BANDARAYA MEXICO: Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh, manakala 10 lagi cedera selepas bumbung sebuah gereja runtuh, di bandar raya Ciudad Madero, di Tamaulipas, Mexico, lapor Sputnik.
"Akibat kemalangan itu, tujuh orang disahkan maut. Selain itu, 10 yang cedera telah diselamatkan dan dipindahkan (ke hospital)," kata jabatan serantau Kementerian Keselamatan Awam pada Ahad.
Menurut media Mexico, bumbung gereja itu roboh semasa upacara pembaptisan sedang diadakan dan jumlah sebenar orang yang berada di dalam bangunan itu tidak dapat dipastikan.
Kementerian itu berkata punca kejadian dipercayai akibat "kegagalan pada struktur bangunan."
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 02 2023
Anggota penyelamat mencari mangsa di tengah-tengah serpihan bangunan selepas bumbung sebuah gereja runtuh semasa upacara pembaptisan di Ciudad Madero, Mexico, 1 Okt 2023. (Foto AP)
Polis siasat penemuan mayat bayi masih bertali pusat di Rawang
Mayat bayi perempuan yang tiada pengenalan diri itu ditemukan oleh seorang ahli kariah Surau Al-Hidayah Kampung Melayu di Pekan Rawang.
PM anwar adakan pertemuan dengan CEO GLIC, kapten industri UK
Pertemuan tersebut yang berlangsung selama sejam melibatkan 30 syarikat tempatan di United Kingdom dan 13 syarikat GLIC dari Malaysia.
121 warga asing ditahan dalam operasi bersepadu di Cameron Highlands
Operasi melibatkan 143 pegawai dan anggota daripada pelbagai jabatan, diadakan bagi membanteras kebanjiran warga asing di daerah itu.
Gencatan senjata beri harapan kepada Gaza di tengah-tengah krisis kemanusiaan
Namun, terdapat juga pihak yang masih ragu-ragu dengan gencatan senjata yang bakal berkuat kuasa pada Ahad.
Kerajaan Pahang akan bangunkan pusat data AI
Projek yang pertama di negeri Pantai Timur itu menyasarkan produk pertanian tempatan untuk pemasaran domestik dan global.
Sentimen perniagaan syarikat Jepun di Malaysia meningkat - Jetro
Jetro berkata kadar keuntungan Malaysia melangkaui purata ASEAN dengan jangkaan margin keuntungan operasi bagi 2024 berada pada 70.8 peratus.
Ahli akademik, Majlis Belia Labuan harap kelewatan operasi feri diselesai dengan baik
Pengoperasian semula perkhidmatan feri ekspres itu memberikan kelebihan ekonomi dan pelancongan.
Thailand mahu jalin kerjasama digital dengan Malaysia
Thailand berhasrat untuk bekerjasama dengan negara anggota ASEAN bagi meningkatkan tahap hidup di rantau ini.
Sukan perpaduan akan diperluas - Saraswathy
Sukan Perpaduan yang berjaya menarik kehadiran orang ramai pada tahun lepas, akan diperluas dari segi skala mahupun jumlah acaranya tahun ini.
PM Australia rombak kabinet menjelang PRU
Albanese menyifatkan perubahan dalam kabinet ini sebagai langkah untuk memastikan kerajaan terus "kuat, bersatu dan stabil" selepas peletakan jawatan Bill Shorten sebagai Menteri Skim Insurans Hilang Upaya Nasional (NDIS) dan Perkhidmatan Kerajaan.
Mexico: 7 maut, 10 cedera bumbung gereja roboh
Bumbung roboh semasa upacara pembaptisan sedang diadakan dan jumlah sebenar hadirin ketika itu tidak dapat dipastikan.