MUMBAI: Sekolah dan beberapa tapak bangunan di Mumbai, India dibuka semula pada isnin berikutan terdapat tanda-tanda kualiti udara semakin baik.
Ibu negara paling tercemar di dunia itu bergelut dan "perang" tahunan terhadap pencemaran udara bulan ini, walaupun kerajaan berjanji untuk melakukan yang terbaik dalam menanganinya.
Menurut kumpulan Switzerland IQAir, indeks kualiti udara (AQI) pada Isnin turun kepada 336 turun berbanding 509 pada Khamis.
Bagaimanapun, angka itu masih berada dalam zon bahaya.
Kanak-kanak memakai pelitup muka untuk ke sekolah selepas ditutup hampir dua minggu bagi melindungi mereka daripada pencemaran.
Penganut agama Hindu pula terpaksa meraikan upacara perayaan dengan berenang di dalam sungai dipenuhi buih putih, yang didakwa oleh pihak berkuasa sebagai toksik.
Bekas penasihat kerajaan Delhi, Ankit Srivastava berkata, buih itu timbul daripada enap cemar dan sisa tidak dirawat dan lembaga air bandar itu menyembur bahan kimia gred makanan untuk mengawalnya.
Katanya, buih itu tidak membawa maut di mana orang ramai tidak akan mati jika termakan.
Bagaimanapun, mereka boleh jatuh sakit.
Pada Ahad, Menteri Alam Sekitar Delhi, Gopal Rai berkata, kerja pembinaan projek infrastruktur awam boleh disambung semula, walaupun terdapat sekatan terhadap aktiviti yang menyebabkan debu.
Kenyataan itu menyusul pembatalan langkah kecemasan pada Sabtu, yang diarahkan pada 5 November lalu untuk memastikan kualiti udara tidak bertambah buruk, termasuk larangan semua aktiviti pembangunan.
Bagaimanapun langkah itu ditarik baik selepas indeks kualiti udara bertambah baik.
Pencemaran udara Delhi menjadi lebih teruk pada musim sejuk, apabila kelajuan angin menurun dan udara sejuk memerangkap bahan tercemar dari kenderaan, industri dan petani yang membakar sisa pertanian di negeri bagi bersiap sedia untuk musim penanaman baharu.
Astro Awani
Mon Nov 20 2023

Penganut agama Hindu menyembah Tuhan Matahari di Laut Arabia semasa perayaan Chhath Puja di Mumbai, India. - Foto REUTERS

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

Operasi pemadaman stor simpanan bahan kitar semula di Segamat masuk hari ketiga
Kerja pemadaman kebakaran sebuah stor simpanan bahan kitar semula di Kampung Usaha Jaya, Labis, di sini yang memasuki hari ketiga hari ini.

Kualiti udara makin memburuk, kabus tebal selubungi utara India
Penduduk di utara India, termasuk ibu negara Delhi, terus berdepan kualiti udara yang sangat buruk sejak Ahad.

Pelan Tindakan Udara Bersih bakal dimuktamadkan bagi menangani isu kualiti udara
Kerajaan sedang memuktamadkan Pelan Tindakan Udara Bersih Kebangsaan 2025-2040 (NCAAP) yang bertujuan menangani cabaran berkaitan kualiti udara di negara ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 30 April 2024.

Kebakaran kilang cat: JAS tempatkan dua alat ukur kualiti udara
Pengukuran tahap kualiti udara masih diteruskan secara berkala sehingga keadaan kembali seperti biasa.

Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.

Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara Sabah, Sarawak masih selamat - MetMalaysia
Ketinggian letusan yang dicerap, adalah sehingga 55,000 kaki, dan awan debu yang terbentuk boleh menyebabkan risiko kepada keselamatan pesawat.

Dua kawasan di Sabah catat udara tidak sihat setakat 7 pagi
Politeknik Kota Kinabalu dan Kimanis masing-masing mencatatkan bacaan IPU 136 dan 118.

Cuaca panas, kering, El Nino, elak pembakaran terbuka - Nik Nazmi
Menurut Nik Nazmi, terdapat dua kes kebakaran berskala besar melibatkan kawasan hutan simpan, iaitu di Sabah dan Perlis, baru-baru ini.

Mumbai teruskan aktiviti tertentu walaupun pencemaran teruk
Sekolah serta tapak bangunan di Mumbai, dibuka semula pada Isnin selepas terdapat tanda-tanda kualiti udara semakin baik.