Pasukan MERCY Malaysia kini berada di Lubnan untuk memberi bantuan kemanusiaan kepada pelarian Syria yang berada di negara itu.
Kem-kem pelarian Syria berkenaan terletak berdekatan dengan kawasan pergunungan bersalji di Lembah Bekaa.
Pasukan bantuan itu berada di Lubnan sejak 14 Januari lalu dan telah membantu lebih 500 keluarga pelarian Syria terutama ketika musim sejuk melanda Lubnan.
Pada Oktober tahun lalu, MERCY Malaysia mengadakan satu penilaian di Jordan dan Lubnan untuk mengenal pasti keperluan yang diperlukan pelarian Syria di kawasan berkenaan.
Menurut ketua pasukan MERCY Malaysia di Beirut, Norazam Ab Samah, misi kemanusiaan keempat mereka di Beirut ini adalah untuk memberi bantuan kemanusiaan kepada pelarian Syria termasuk memberikan makanan dan ubat-ubatan.
"Bagi misi kali ini MERCY Malaysia berusaha untuk mengagihkan bantuan makanan, bantuan keperluan musim sejuk seperti minyak dan juga selimut, alat pemanas dan sebagainya.
"Kami menyifatkan,pemberian keperluan ini perlu dilakukan secara berterusan memandang ia merupakan keperluan asas untuk mereka hidup dengan lebih baik di kem-kem pelarian di Lubnan ini," tambah beliau dalam satu kenyataannya kepada Astro AWANI pada Sabtu.
Krisis Syria bermula sejak 2011 dan telah menjejaskan sebahagian besar populasi di negara itu.
Lebih 1.2 juta pelarian Syria menyeberangi secara sendiri ke Lubnan dengan dianggarkan separuh daripada mereka adalah kanak-kanak.
Mariah Ahmad
Sat Jan 16 2016

Kem-kem pelarian Syria berkenaan terletak berdekatan dengan gunung salji di Lembah Bekaa. - Foto MERCY Malaysia

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Pemimpin Lubnan desak AS pastikan Israel berundur sepenuhnya dari selatan Lubnan
Perdana Menteri sementara Lubnan Najib Mikati turut menuntut supaya kemusnahan sistematik bandar dan kampung dihentikan.

Pemimpin de facto Syria ikrar berkecuali dalam hal ehwal Lubnan
Pemimpin de facto Syria Ahmed al-Sharaa berikrar untuk bersikap berkecuali dalam hal ehwal Lubnan semasa sidang akhbar bersama dengan Perdana Menteri sementara Lubnan Najib Mikati yang sedang melawat

Netanyahu beri keterangan di mahkamah kes rasuah, pecah amanah
Netanyahu didakwa menerima hadiah daripada rakan-rakan jutawannya, serta meminta kelonggaran penguatkuasaan bagi beberapa syarikat media.

Reaksi pemimpin dunia terhadap perjanjian gencatan senjata Lubnan
Erdogan pada Rabu menyambut baik perjanjian itu, sambil menyeru semua pihak, terutamanya Israel, untuk mematuhi sepenuhnya tanggungjawab mereka.

Sekurang-kurangnya 30 terbunuh dalam serangan udara Israel di Lubnan
Jumlah korban tertinggi dicatatkan di bandar Aalamat di Jbeil, utara Beirut.

Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.

GPM Malaysia kutuk serangan Israel, zahirkan solidariti kepada pasukan Malbatt
Serangan itu bukan sahaja menjejaskan keselamatan anggota pasukan pengaman malah mengancam kestabilan serta keamanan di rantau tersebut.
![[TERKINI] Empat anggota pengaman UNIFIL Malaysia cedera dalam serangan Israel di Lubnan [TERKINI] Empat anggota pengaman UNIFIL Malaysia cedera dalam serangan Israel di Lubnan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41730990082_PasukanMALBATT.jpg)
[TERKINI] Empat anggota pengaman UNIFIL Malaysia cedera dalam serangan Israel di Lubnan
Serangan berkenaan menyasarkan sebuah kereta sewaktu ia mendekati pos pemeriksaan.

EU terkejut dengan serangan udara terbaharu Israel di selatan, timur Lubnan
Pesawat tempur Israel pada awal pagi Khamis melancarkan beberapa siri serangan udara di seluruh Lubnan.

Jepun amat bimbang keadaan di Lubnan, seru gencatan senjata
Jepun mengecam sebarang ancaman terhadap keselamatan dan keamanan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL).