KAHERAH: Misi Bantuan Kemanusiaan Kecemasan 100 Kontena Malaysia ke Gaza menerima penambahan 10 lagi buah kontena menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 110 buah kontena yang akan dihantar ke enklaf terkepung itu.
Menurut ketua misinya, Dr. Sani Araby Abdul Alim Araby, penambahan 10 kontena awal itu melibatkan 200 tan barangan keperluan asas yang akan dihantar melalui persimpangan Rafah ke utara Gaza yang kini keluarga di sana berhadapan dengan kebuluran.
"Kuantiti keseluruhan barang adalah 30 buah yang melibatkan 15 jenis barangan asas seperti beras, tepung, minyak masak, tuna serta barangan kit kebersihan diri.
"Satu kotak itu membolehkan sebuah keluarga di Gaza bertahan sehingga tiga minggu di dalam situasi perang kerana makanan terpaksa dicatu.
"Kesemua 110 kontena dengan nilai RM12 juta boleh memanfaatkan seramai 60,000 keluarga di Gaza," katanya kepada pemberita di Kaherah, pada Isnin.
Misi kemanusiaan kecemasan yang digerakkan enam badan bukan kerajaan (NGO) diketuai Majlis Perundingan Islam Malaysia (Mapim) itu akan dibantu dengan inisiatif hubungan diplomatik antara Malaysia dan Mesir.
Gaza, anda tidak keseorangan
Sani Araby berkata, selain bantuan makanan, terdapat juga mesej kata-kata semangat yang ditulis di kesemua kotak bantuan yang disediakan untuk rakyat Palestin.
"Kita sebutkan 'Gaza, you are not alone, from the people of Malaysia'. Mesej itu kita cuba sampaikan sebaik mungkin kerana rakyat Gaza secara moralnya berada dalam keadaan kritikal akibat berhadapan dengan perang selama berbulan-bulan yang terpanjang dalam sejarahnya.
"Ini adalah misi yang digerakkan oleh Malaysia bagi fasa keenam dan sebelum ini lima misi telah digerakkan melalui Ops Ihsan yang mana MAPIM juga adalah sebahagian daripadanya.
"Ops Ihsan sebelum ini telah melalui tiga bantuan melalui udara manakala masing-masing satu melalui jalan darat Kaherah serta laut.
Hubungan rapat kerajaan lancarkan misi
Dalam pada itu, Sani Araby berkata, inisiatif antara kerajaan dengan kerajaan (G2G) akan membantu kelancaran misi seperti menguruskan semua prosedur termasuk kemasukan barangan bantuan ke Rafah yang agak sukar dan ketat.
"Kita cuba untuk melakukan penjimatan kos dengan membeli segala barangan asas di Mesir dan aspek logistik sahaja yang perlu diketengahkan dengan sokongan Wisma Putra, Pejabat Perdana Menteri dan Pejabat Timbalan Perdana Menteri.
"Kita dapat melancarkan laluan itu kerana melibatkan kepimpinan dua negara dan inilah resepi yang kita akan aplikasikan untuk penghantaran 100 kontena kerana akhirnya semua bantuan perlu sampai ke tangan rakyat Gaza," ujarnya.
Risiko tetap ada tetapi mesej kepada dunia perlu disampaikan
Sani Araby berkata, misi ini berdepan pelbagai risiko khususnya sifat rejim Israel yang melakukan pembantaian tidak mengira fahaman agama atau bangsa.
"Kakitangan World Central Kitchen (WCK) yang bernaung di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga dibunuh, konvoi bantuan dari Jordan juga diserang.
"Cuma dari Kaherah sehingga ke Rafah kita telah membuat koordinasi yang bertepatan untuk memastikan laluan ini selamat kerana kita tidak mahu kontena-kontena ini terkandas. Kita mempunyai pengalaman lalu yang mana Alhamdulillah, bantuan kita hantar semuanya sampai ke tangan rakyat Palestin.
"Saya berharap doa daripada rakyat Malaysia yang menjadi senjata untuk melancarkan misi dan kita perlu laksanakan sokongan untuk memberi mesej kepada seluruh kepimpinan dunia bahawa kejahatan dibuat Israel perlu dinoktahkan," katanya.
Afiezy Azaman
Mon May 06 2024
![Misi bantuan Malaysia ke Gaza tambah lagi 10 kontena, keseluruhan 110 kontena Misi bantuan Malaysia ke Gaza tambah lagi 10 kontena, keseluruhan 110 kontena](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715007143_Drsaniarabybantu.jpg)
Sani Araby berkata, selain bantuan makanan, terdapat juga mesej kata-kata semangat yang ditulis di kesemua kotak bantuan yang disediakan untuk rakyat Palestin. - Gambar Astro AWANI
Final Countdown: Is your business ready for the e-invoicing deadline?
As the e-Invoicing deadline looms, Executive Director at TRATAX Sdn Bhd, Thenesh Kannaa shares expert insights on compliance, consolidated e-Invoices, and what businesses must do to avoid costly penalties.
![Bumbung Unit Hemodialisis Hospital Pasir Mas runtuh Bumbung Unit Hemodialisis Hospital Pasir Mas runtuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738806994_tbbumbungHospital.jpg)
Bumbung Unit Hemodialisis Hospital Pasir Mas runtuh
Sebahagian bumbung Unit Hemodialisis di Hospital Pasir Mas runtuh lewat malam tadi, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
[PROMO] Eksklusif bersama Sultan Pahang
Pahang terus melangkah. Dari infrastruktur moden ke keindahan alam, semuanya demi rakyat. Saksikan temubual eksklusif bersama Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di semua platform Astro AWANI.
![Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738804705_tbRINGGITMALAYSIA.jpg)
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dijangka boleh menguji paras RM4.40 hari ini berdasarkan keadaan pasaran yang bertambah baik.
AWANI Ringkas: Kepengerusian ASEAN, program SARA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![USANITA, Universiti Oxford tandatangani MoU perkasa pendidikan eksekutif Malaysia USANITA, Universiti Oxford tandatangani MoU perkasa pendidikan eksekutif Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738802700_tbUSANITAMoUUniv.jpg)
USANITA, Universiti Oxford tandatangani MoU perkasa pendidikan eksekutif Malaysia
Ketua Pengarah Eksekutif USANITA lakar sejarah jadi usahawan wanita pertama dari Malaysia dan ASEAN tandatangani MoU berkenaan.
#Ringkas 6 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Februari 2025
1️⃣ Kepengerusian ASEAN, program SARA
2️⃣ Dakwa pendedahan portal berita berniat jahat
3️⃣ EU, Jerman kecam cadangan disifatkan tidak masuk akal
#awaniringkas
1️⃣ Kepengerusian ASEAN, program SARA
2️⃣ Dakwa pendedahan portal berita berniat jahat
3️⃣ EU, Jerman kecam cadangan disifatkan tidak masuk akal
#awaniringkas
The Economy: PuTERA35: Needs Rigour, Fairness, Self-Awareness
Lee Hwok Aun, Senior Fellow at ISEAS – Yusof Ishak Institute, examines PuTERA35, emphasizing the need for rigor, fairness, and self-awareness in its approach and implementation.
![Kementerian luar, perdagangan dan pertahanan Korea Selatan halang akses ke DeepSeek Kementerian luar, perdagangan dan pertahanan Korea Selatan halang akses ke DeepSeek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738801773_tbTheDeepSeekapp.jpg)
Kementerian luar, perdagangan dan pertahanan Korea Selatan halang akses ke DeepSeek
Menurut beberapa sumber kementerian, akses kepada perkhidmatan itu disekat pada komputer kementerian yang disambungkan ke rangkaian luaran.
![Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738636326_TBAgong.jpg)
Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Menteri Luar diminta terangkan objektif Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dalam memacu kesatuan, daya tahan dan relevansi ASEAN.
![AS tarik diri Majlis Hak Asasi Manusia PBB, henti dana untuk pelarian Palestin - Laporan AS tarik diri Majlis Hak Asasi Manusia PBB, henti dana untuk pelarian Palestin - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738647689_DonaldTrump.jpg)
AS tarik diri Majlis Hak Asasi Manusia PBB, henti dana untuk pelarian Palestin - Laporan
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dijangka menandatangani perintah eksekutif pada Selasa untuk menarik diri daripada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Tindakan Israel di Tebing Barat adalah 'jenayah' - Pelapor Khas PBB Tindakan Israel di Tebing Barat adalah 'jenayah' - Pelapor Khas PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738565555_WestBank.jpg)
Tindakan Israel di Tebing Barat adalah 'jenayah' - Pelapor Khas PBB
Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Palestin Francesca Albanese, menyifatkan tindakan Israel di Tebing Barat sebagai "jenayah,".
![Hampir setengah juta orang kembali ke kawasan utara Gaza - PBB Hampir setengah juta orang kembali ke kawasan utara Gaza - PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738385462_PalestiniansGaza.jpg)
Hampir setengah juta orang kembali ke kawasan utara Gaza - PBB
PBB melaporkan bahawa "hampir setengah juta orang telah kembali ke kawasan utara Semenanjung Gaza" sejak gencatan senjata berkuat kuasa.
![Lebih 423,000 penduduk menyeberang dari selatan ke utara Gaza - PBB Lebih 423,000 penduduk menyeberang dari selatan ke utara Gaza - PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737961536_PalestiniansGaza.jpg)
Lebih 423,000 penduduk menyeberang dari selatan ke utara Gaza - PBB
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkan hampir 430,000 orang sedang bergerak dari selatan Semenanjung Gaza ke utara enklaf itu.
![Ketua PBB gesa bantuan luar AS diteruskan susulan pengumuman Trump Ketua PBB gesa bantuan luar AS diteruskan susulan pengumuman Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61727863293_AntonioGuterres.jpg)
Ketua PBB gesa bantuan luar AS diteruskan susulan pengumuman Trump
Ketua PBB menyuarakan kebimbangan berhubung pengumuman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengenai pembekuan bantuan baharu kepada negara lain.
![Jawatan Yang Dipertua, empat pemimpin utama PBB tidak dipertandingkan - Nanta Jawatan Yang Dipertua, empat pemimpin utama PBB tidak dipertandingkan - Nanta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737927436_AlexanderNantaLing.jpg)
Jawatan Yang Dipertua, empat pemimpin utama PBB tidak dipertandingkan - Nanta
Borang penamaan calon untuk tujuh jawatan Naib Yang Dipertua serta 30 ahli majlis kerja tertinggi akan mula diedarkan beberapa hari lagi.
![AI tidak boleh ganti elemen pembelajaran manusia yang penting - Ketua PBB AI tidak boleh ganti elemen pembelajaran manusia yang penting - Ketua PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735289040_AntonioGuterres.jpg)
AI tidak boleh ganti elemen pembelajaran manusia yang penting - Ketua PBB
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Jumaat berkata bahawa kecerdasan buatan (AI) tidak boleh menggantikan elemen penting manusia dalam pembelajaran.
![630 trak bantuan kemanusian masuk Gaza - PBB 630 trak bantuan kemanusian masuk Gaza - PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737427598_AntonioGuterres.jpg)
630 trak bantuan kemanusian masuk Gaza - PBB
Trak-trak tersebut memasuki Gaza pada hari pertama perjanjian gencatan senjata antara Israel dan pasukan pejuang Palestin, Hamas.
![Hampir 200,000 pelarian Syria pulang sejak kejatuhan Assad - PBB Hampir 200,000 pelarian Syria pulang sejak kejatuhan Assad - PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737244616_TBsyria.jpg)
Hampir 200,000 pelarian Syria pulang sejak kejatuhan Assad - PBB
Antara 8 Disember hingga 16 Januari, kira-kira 195,200 rakyat Syria telah kembali ke negara asal mereka.