KUMPULAN militan IS dilapor mengeluarkan sebuah risalah memuatkan senarai penuh banduan dalam tawanan untuk dijual.
Risalah itu dikatakan turut memuatkan harga spesifik bagi setiap banduan yang kebiasaannya dijual sebagai hamba seks.
Perkara itu didedahkan oleh wakil khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Zainab Bangura kepada Bloomberg.
Menurut Zainab, risalah itu mula dimuat naik di internet pada November tahun lalu, namun beliau berjaya mendapatkan salinan yang dicetak semasa berada di Iraq pada April tahun ini.
“Mereka didagangkan seperti tong-tong minyak. Seorang gadis boleh dijual dan dibeli oleh lima atau lelaki berbeza,” ujarnya.
Kanak-kanak berusia satu hingga sembilan tahun turut dijual kepada para pejuang militan IS dengan harga serendah AS$165 (RM650).
Berdasarkan pemerhatian terhadap risalah itu, Zainab berkata harga banduan akan berkurangan jika umur semakin meningkat.
Tambah Zainab, gadis remaja dijual pada harga AS$124 (RM485) manakala wanita berumur 20 tahun dan ke atas dijual dengan harga yang lebih murah.
“IS mempunyai ‘jabatan khas’ yang mengendalikan proses jual beli hamba ini. Sistem berkenaan membuatkan IS sedikit berbeza daripada kumpulan militan yang lain,” ujar Zainab yang juga aktif sebagai aktivis di Sierra Leone.
Zainab turut menambah, para pemimpin kumpulan pengganas itu lazimnya akan membuat pilihan terlebih dahulu sebelum orang luar boleh membida baki tahanan yang lain.
Ada juga kes di mana kumpulan militan ini menjual semula gadis-gadis itu kepada keluarga mereka dengan bayaran tebusan.
Shamil Hizamie
Fri Aug 07 2015

ZAINAB: Mereka didagangkan seperti tong-tong minyak; seorang gadis boleh dijual dan dibeli oleh lima atau lelaki berbeza. -AFP / SAMIR BOL

Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht (100 baht = RM13.08).

Hannah yakin kepimpinan Ahmad Shapawi untuk teraju YAKEB
Katanya, pengalaman luas Ahmad Shapawi dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara dan memastikan mereka dapat sokongan sewajarnya.

Program berteraskan teknologi bakal perkasa sektor pertanian di Bentong
Pihaknya telah kenal pasti produk yang kini di peringkat PoC bagi membantu pemain industri menggunakan teknologi dalam sektor pertanian.

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Lebih 10,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, pada Isnin.
Inisiatif SMJ: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.
Sultan Nazrin rasmi Masjid Tuminah Hamidi
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan merasmikan Masjid Tuminah Hamidi dan majlis berbuka puasa sempena bulan Ramadan di Bagan Datuk.
26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
Kumpulan kedua 26 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dijangka dihantar pulang esok, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Thailand.

163 pekerja China seperti hamba di tapak kilang BYD Brazil
Para pekerja tersebut telah diupah oleh sebuah syarikat lain di China sebelum dibawa ke Brazil secara tidak sah.

Indonesia periksa 'hot spot' pemerdagangan manusia
Modus operandi penyeludup tidak berperikemanusiaan kerana membawa pekerja migran Indonesia secara haram dan dijadikan hamba.

Stereotaip kaum: Quaker Oats tamatkan jenama 'Aunt Jemima'
Langkah menukar imej dan nama itu adalah sebahagian daripada usaha syarikat ke arah mencapai kesaksamaan kaum.

Militan IS jual banduan remaja sebagai hamba serendah RM485
Risalah itu dikatakan turut memuatkan harga spesifik bagi setiap banduan yang kebiasaannya dijual sebagai hamba seks.

Siti Aishah akan pulang dalam masa sembilan bulan lagi
Kamarmahtum berkata adiknya berjanji akan pulang ke tanah air selepas siasatan selesai.

Siti Aishah hanyut dalam ledakan kreativiti dan pertembungan ideologi
Senario di United Kingdom pada tahun 60an dan 70an turut menyumbang kepada pembentukan pemikiran pelajar-pelajar Malaysia di sana.

Sah! Dia adalah Siti Aishah - Ketua Polis Negara
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sahkan wanita berkenaan adalah Siti Aishah Abdul Wahab.

Kakak mangsa perhambaan ke London untuk kenalpasti identiti
Kamar Mahtum membawa dokumen, barangan peribadi dan gambar-gambar untuk memudahkan proses mengenalpasi mangsa.

Kronologi kes perhambaan warga Malaysia di London
Kronologi pendedahan misteri kes perhambaan membabitkan warga Malaysia di London.