MEXICO CITY: Pihak berkuasa Mexico pada Jumaat memaklumkan Rafael Caro Quintero, anggota pengasas sebuah daripada kartel dadah terbesar Mexico, ditahan tentera laut.
Caro Quintero, bersama rakan kongsi, Miguel Angel Felix Gallardo, menjadi pengasas bersama Kartel Guadalajara, sebuah daripada tiga kartel dadah terbesar Mexico.
Kartel Guadalajara didakwa menerajui penyeludupan ganja, kokain dan heroin ke Amerika Syarikat (AS), menjadikannya sebagai sasaran utama pihak berkuasa AS, lapor Agensi Anadolu.
Pernah ditahan pada 1985 atas pelbagai tuduhan termasuk menculik, mendera dan membunuh ejen Agensi Penguatkuasaan Dadah AS (DEA), Enrique "Kiki" Camarena, Caro Qiuntero dibebaskan pada 2013 selepas merengkuk selama 28 tahun di penjara.
Camarena berjaya menyusup ke dalam Kartel Guadalajara dan menjadi tamparan hebat terhadap kartel berkenaan.
Menerusi satu operasi bersama dengan DEA pada 1984, pihak berkuasa Mexico merampas 4,000 tan marijuana di sebuah ladang milik Caro Quintero dan dianggap rampasan dadah terbesar dalam sejarah negara berkenaan.
Caro Quintero menyalahkan Camarena yang mengakibatkannya kerugian berpuluh juta dolar dan mengarahkan supaya ejen DEA itu diculik dan dibunuh.
Selepas hakim persekutuan membenarkan dia dibebaskan pada 2013, Pejabat Peguam Negara Mexico mengeluarkan satu lagi waran tangkap terhadap Caro Quintero, kali ini untuk diekstradisi ke AS.
Sejak itu, Caro Quintero sentiasa menjadi buruan. Dia menjadi pelarian paling dikehendaki DEA dan agensi berkenaan menawarkan ganjaran sehingga US$20 juta untuk mendapatkan maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah itu.
Dia berulang kali menafikan terbabit dalam pengedaran dadah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 16 2022

Caro Quintero, bersama rakan kongsi, Miguel Angel Felix Gallardo, menjadi pengasas bersama Kartel Guadalajara, sebuah daripada tiga kartel dadah terbesar Mexico. - AP
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kerjasama UMNO-Warisan: Bung Moktar digesa berundur
Zulkarnain berkata, sebagai aktivis politik, beliau kecewa dengan UMNO yang mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan Warisan.

Pemuda dipaksa penggal kepala rakan sendiri
Imej ngeri merakamkan detik-detik terakhir lima sahabat yang dibunuh kartel dadah sebelum dia sendiri dibunuh telah menggemparkan Mexico.

Ejen kosmetik mangsa culik selamat kembali ke rumah
Rosnazirah diiringi pulang oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun ke kediaman keluarga di Kota Bharu pada Isnin petang.

Mexico tangkap ketua kartel dadah antarabangsa, Rafael Caro Quintero
Caro Quintero, bersama rakan kongsi, Miguel Angel Felix Gallardo, menjadi pengasas bersama Kartel Guadalajara.

Dadah 16 tan bernilai RM5.2 bilion dirampas, terbesar dalam sejarah negara
Kartel pengedaran dadah antarabangsa itu melibatkan pil captagon yang disyaki mengandungi dadah jenis amphetamine di Pelabuhan Klang, Selangor.

Dendam kartel: Letak ganjaran tinggi jika sesiapa bunuh anjing pengesan dadah
Nyawa Sombra, anjing betina baka German Shepherd berusia 6 tahun, dipelihara Pasukan Polis Antidadah Colombia kini terancam.

Seorang lagi wartawan ditembak mati di negara paling bahaya untuk pengamal media
Kes pembunuhan di Mexico meningkat lebih daripada 25,000 pada tahun 2017, iaitu yang tertinggi sejak tahun 1997.