Saman difailkan oleh Kesatuan Penerbitan Kebangsaan (SNE), Kesatuan Pengarang dan Komposer Kebangsaan (SNAC) dan Persatuan Persuratan Lelaki (SGDL) kerana pelanggaran hak cipta serta amalan “ekonomi parasit”.
Ini ialah saman kedua difailkan ke atas Meta oleh penulis atas sebab yang sama.
Dalam kes yang masih dibicarakan di Amerika Syarikat, Meta mengaku menggunakan karya penulis bersaiz sekurang-kurangnya 81.7 TB karya yang dicetak rompak menerusi Torrent.
Data dimuat turun adalah daripada pustaka cetak rompak Library Genesis (LibGen).
Meta walau bagaimanapun mengatakan penggunaan karya ini jatuh di bawah penggunaan yang dibenarkan (fair use) sekali gus mereka tidak bersalah.
Namun begitu fail yang sama telah dikongsi semula menerusi proses seeding oleh pelayar milik Meta yang menyebabkan mereka boleh didakwa kerana menyebarkan fail cetak rompak.
Library Genesis ialah projek perpustakaan digital yang mengandungi 2.4 juta buku bukan fiksyen, 2.2 juta buku fiksyen, 80 juta artikel majalah sains, 2 juta komik dan 0.4 juta majalah.
Laman LibGen telah beberapa kali ditutup kerana menawarkan akses karya cetak rompak secara percuma.
Ia telah diarahkan membayar ganti rugi $30 juta kepada penerbit tahun lalu walaupun tiada siapa tahu siapakah pemiliknya.
Sumber: Reuters
