JAKARTA: Jawatankuasa Penyelamat Kecemasan Perubatan (MER-C) di Indonesia menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Pasukan Pertahanan Israel (IDS) bahawa Hospital Indonesia di Gaza Utara, Palestin merupakan pusat arahan dan kawalan bawah tanah Hamas.
Pada 5 Nov, IDF mengeluarkan peta menunjukkan bahawa hospital itu berpecah kepada tiga lokasi berbeza dan menuduh Hamas menggunakan bangunan itu sebagai pusat arahan dan kawalannya.
Jurutera dan pengurus tapak MER-C bagi pembangunan hospital itu Edy Wahyudi menegaskan beliau mempunyai pengetahuan luas mengenai pengurusan pembinaan dan penyelenggaraan hospital berkenaan.
Sambil menafikan dakwaan IDF bahawa Hamas menggunakan bahagian bawah bangunan itu, beliau berkata hospital itu berada dalam satu kawasan dan dua lokasi lain yang disebut bukan sebahagian daripadanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa pembinaan hospital itu dibiayai rakyat Indonesia bermula pada Februari 2011, sekali gus membetulkan dakwaan IDF mengenai tarikh mula pada 2010.
"Tender pembangunan hospital itu bermula pada Februari 2011 seperti yang diiklankan dalam akhbar tempatan Palestin pada 2 Feb 2011.
"Pembangunan struktur hospital di kawasan 1.6 hektar di Gaza, yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Palestin, bermula pada Mei 2011," menurut Edy.
Mengenai dakwaan penemuan terowong bawah tanah dan struktur bentuk gerbang yang ditemukan oleh IDF di dua tapak lain, beliau berkata lokasi dan struktur itu tidak ada kaitan dengan pembangunan hospital.
"Tiada keadaan luar biasa atau infrastruktur terowong ditemukan sehingga lapan meter di bawah tanah pada penggalian semasa pembangunan hospital," katanya.
Edy berkata Israel mengebom lokasi berdekatan hospital itu pada 2014 semasa pencerobohannya ke atas Gaza dan ketika itu hospital berkenaan masih dalam pembinaan.
Penjelasan itu bertujuan mendedahkan mengenai potensi kerosakan jika IDF melakukan serangan udara di kemudahan terowong bawah tanah itu.
Mengenai nota suara IDF mengenai bahan api yang dicuri di hospital, beliau tidak yakin terhadap kesahihan rakaman itu dan mencadangkan supaya pengesahan dilakukan oleh pakar forensik digital bebas.
Edy berkata hanya satu daripada tiga generator berfungsi berikutan kekurangan diesel di kawasan berkenaan dan tidak cukup untuk menampung keperluan elektrik hospital.
"Sehingga Khamis, baki stok diesel di hospital hanya 1,100 liter cukup untuk sehari dan akan habis pada Jumaat," kata pengarahnya Dr Atef Al Kahlout.
Data dari 7 Nov menunjukkan bahawa 1,784 pesakit yang dibawa ke hospital itu meninggal dunia, termasuk 397 wanita dan 637 kanak-kanak manakala 4,666 lagi cedera melibatkan 651 wanita dan 1,005 kanak-kanak.
Pada masa ini, 359 individu masih menrima rawatan di hospital manakala 69 orang yang dibenarkan pulang masih berada di hospital kerana rumah mereka musnah.
Pada Selasa, Kementerian Luar Indonesia berkata pihak berkuasa Palestin di Gaza kini bertanggungjawab mengurus hospital itu dengan bantuan sukarelawan Indonesia dari semasa ke semasa.-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 10 2023

IDF menuduh Hamas menggunakan bangunan Hospital Indonesia sebagai pusat arahan dan kawalannya. - Foto MER-C
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Angka korban di Gaza melebihi 48,300 orang, lebih banyak mayat ditemukan di bawah runtuhan
Jumlah keseluruhan korban akibat serangan genosid Israel sejak Oktober 2023 meningkat kepada 48,319 orang, menurut Kementerian Kesihatan pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Setiausaha Agung OIC komited pertahan perjuangan Palestin, hak minoriti Islam
Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Hissein Brahim Taha menegaskan komitmen organisasi itu dalam mempertahankan perjuangan rakyat Palestin.

Jentera pulihkan Gaza disekat, 'jentera memusnahkan' pula dibenar masuk ke Israel - Penganalisis
Pelaksanaan gencatan senjata di Gaza ketika ini adalah tidak memuaskan berikutan kegagalan Israel melaksanakan sepenuhnya janji mereka yang melibatkan aspek penghantaran bantuan kemanusiaan.

Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab
Sidang kemuncak yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 27 Februari ditangguhkan ke 4 Mac bagi melengkapkan persiapan logistik.

Lebih 250,000 rumah musnah atau tidak boleh diduduki di Gaza
Lebih 250,000 rumah musnah atau mengalami kerosakan teruk di Semenanjung Gaza selepas 15 bulan diserang Israel.

Hamas bebas tiga tebusan, Israel lepas 369 tahanan Palestin
Bas pertama tiba di Ramallah disambut sorakan orang ramai yang mengibarkan bendera Palestin.

Pihak berkuasa Israel bebaskan kumpulan keenam tahanan Palestin
Pihak berkuasa Israel membebaskan kumpulan keenam tahanan Palestin pada Sabtu, selaras dengan perjanjian gencatan senjata di Gaza.

Malaysia, Mesir senada tolak usaha 'halau' rakyat Palestin dari bumi Gaza
Malaysia dan Mesir senada dalam pendirian menolak usaha "menghalau" rakyat Palestin keluar dari bumi Gaza.

Malaysia kekal konsisten pertahan hak Palestin - PM Anwar
Beliau berkata kerajaan juga kekal teguh dengan hak Palestin dan rakyatnya untuk membangunkan semula negara itu secara bebas.