ANKARA: Perayau (rover) misi bulan C India keluar dari pendaratannya dan bergerak merentasi debu bulan buat kali pertama, umum agensi angkasa negara itu pada Khamis.
India pada Rabu mencipta sejarah selepas misi bulannya mendarat secara sempurna, menjadi negara pertama mendaratkan kapal angkasanya di kutub selatan bulan.
"Perayau Ch-3 turun dari kapal angkasa dan India menjelajah bulan," Agensi Anadolu melaporkan ciapan Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO) di Twitter.
Agensi itu berkata pihaknya akan segera menyiarkan lebih banyak kemas kini mengenai misi itu.
Tidak lama selepas pendaratan yang berjaya, agensi itu berkata hubungan komunikasi telah diwujudkan antaranya dan kapal angkasa.
Ia juga menyiarkan imej yang diambil oleh kamera kapal angkasa semasa ia menurun dan selepas pendaratan. Agensi itu berkata Chandrayaan-3 "memilih kawasan yang agak rata di permukaan bulan."
Dengan pendaratan itu, India menyertai senarai beberapa negara-negara - AS, Rusia, dan China - yang telah berjaya mendaratkan kapal angkasa di bulan.
India menerima tepukan gemuruh masyarakat dunia atas kejayaan misinya pada Rabu.
Perdana Menteri India Narendra Modi menyebut pendaratan itu sebagai "hari bersejarah bagi sektor angkasa lepas India" dan menyebut detik itu "belum pernah berlaku sebelum ini."
Chandrayaan-3 dilancarkan dari Pusat Angkasa Satish Dhawan di Sriharikota di selatan negeri Andhra Pradesh pada Julai.
Tiga objektif utamanya adalah untuk mencapai pendaratan yang selamat dan sempurna di permukaan bulan, menggunakan perayau Pragyaan, dan menjalankan eksperimen saintifik. Chandrayaan-3 dijangka beroperasi selama 14 hari di bulan.
Pendaratan yang berjaya itu berlaku hanya beberapa hari selepas kegagalan Luna-25, misi bulan pertama Rusia dalam tempoh 47 tahun selepas enjinnya gagal berfungsi dengan baik.
Misi Chandrayaan-2 India pada 2019 gagal apabila pendarat Vikramnya terhempas ke permukaan bulan. Misi Chandrayaan pertama dilancarkan pada 2008.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 24 2023

Dengan pendaratan itu, India menyertai senarai beberapa negara-negara - AS, Rusia, dan China - yang telah berjaya mendaratkan kapal angkasa di bulan. - Gambar fail/Reuters

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana akan mengambil beberapa langkah penting bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

PM India tiba di AS untuk perbincangan dengan Trump
Modi yang merupakan pemimpin asing keempat melawat Trump sejak beliau mengangkat sumpah sebagai Presiden, turut dijadual bertemu usahawan teknologi Elon Musk.

Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.

Xi, Modi adakan pertemuan rasmi pertama dalam tempoh 5 tahun
Kedua-dua pemimpin bertemu dalam pertemuan rasmi pertama mereka dalam tempoh lima tahun di luar Sidang Kemuncak BRICS di Kazan, Rusia.

Malaysia gesa kesimpulan awal bagi semakan AITIGA - PM Anwar
Anwar menekankan keperluan untuk memupuk persekitaran perniagaan yang kondusif dan mengukuhkan perdagangan dan pelaburan dua hala.

Pemimpin Asia Selatan ucap tahniah kepada presiden baharu Sri Lanka
Pemimpin Asia Selatan mengucapkan tahniah kepada Anura Kumara Dissanayake atas pemilihannya sebagai presiden baharu Sri Lanka pada Ahad.

Modi seru hormati undang-undang maritim antarabangsa
Perdana Menteri India Narendra Modi pada Rabu menyeru agar perjanjian maritim antarabangsa - Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) - dihormati.

MoU baharu atasi masalah ketidaktelusan, eksploitasi pengambilan pekerja - Steven Sim
Steven Sim menjelaskan pemeteraian MoU mengenai pengambilan pekerja asing dari India bukan bertujuan untuk menambah kemasukan.

Apa signifikan lawatan Perdana Menteri ke India?
Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke India pada dari 19 hingga 21 Ogos lalu membawa hasil yang signifikan bagi Malaysia.

Lawatan PM Anwar ke India jana potensi perdagangan RM8 bilion, pelaburan RM4.5 bilion
Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke India berjaya meraih potensi perdagangan dan pelaburan masing-masing RM8 bilion dan RM4.5 bilion.

India sokong penyertaan Malaysia dalam BRICS - PM Anwar
India menyokong penyertaan Malaysia dalam blok ekonomi BRICS, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.