Kapal tentera laut Perancis yang mengkhusus dalam pencarian bawah laut menyertai operasi pencarian kotak hitam pesawat EgyptAir yang terhempas minggu lalu.
Agensi Siasatan Kemalangan Udara (BEA), mengesahkan kapal berkenaan yang dikenali sebagai Laplace kini belayar ke lokasi pencarian.
Dalam satu kenyataan, BEA memaklumkan bahawa kapal berkenaan dijadual tiba di sekitar kawasan nahas pada Ahad atau Isnin.
Ia membawa bersama sistem akustik jarak jauh, yang mampu mengesan isyarat dari kotak hitam.
BACA: EgyptAir MS804: Tentera Mesir siarkan imej serpihan pesawat
BACA: EgyptAir MS804: Amaran asap dalam kabin sebelum terhempas - Agensi
Ketua Penyiasat Mesir pada Khamis memaklumkan pencarian kini dikecilkan dalam kawasan 5 kilometer di Laut Mediterranean, berdasarkan isyarat kecemasan pesawat.
Pesawat EgyptAir dilaporkan terhempas pada 19 Mei lalu.
Pesawat yang membawa 66 orang penumpang termasuk anak kapal hilang itu dari radar ketika dalam penerbangan dari Paris ke Kaherah.
Agensi
Sat May 28 2016

Kapal EV Jacoubet sedang bergerak menuju ke kawasan pencarian EgyptAir yang dilaporkan terhempas 19 Mei lalu. - Foto AFP / SIRPA Marine

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Nahas EgyptAir: Kapal tentera Perancis sertai pencarian kotak hitam
Kapal tentera laut Perancis yang mengkhusus dalam pencarian bawah laut menyertai operasi pencarian kotak hitam pesawat EgyptAir yang terhempas minggu lalu.