MARK Zuckerberg pada suatu ketika dahulu agak kecewa apabila lambat dalam arena peranti mudah-alih, sekali gus membuatkan mereka tertinggal di belakang Apple dan Google dalam menguasai pasaran berkenaan.
Sejak daripada itu, Mark Zuckerberg melihat ke hadapan, dan merancang untuk menguasai platform seterusnya.
Kini, nampaknya Meta mula mengorak langkah bukan sahaja melalui penawaran model bahasa raya LLaMa, tetapi kini turut menambah satu lagi penawaran secara terbuka kepada pengeluar lain, iaitu Horizon OS yang menguasakan set realiti maya, Meta Quest.
Dengan langkah ini, ia sekali gus membolehkan pengeluar pihak ketiga untuk menggunakan sistem operasi yang dibangunkan oleh Meta dalam membangunkan set kepala masing-masing, termasuk menggunakan ciri seperti gestur dan juga fungsi lain.
Ini sekali gus menjadikan Horizon OS akan menerajui arena set realiti maya, lebih kurang seperti Android yang menguasakan telefon pintar.
Meta menyatakan antara syarikat yang akan menghasilkan peranti menggunakan platform berkenaan adalah Asus, Lenovo dan juga Xbox. -Amanz
Amanz
Tue Apr 23 2024
Meta mula mengorak langkah bukan sahaja melalui penawaran model bahasa raya LLaMa, tetapi kini turut menambah satu lagi penawaran secara terbuka kepada pengeluar lain, iaitu Horizon OS yang menguasakan set realiti maya, Meta Quest. -Amanz
ASEAN 2025 | 15 Jan
ASEAN 2025 hari ini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Pantau Agenda Reformasi: Misi PM ke UK: Apa bakal kita dapat?
Selepas lawatan kerja rasmi ke UAE, PM meneruskan misi ke beberapa buah negara di Eropah seperti UK, Jerman dan Switzerland. Apa manfaat daripada hasil lawatan ini?
TRAVEX 2025 menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan bersempena dengan Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara, mencerminkan jangkauan luasnya.
Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Syarikat itu memberitahu, penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju, dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.
Malaysia perkukuh perdagangan minyak sawit, kerjasama serantau - MPOB
Malaysia komited memanfaatkan rangka kerja serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN dengan negara seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
MOTAC seru negara anggota ASEAN tingkat kerjasama
Malaysia menyeru semua negara ASEAN mempertingkatkan kerjasama bagi melonjakkan sektor pelancongan di rantau ini.
Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan turut fokus isu pemerdagangan bahan buangan
Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong berkata, perkara itu memerlukan kerjasama semua negara anggota ASEAN, serta negara pembekal bahan buangan di Eropah dan Amerika Utara.
ASEAN 2025: Inisiatif label 'Buatan ASEAN' untuk perdagangan serantau
Cadangan inisiatif label 'Buatan ASEAN' sempena Pengerusian ASEAN 2025, dengan matlamat meningkatkan integrasi ekonomi serantau dan mempromosikan produk berkualiti premium setanding standard antarabangsa. Langkah ini turut menekankan kerjasama antara negara anggota untuk menghapuskan halangan perdagangan dan memperkasa PMKS di rantau ini.
Microsoft, Google dan Meta dilapor tangguh pembelian cip Nvidia GB200
Ia berkait dengan isu pemanasan dan pepijat pada sambungan cip, walaupun Nvidia mengatakan isu ini telah diselesaikan.
Meta ingin tambah perkongsian bot AI pada Facebook, Instagram
Meta berkata langkah ini adalah dalam usaha menjadikan platform di bawah mereka lebih menarik dan mempertingkatkan interaksi.
Ireland denda Meta 251 juta euro atas pelanggaran data Facebook
Pelanggaran itu disebabkan oleh kelemahan dalam fungsi muat naik video pada ciri 'View As' Facebook, yang mendedahkan data peribadi sensitif.
Meta rancang bangunkan kabel dasar laut global sepanjang 40,000 kilometer
Projek ini dijangka memerlukan lebih AS$10 bilion untuk melaksanakannya.
WhatsApp perkenal sokongan 'draf mesej'
WhatsApp kini membolehkan pengguna menyimpan mesej sebagai draf jika tidak dihantar segera.
Trump dilaporkan tidak akan haramkan TikTok
Antara janji kempen Trump ialah sekiranya menang beliau tidak akan mengharamkan TikTok kerana ia hanya akan menguntungkan syarikat seperti Meta.
Singapura arah Meta maklumkan pengguna mengenai kenyataan palsu berkenaan hukuman mati
Ia berikutan penyiaran semula kenyataan palsu di platformnya mengenai penjadualan hukuman mati dan pendakwaan kes pengedaran dadah di Singapura.
Pelesenan media sosial: Kerajaan tidak boleh beri masa tambahan - Fahmi
Kerajaan tidak boleh memberikan lebih masa untuk pelesenan media sosial dalam usaha menangani jenayah di platform tersebut, termasuk pedofilia dan aktiviti penipuan.
Rancangan pelesenan media sosial Malaysia kurang jelas, ancam inovasi digital - Meta
Meta Platforms mengkritik rancangan Malaysia untuk mewajibkan platform media sosial memohon lesen pengawalseliaan menjelang Januari 2025.
Meta, MCMC teruskan perbincangan pelesenan media sosial perangi jenayah pedofilia - Fahmi
Kerajaan MADANI akan terus memastikan platform media sosial tegas dalam menangani jenayah dalam talian.