JAKARTA: Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan menyatakan rasa puas hati dengan keputusan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-17 dan ADMM-PLus ke-10 selama dua hari yang membincangkan mengenai kepentingan keselamatan rantau ASEAN.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis penyerahan pengerusi ADMM kepada Laos oleh Indonesia di akhir mesyuarat itu, menteri itu berkata perbincangan di ADMM merangkumi keselamatan serantau, kerjasama dan keperluan untuk mengukuhkan pemusatan ASEAN (ASEAN centrality).
"Setiap negara membangkitkan kebimbangan khusus mengenai wilayahnya. Malaysia memberi tumpuan kepada Laut China Selatan kerana status maritim kita dan mengekalkan pendirian kukuh menyokong laluan terbuka dan bebas untuk semua.
"Kita menekankan kepentingan menghormati undang-undang antarabangsa, terutamanya Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS) 1982," kata Mohamad.
Mohamad berkata, beliau percaya ADMM sebagai platform untuk menyelesaikan masalah secara kolektif akan membolehkan usaha secara bersama-sama untuk menangani isu rumit Laut China Selatan.
Sementara itu, semasa mesyuarat ADMM Plus, Mohamad mengulangi kecaman Malaysia terhadap keganasan dan kematian orang awam terutamanya wanita dan kanak-kanak di Gaza.
"Kita mahu setiap pihak meredakan, berundur, mengadakan gencatan senjata dan menerima pakai resolusi yang diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 27 Okt," kata Mohamad mengenai konflik Hamas-Israel yang berterusan di Gaza.
Mesyuarat ADMM-Plus, yang dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto, adalah platform untuk ASEAN dan lapan rakan dialog iaitu Australia, China, India, Jepun, New Zealand, Korea Selatan, Rusia dan Amerika Syarikat untuk menilai kerjasama keselamatan dan pertahanan bagi keamanan, kestabilan dan pembangunan serantau.
Mengenai pandangan negara-negara ASEAN mengenai isu Palestin, Mohamad berkata setiap negara mempunyai pandangan sendiri tetapi secara umumnya bersetuju bahawa sitausi itu memerlukan perhatian segera untuk mengelakkan kehilangan lebih banyak nyawa.
"Malaysia menegaskan bahawa rakyat Palestin tidak seharusnya dipindahkan dari tanah mereka sendiri. Tidak sepatutnya ada usaha untuk menempatkan mereka di tempat lain kerana itu adalah tanah mereka," tambah Mohamad.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 16 2023

Mohamad berkata, beliau percaya ADMM sebagai platform untuk menyelesaikan masalah secara kolektif akan membolehkan usaha secara bersama-sama untuk menangani isu rumit Laut China Selatan. - Gambar FB ASEAN
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Rakyat Palestin tiada hak kembali ke Gaza di bawah rancangan Amerika Syarikat - Trump
"Saya akan memilikinya (Gaza). Anggap ini sebagai pembangunan hartanah untuk masa depan. Ia akan menjadi sebidang tanah yang indah. Tidak memerlukan perbelanjaan besar."

Israel arah tentera rancang bawa keluar warga Palestin ‘secara sukarela’ dari Gaza
Kata Menteri Pertahanan Israel, rakyat Palestin boleh pergi "ke mana-mana negara yang sudi menerima mereka."

Malaysia tolak pemindahan paksa rakyat Palestin
Pemindahan paksa itu merupakan satu bentuk pembersihan etnik yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan pelbagai resolusi PBB.

White House buat ‘u-turn’, cadangan Trump untuk Amerika ambil alih Gaza bukan kekal, hanya sementara
White House dakwa, Trump hanya ingin pindahkan 1.8 juta penduduk Gaza buat sementara waktu bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan semula dilakukan.

Hamas puji penubuhan kumpulan The Hague, anggap langkah penting akhiri penjajahan Israel
Kumpulan penentang Palestin, Hamas pada Ahad menyifatkan penubuhan sebuah pakatan melibatkan beberapa negara bagi menyelaraskan tindakan perundangan, diplomatik dan ekonomi terhadap pencabulan undang-

Hampir setengah juta orang kembali ke kawasan utara Gaza - PBB
PBB melaporkan bahawa "hampir setengah juta orang telah kembali ke kawasan utara Semenanjung Gaza" sejak gencatan senjata berkuat kuasa.

Mesir tidak akan terlibat dalam pemindahan paksa rakyat Palestin
Presiden Mesir menegaskan, negaranya tidak akan terlibat dalam sebarang pemindahan paksa rakyat Palestin.

Lebih 3 juta rakyat Palestin "dipenjara" oleh pihak berkuasa Israel - Kementerian
Kementerian Luar dan Ekspatriat Palestin mendedahkan bahawa lebih tiga juta rakyat Palestin kini "dipenjarakan" di bandar, pekan, dan kem pelarian mereka oleh pihak berkuasa Israel.

Malaysia atur hantar pulang 127 rakyat Palestin dalam tempoh gencatan senjata - TPM Ahmad Zahid
Kerajaan sedang mengatur penghantaran pulang 127 rakyat Palestin termasuk 41 individu cedera yang dibawa ke Malaysia sebelum ini bagi menerima rawatan.

Kekecohan di WTKL: Duta Palestin kesal, insiden tak cermin etika sebenar rakyat
Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali melahirkan rasa kesal yang mendalam terhadap kekecohan yang berlaku di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL).