META sedia menyatakan hasrat untuk menerajui arena kecerdasan buatan, dan selari dengannya mereka telah mula memperkenalkan Meta AI kepada pengguna secara berperingkat.


Ringkasan AI
  • Meta telah mula memperkenalkan Meta AI kepada pengguna secara berperingkat, namun pengguna tempatan masih belum boleh mengaksesnya.
  • Meta AI ditawarkan melalui web khusus dan diintegrasikan pada aplikasi seperti Instagram, Facebook, dan WhatsApp.
  • Meta juga merancang untuk memperkenalkan aplikasi khusus Meta AI pada suku kedua 2025.
  • Meta turut merancang pelan langganan khusus untuk Meta AI, menawarkan akses kecerdasan buatan yang lebih berkuasa dan pintar, dengan sasaran mencapai lebih 1 bilion pengguna.


Buat masa ini, pengguna tempatan masih belum boleh mengakses Meta AI.

Pada hari ini, Meta AI ditawarkan melalui web khusus, selain diintegrasikan pada aplikasi seperti Instagram, Facebook dan juga WhatsApp.

Namun, kini hadir laporan mengatakan Meta turut akan memperkenalkan sebuah aplikasi khusus Meta AI pada suku kedua 2025 ini.

Di samping itu, Meta turut merancang sebuah pelan langganan khusus untuk Meta AI, seperti penyedia perkhidmatan lain, sekali gus menawarkan akses kecerdasan buatan janaan yang lebih berkuasa dan pintar melaluinya.

Dengan aplikasi dan penawaran khusus ini, Meta dijangka akan dapat meneruskan hasrat dalam menerajui arena kecerdasan buatan, selain mencapai lebih 1 bilion pengguna dengan akses kepada Meta AI.

Buat masa ini, pihak Meta tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan perkara ini. -Amanz