JAKARTA: Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan yang menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-17 dan ADMM-PLus ke-10 di Jakarta pada Rabu, menyuarakan kebimbangan mendalam Malaysia berhubung situasi di Gaza dan keperluan gencatan senjata segera.
Dalam keadaan kritikal ini, Mohamad menekankan keperluan mendesak untuk menghentikan kehilangan lebih banyak nyawa, penderitaan dan kemusnahan, sambil menggesa semua pihak bersabar dan mengurangkan ketegangan.
"Dalam tempoh yang mencabar ini, Malaysia mengulangi pendirian tidak berbelah bahaginya supaya gencatan senjata dicapai segera, akses bantuan kemanusiaan yang tidak terhalang, dan penolakan tegas terhadap sebarang percubaan untuk memindahkan rakyat Palestin secara paksa dari tanah milik mereka," kata Mohamad dalam ucapannya pada mesyuarat itu.
Mohamad mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat dua hari bertemakan 'Keamanan, Kemakmuran, dan Keselamatan,' bersama Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Seri Isham Ishak, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Mohamad Yani Daud dan para pegawai kementerian.
Memandangkan Indonesia mempengerusikan ADMM dan ADMM-Plus bagi 2003, mesyuarat itu dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto.
Dalam ucapannya beliau membangkitkan kebimbangan mengenai keadaan yang semakin merosot di Myanmar dan menyeru negara anggota ASEAN supaya aktif menyokong Myanmar dalam mencari penyelesaian yang berkekalan.
Menyedari kedudukan dunia yang saling berkaitan, Prabowo mengakui bahawa konflik di satu wilayah boleh memberi kesan kepada yang lain, dan oleh itu beliau menggariskan perlunya penyatuan usaha di peringkat tempatan dan global.
Prabowo juga menegaskan bahawa konflik yang semakin meningkat di wilayah seperti Rusia, Ukraine, dan Asia Barat meningkatkan risiko krisis kemanusiaan yang teruk.
Beliau berkata "Indonesia sedang giat terlibat dengan pelbagai pihak untuk menyelesaikan isu ini dan mewujudkan koridor kemanusiaan untuk mangsa di Gaza."
Beliau juga menegaskan mengenai keperluan mendesak untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengambil tindakan yang lebih teguh untuk mencegah konflik serupa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 15 2023

Datuk Seri Mohamad Hasan menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-17 dan ADMM-PLus ke-10 di Jakarta pada Rabu. - Bernama
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Tarif AS 25 peratus cabaran kepada Malaysia - Mohamad Hasan
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengenakan 25 peratus tarif terhadap import automotif, semikonduktor dan farmaseutikal kelak merupakan satu cabaran kepada Malaysia.

Parlimen: Visi Komuniti ASEAN bakal dilancar, zahir inspirasi serantau - Mohamad Hasan
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN akan melancarkan Visi Komuniti ASEAN 2045, yang akan menzahirkan inspirasi ASEAN sebagai sebuah rantau bersepadu.

ASEAN: Malaysia sumbang AS$200,000 bantu proses keanggotaan Timor-Leste
Malaysia menyumbang AS$200,000 kepada Unit Timor-Leste, yang akan beroperasi di Sekretariat ASEAN di Jakarta, Indonesia.

ASEAN kesal cadangan pengusiran rakyat Palestin di Gaza
Seluruh negara anggota ASEAN sepakat tidak setuju dengan sebarang bentuk pelanggaran undang-undang antarabangsa.

Kerajaan Malaysia, Jepun segerakan pembangunan semula Gaza - PM Anwar
Kerajaan bersama Kementerian Luar telah mendapat kepastian untuk menyegerakan pelaksanaan program pembagunan semula Gaza, Palestin.

Malaysia dekatkan ASEAN kepada rakyat melalui kepengerusian inklusif
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 bertujuan untuk menjawab persoalan lama, "Apa manfaatnya untuk saya?"

Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.

Malaysia akhiri Permukiman Menteri Luar ASEAN dengan visi kesatuan dan daya tahan serantau
Permukiman yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi ini merupakan mesyuarat pertama peringkat menteri dalam kalendar ASEAN bagi tahun 2025.

Permukiman AMM sambut baik gencatan senjata Gaza
Menteri-menteri Luar ASEAN pada Ahad menyambut baik rancangan gencatan senjata terkini serta perjanjian pembebasan tawanan di Gaza.

ASEAN gesa Myanmar henti tindas rakyat, patuhi Konsensus Lima Perkara - Mohamad
ASEAN menggesa Myanmar memenuhi tanggungjawabnya sebagai anggota pertubuhan itu dan mematuhi Konsensus Lima Perkara yang telah dipersetujui sebelum ini.