REKOD komunikasi radio antara pusat kawalan trafik udara dan pesawat penumpang Japan Airlines JAL516 menunjukkan mereka tidak berbincang untuk membatalkan pendaratan sebelum kapal terbang itu berlanggar dengan pesawat Pengawal Pantai Jepun di Lapangan Terbang Haneda Tokyo.
Kementerian Pengangkutan Jepun, yang mengeluarkan transkrip komunikasi berkenaan, berkata ia menandakan bahawa pengawal trafik udara tidak menyedari bahawa pesawat pengawal pantai telah memasuki landasan dalam kejadian pada Selasa itu, lapor NHK World.
Japan Airlines juga berkata, juruterbangnya memberitahu bahawa mereka tidak melihat pesawat pengawal pantai ketika kapal terbang itu menghampiri landasan dan bersedia untuk mendarat.
Ini menunjukkan bahawa kedua-dua menara kawalan dan juruterbang JAL tidak menyedari pesawat terbabit berada di landasan.
Transkrip yang sama menunjukkan pusat kawalan trafik udara juga tidak memberi sebarang kebenaran kepada pesawat pengawal pantai untuk memasuki landasan.
Media tempatan turut melaporkan, pasukan penyiasat pengangkutan Jepun mula menyoal juruterbang jet JAL pada pagi Khamis berhubung kemalangan berkenaan.
Dalam kejadian itu, pesawat Japan Airlines JAL516 bertembung dengan pesawat Pengawal Pantai Jepun semasa mendarat di Lapangan Terbang Haneda di Tokyo.
Kesemua 379 penumpang dan anak kapal pesawat Airbus A350 JAL516 berjaya dipindahkan dengan selamat dari pesawat, namun lima daripada enam anak kapal pesawat Pengawal Pantai Jepun terbunuh dalam nahas itu.
Lima yang terkorban ialah anggota Pengawal Pantai Yoshiki Ishida, 27; Wataru Tatewaki, 39; Nobuyuki Tahara, 41; Makoto Uno, 47; dan Shigeaki Kato, 56.
Juruterbang pesawat Pengawal Pantai Jepun terbabit, Genki Miyamoto, 39, sempat menyelamatkan diri namun mengalami kecederaan parah.
Agensi
Thu Jan 04 2024
Pusat kawalan trafik udara dilapor tidak memberi sebarang kebenaran kepada pesawat Pengawal Pantai Jepun itu untuk memasuki landasan. - Gambar/ Reuters
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Annuar boleh hidup dengan angan-angan - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Fahmi ingatkan rakyat di kawasan berisiko supaya waspada
Rakyat di kawasan berisiko di selatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak diingatkan untuk berwaspada dan bersedia bagi menghadapi kemungkinan banjir akibat luruan monsun.
Malaysia terus perkukuh kedudukan sebagai destinasi utama - Fahmi
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi utama pelaburan asing apabila Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menyatakan komitmen untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Proses penyelesaian projek Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) masih di peringkat ujian pelbagai fasa.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Bahan mentah ada sijil halal JAKIM - Syarikat pembekal
Syarikat pembekal sandwich kontroversi, Shake And Bake Cafe Sdn Bhd mendedahkan bahan mentah digunakan dalam pembuatan makanan itu memiliki pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Nahas JAL516: 'Pramugari main peranan penting selamatkan semua penumpang'
Japan Airlines telah mendedahkan butiran bagaimana semua penumpang dan kru yang berada di dalam pesawat JAL516 berjaya menyelamatkan diri dalam masa 18 minit.
Nahas JAL516: Pesawat Pengawal Pantai Jepun tiada kebenaran berada di landasan
Pengawal trafik udara tidak menyedari bahawa pesawat pengawal pantai telah memasuki landasan dalam kejadian pada Selasa itu.
Nahas JAL516: Kotak hitam pesawat Pengawal Pantai Jepun ditemukan
Kotak hitam pesawat JAL516 bagaimanapun masih belum ditemui.
Nahas JAL516: Polis siasatan kemungkinan berlaku kecuaian
Punca kemalangan setakat ini masih belum jelas, namun media hari ini didedahkan dengan laporan yang bahawa pesawat JAL516 mendapat kebenaran untuk mendarat daripada pengawal trafik udara.
Pesawat JAL516 didakwa dapat kebenaran mendarat daripada pengawal trafik udara
Menurut audio yang disiarkan di laman web penjejakan komunikasi trafik udara LiveATC.net, pesawat itu diberi pelepasan untuk mendarat 90 saat kemudian.
Japan Airlines tawar penukaran tiket, bayaran balik susulan nahas JAL516 di Haneda
Pelanggan boleh memohon perubahan tempahan dan bayaran balik untuk tiket yang dikeluarkan sebelum 2 Jan 2024.