak rancangan Trump untuk "ambil alih" Gaza, pindah jutaan penduduk Palestin
China pada Rabu menolak rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, untuk "mengambil alih" Gaza dengan menyatakan ia menentang pemindahan paksa rakyat Palestin ke negara jiran.
AWANI Tonight: Trump's takeover plan will threaten regional stability
Trump's proposal for the U.S. to take over Gaza would displace millions of Palestinians, heighten tensions, and undermine the peace process, according to Prof. Datuk Dr. Rahmat Mohamad from MyAqsa Foundation.
AWANI Tonight: Thailand cuts power to Myanmar border areas linked to fraud
Thailand will suspend electricity supply to certain border areas shared with Myanmar to curb scam operations, with further discussions to be held by Prime Minister Paetongtarn Shinawatra and the National Security Council.
AWANI Tonight: Philippines: House votes to impeach VP Sara Duterte
The Philippine Lower House has endorsed an impeachment complaint against Vice President Sara Duterte, which will now move to the Upper House for trial, potentially leading to her removal from office and a lifetime ban from holding any future government position.
AWANI Ringkas: Mahkamah | Pertahanan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Konflik Gaza | Titah Adendum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Petronas, anak syarikat tidak perlu dilesenkan laksana pengoperasian petroleum di Sarawak
Petronas serta anak syarikatnya tidak perlu dilesenkan dan tidak tertakluk kepada sebarang prosedur tambahan untuk melaksanakan pengoperasian petroleum di Sarawak.
JKM pastikan bantuan makanan cukup untuk mangsa banjir di Sabah, Sarawak
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sentiasa memastikan bantuan bekalan makanan mencukupi bagi mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah dan Sarawak.
agenda 9pm 0502
Langganan 5G di seluruh negara cecah 18.19 juta setakat suku keempat 2024 - Fahmi
Pengguna rangkaian 5G di seluruh negara mencecah 53.35 peratus atau 18.19 juta langganan setakat suku keempat tahun lepas, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Setiausaha Agung ASEAN, Duta Khas PBB bincang situasi Myanmar
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Horn menerima kunjungan Duta Khas Setiausaha Agung PBB di Myanmar, Dr Noeleen Heyzer, di ibu pejabat Sekretariat ASEAN di sini hari ini.
Krisis Myanmar: Utusan Khas PBB bertemu ketua junta Myanmar
Heyzer dan Jeneral Kanan Min Aung Hlaing bertukar-tukar pandangan mengenai situasi dan mempromosi kepercayaan serta kerjasama.
Utusan Khas PBB adakan lawatan ke Myanmar
Ini lawatan pertamanya ke negara di Asia Tenggara itu sejak dilantik pada Oktober tahun lalu.
Menteri-menteri Luar Asean digesa angkat isu Rohingya
Duta Khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke Myanmar Noeleen Heyzer menggesa Menteri-menteri Luar Asean mengangkat isu Rohingya sebagai agenda utama mereka.
Konsensus 5 perkara ASEAN perlu perpaduan serantau, sokongan antarabangsa - PBB
Sebarang tindakan muhibah ke arah melindungi rakyat Myanmar dan mata pencarian mereka perlu ditunjukkan secara jelas.
Utusan Khas PBB Hyezer gesa gencatan senjata di Myanmar pada tahun baharu
Rakyat Myanmar sudah sangat menderita dan keadaan sosio-ekonomi dan kemanusiaan bertambah buruk dengan pandemik COVID-19.