JAKARTA:Operasi mencari dan menyelamat mangsa nahas pesawat Sriwijaya Air SJ182 bersambung pagi ini setelah lokasi insiden dikenal pasti.
Panglima Koarmada I, Laksamana Muda TNI Abdul Rasyid berkata pihak berkuasa Indonesia telah menemukan titik koordinat lokasi Sriwijaya Air terhempas dan beberapa kapal Republik Indonesia (KRI) kini dikerah ke lokasi.
"Sudah ada empat hingga lima KRI yang mendekati lokasi kejadian," kata Rasyid seperti dilapor media tempatan.
Selain KRI, turut dikerah pasukan elit Tentera Nasional Indonesia (TNI) dari Komando Pasukan Katak (Kopaska) dan Detasemen Jala Mangkara (Denjaka) bagi membantu operasi.
"Pasukan penyelam dari Kopaska dan Denjaka sudah melakukan persiapan dan malam ini semuanya sudah berada di lokasi," kata Abdul Rasyid di Dermaga JICT II Tanjung Priok, Jakarta Utara.
Pesawat komersial Sriwijaya Air itu terputus hubungan selepas berlepas dari ibu kota Jakarta menuju ke Pontianak pada Sabtu.
Ia kemudian disahkan terhempas sekitar Pulau Laki dan Pulau Lancang, di kawasan perairan Kepulauan Seribu.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Nahas pesawat Sriwijaya Air Indonesia
Astro Awani
Sat Jan 09 2021

Operasi mencari dan menyelamat mangsa nahas pesawat Sriwijaya Air SJ182 bersambung pagi ini setelah lokasi insiden dikenal pasti. -AP

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Nahas Sriwijaya: 15 beg mayat dibawa ke hospital
Proses pengecaman mayat mangsa dimulakan dengan melakukan padanan DNA dengan waris dan keluarga.

Nahas Sriwijaya Air: Jokowi berduka cita, arah segerakan operasi mencari mangsa
Selain itu, Jokowi juga mengarahkan siasatan segera dijalankan untuk mengetahui punca insiden berkenaan.

Cebisan mayat ditemukan di lokasi pesawat Sriwijaya Air terhempas
Pasukan Tindakan Kecemasan dilaporkan berjaya menemui mayat semasa melakukan operasi mencari dan menyelamat di lokasi Pesawat Sriwijaya Air terhempas.

Nahas Sriwijaya Air: Nelayan dengar bunyi ledakan, nampak percikan api
Seorang nelayan menjadi saksi kejadian malang tersebut, iaitu percikan api di Pulau Laki, lantas telah meminta pertolongan kepada penduduk berdekatan.