Ringkasan AI
- Microsoft akan terus mengintegrasikan Copilot ke dalam semua perkhidmatan mereka, menjadikan aplikasi Copilot tersendiri tidak diperlukan kerana ciri AI sudah terbina dalam aplikasi Microsoft lain.
- Microsoft telah memperkenalkan aplikasi Copilot tersendiri untuk macOS, yang kini disenaraikan di Apple App Store di Amerika.
- Aplikasi ini menawarkan ciri seperti menjana teks, imej, berbual dengan chatbot AI, dan melakukan kajian. Namun, ketersediaannya di Malaysia masih belum pasti.
Dengan kata lain, anda tidak perlukan aplikasi Copilot kerana aplikasi Microsoft lain akan ada ciri AI mereka yang sudah terbina.
Terbaharu, aplikasi tersendiri Copilot untuk macOS pula mula diperkenalkan.
Gedung aplikasi Apple App Store di Amerika dilihat mula menyenaraikan aplikasi Microsoft Copilot. Ia dilihat menawarkan ciri dan fungsi yang sama pada aplikasi di Windows, Android dan iOS.
Pengguna boleh menjana teks, menjana imej, berbual bersama chatbot AI, serta melakukan kajian dengan Think Deeper.
Buat masa ini masih tidak pasti bila aplikasi ini akan tersedia untuk pengguna Malaysia. Mana tahu jika anda perlukan, kini anda tahu ia ditawarkan. -Amanz
