Pihak berkuasa Rusia sudah menghantar pasukan kecemasan ke Mesir bagi menyiasat nahas pesawat Airbus Rusia, Kogalymavia 9268 (KGL-9268) yang mengorbankan 224 orang, APTN melaporkan.
Timbalan Menteri Situasi Kecemasan Rusia, Vladimir Stepanov memberitahu pegawai dan wartawan di Moscow bahawa sebuah pesawat lain akan tiba bagi membawa pulang mayat mangsa.
Sebahagian besar mangsa adalah warganegara Rusia.
Pesawat itu terhempas di kawasan pergunungan terpencil Mesir di Semenanjung Sinai, 23 minit selepas berlepas dari sebuah pusat peranginan terkenal di Laut Merah.
Punca nahas masih belum diketahui, tetapi pada masa yang sama dua syarikat penerbangan utama Eropah mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan penerbangan di atas kawasan itu atas sebab-sebab keselamatan.
Sementara itu, di Saint Petersburg, ahli keluarga mangsa sudah pun berada di lapangan terbang Pulkovo.
Wakil Pusat Krisis Kementerian Situasi Kecemasan,Sergei Vorontsov berkata, semua jenis bantuan telah diberikan kepada mereka yang memerlukan.
Agensi
Sun Nov 01 2015
Di St. Petersburg, ahli keluarga mangsa sudah berada di lapangan terbang Pulkovo. - AFP PHOTO / OLGA MALTSEVA
Qatar, Mesir, AS komited pastikan pelaksanaan gencatan senjata di Gaza
Qatar, Mesir dan AS berikrar untuk menjamin pelaksanaan perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Israel dan kumpulan Palestin Hamas.
Lelaki bakar rumah selepas bertengkar dengan isteri
Siasatan awal mendapati pelaku, Azhariansyah terlibat pergaduhan dengan isterinya, Listi Anggraeni.
AWANI Pagi: Harapan dan cabaran gencatan senjata Gaza
Fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman melihat kepada cabaran persetujuan perjanjian gencatan senjata Israel-Hamas yang akan menamatkan perang di Gaza berpanjangan selama lebih 400 hari. Ikuti diskusi bersama penganalisis politik Sunway University, Profesor Dr. Wong Chin Huat.
PM ucap tahniah kepada Cikgu Nazmi disenarai 50 finalis Hadiah Guru Global
Keikhlasan Nazmi mendidik pelajar dengan menyuntik daya cipta dalam pendidikan di sekolah luar bandar adalah contoh kepimpinan membanggakan.
Akhyar Rashid sah milik TFC
Berita itu dikongsikan pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menerusi laman sosial Facebook rasmi TFC.
Warga Palestin rai pengumuman kejayaan gencatan senjata
Mereka menantikan dengan penuh debar Ahad ini di mana gencatan senjata akan mula berkuat kuasa.
Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi
Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
Siasatan pesawat terhempas akan ambil masa - Presiden Mesir
Siasatan terhadap nahas pesawat komersial di Sinai, Mesir akan mengambil masa berbulan lamanya.
Tiga syarikat penerbangan batal laluan Sinai
Beberapa syarikat penerbangan iaitu Lufthansa, Emirates dan Air France mengumumkan menghentikan laluan penerbangan Sinai atas faktor keselamatan.
Nahas pesawat: Rusia hantar pasukan kecemasan ke Mesir
Pihak berkuasa Rusia sudah menghantar pasukan kecemasan ke Mesir bagi menyiasat nahas pesawat Rusia Kogalymavia 9268.
Nahas pesawat Rusia: Kotak hitam ditemui
Pasukan penyelamat dilaporkan berjaya menemui kotak hitam pesawat Rusia Kogalymavia 9268 yang terhempas di kawasan pergunungan terpencil Mesir.
Nahas pesawat Rusia: Vladimir Putin isytihar hari berkabung Ahad ini
Presiden Rusia Vladimir Putin mengisytiharkan hari berkabung pada Ahad ini bagi memperingati mangsa nahas sebuah pesawat Rusia yang terhempas di Sinai, Mesir.