ISLAMABAD: Kira-kira 101 orang terbunuh dan 180 lagi cedera sejak musim tengkujuh bermula pada 25 Jun lalu di Pakistan, lapor Xinhua memetik Lembaga Pengurusan Bencana Negara (NDMA) negara ini.
Wilayah Punjab yang terletak di bahagian timur negara itu paling teruk dilanda, menyaksikan 57 korban dan 118 cedera, manakala sebanyak 53 rumah musnah akibat hujan lebat yang melanda wilayah itu, termasuk di Lahore, kata NDMA pada Khamis.
Ketua Menteri sementara Punjab, Mohsin Naqvi, berkata hujan di Lahore menyebabkan banjir di bandar itu dan menjejaskan lalu lintas selama berjam-jam.
Bandar Rawalpindi turut dilanda hujan lebat lebih 12 jam pada Rabu, mengakibatkan peningkatan paras air sungai serta longkang dan pihak berkuasa perbandaran tempatan terpaksa meminta bantuan tentera.
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh pada Rabu selepas tembok jambatan yang sedang dalam pembinaan runtuh.
Menurut jurucakap pentadbiran daerah, sebanyak 200 milimeter (mm) hujan direkodkan di beberapa kawasan.
Seramai 25 orang terbunuh dan 41 lagi cedera dalam insiden berasingan berkaitan hujan di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, kata NDMA.
Hujan lebat turut merosakkan 60 rumah dan 43 ternakan mati di wilayah itu.
Pada awal bulan Jun, 10 orang terbunuh dan dua lagi cedera apabila petir menyambar sebuah rumah semasa ribut petir di wilayah Sindh.
Enam orang terbunuh, manakala 13 yang lain cedera di wilayah Balochistan dan di Kashmir yang ditadbir Pakistan pula tiga dilaporkan maut dan lima cedera akibat hujan lebat melanda, menurut NDMA.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 21 2023

Hujan di Lahore menyebabkan banjir di bandar itu dan menjejaskan lalu lintas selama berjam-jam. - Gambar/ Reuters

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Gempa bumi bermagnitud 5.0 landa perairan Fukushima, Jepun - JMA
Pusat gempa terletak pada garis lintang 37.5 darjah utara dan garis bujur 141.5 darjah timur.

Jepun catat 5,400 kematian akibat tekanan dan keletihan selepas bencana sejak 1995
Jumlah sebenar kematian berkaitan bencana dipercayai lebih tinggi daripada yang didaftarkan, kerana keluarga perlu memohon untuk mendapat penetapan itu.

Banjir, angin kencang sebabkan kemusnahan di beberapa daerah Indonesia
BNPB dalam kemas kini pada Ahad mengesahkan kerosakan di beberapa wilayah termasuk Pulau Jawa, Maluku Utara dan Kalimantan Selatan.

Kerugian bencana alam global 2024 cecah US$320 bilion - Munich Re
Ia antara tahun paling mahal dari segi kerugian akibat bencana alam sejak 1980, walaupun setelah diselaraskan dengan inflasi.

Lelong: Cendawan dari Noto yang dilanda bencana capai harga rekod US$2,200
Cendawan dari empat daerah di kawasan Noto mesti memenuhi kriteria untuk dihantar sebagai Nototemari.

Angka korban gempa bumi di Tibet meningkat kepada sekurang-kurangnya 95 orang
Sekurang-kurangnya 95 orang maut dan 130 yang lain cedera setakat ini akibat gempa bumi berukuran 6.8 magnitud yang melanda kawasan terpencil di Tibet, China.

Universiti sebagai pemangkin pemulihan pascabanjir
Universiti di negara ini berupaya untuk memanfaatkan kepakaran mereka bagi membantu masyarakat yang terkesan akibat bencana banjir sekali gus tampil sebagai pemangkin pemulihan pascabanjir.

Kerajaan dicadang integrasikan AI dan IoT sebagai penyelesaian pintar pengurusan bencana banjir
Sistem pengesanan banjir pintar yang mampu mengintegrasikan pelbagai sumber data akan mengatasi kelemahan sistem sedia ada.

Macron lawat Mayotte yang dilanda siklon, hadapi penduduk rayu bantuan segera
Siklon pada hujung minggu lepas di kepulauan Perancis itu mengorbankan sekurang-kurangnya 31 nyawa dan ribuan penduduk hilang tempat tinggal.

Taufan Fengal: Rakyat Malaysia dinasihat elak perjalanan tidak perlu ke Tamil Nadu
Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai menggesa pelancong khususnya yang menuju ke Villipuram dan Tiruvannamalai, supaya ambil langkah berjaga-jaga.