Seorang budak lelaki 13 tahun yang digigit seekor jerung semasa meluncur di pantai dekat Mandurah, 85 kilometer dari Perth, berbasikal balik ke rumahnya dan bersarapan sebelum pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan, lapor portal berita Perth Now.
Cameron Pearman, pelajar Tahun 8 di Kolej Katolik Mandurah, berkata beliau mahu makan roti kismis sebelum ibu bapanya membawa dia ke hospital selepas insiden pada pukul 6 pagi itu.
"Saya sangat lapar. Saya hendak roti kismis sedikit," kata Cameron seperti dipetik oleh portal berita itu.
Budak itu mengalami luka kecil pada kaki kanannya dan dirawat oleh seorang anggota penyelamat pantai, sebelum dia menunggang basikal untuk balik ke rumah, lapor agensi berita dpa.
Apabila dia tiba di rumah, bapanya tidak percaya yang anak lelakinya itu diserang oleh seekor jerung sebaliknya memikirkan anaknya itu terjatuh basikal.
Menurut Cameron, ikan jerung yang dipercayai berukuran 2.25 meter menyerangnya dari belakang dan dia cuma nampak "kepala besar berwarna kelabu."
Menurut budak lelaki itu, insiden tersebut tidak menakutkannya untuk turun lagi ke laut, sebaliknya dia akan terus meluncur seawal-awalnya pada Ahad.
Pihak berkuasa pantai kemudian menutup pantai tersebut daripada dikunjungi orang ramai sehingga 6 pagi Ahad waktu tempatan.
Astro Awani
Sat Nov 29 2014
Seorang kanak-kanak yang digigit jerung semasa meluncur di sebuah pantai, berbasikal balik ke rumahnya dan bersarapan sebelum ke hospital.
DBKL urus terus lesen bazar Ramadan beri hasil baik kepada penjaja - Dr Zaliha
Inisiatif itu dilaksanakan bagi menangani rungutan mengenai harga dikenakan bagi permohonan lesen perniagaan.
Permohonan bantuan kewangan program perpaduan secara dalam talian
Insentif bantuan kewangan kepada NGO bagi penganjuran program perpaduan akan diuruskan secara dalam talian menerusi portal bermula tahun ini.
Keputusan AS tidak luntur komitmen Malaysia terhadap isu perubahan iklim
Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara-negara lain dalam menangani isu perubahan iklim di sebalik keputusan Amerika Syarikat menarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris.
Kerajaan sasar sifar projek sakit di bawah seliaan JKR - Ahmad
Kementerian Kerja Raya menyasarkan untuk menyelesaikan semua 16 projek sakit di bawah seliaan JKR di seluruh negara pada tahun ini.
Kelonggaran pelaksanaan sistem e-Invois permudah peralihan perniagaan kecil - Pakar
Tempoh kelonggaran selama enam bulan yang diberikan kerajaan sebelum pelaksanaan mandatori sistem e-Invois Malaysia membantu kalangan perniagaan kecil bersedia bagi pelaksanaan penuh.
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Budak 2 tahun maut, lemas dalam besen rumah pengasuh
Nenek mangsa berkata, dia mengetahui kejadian yang menimpa cucunya itu selepas menerima panggilan daripada anak lelakinya.
Kanak-kanak OKU dikhuatiri lemas tergelincir dalam sungai
Mangsa dipercayai terjatuh sekitar jam 6.15 petang tadi.
Budak sembilan tahun lemas ditemui
Pasir dipijak di Taman Rekreasi Lagun runtuh, budak sembilan tahun lemas di 2 Syawal ditemui pasukan penyelamat
Budak 6 tahun didakwa terlibat kes rogol berkumpulan
Seorang kanak-kanak lelaki, 6 tahun, adalah antara sekumpulan belia yang terlibat dalam kes rogol berkumpulan secara berulangan yang berlanjutan selama lima bulan di Pune, Maharashtra, barat India.
Budak lelaki sembilan tahun maut jatuh tingkat 20 - Polis
Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 20, Kondominium Palm Spring, Kota Damansara, di sini malam tadi.
Naik basikal balik rumah selepas digigit jerung
Seorang kanak-kanak yang digigit jerung semasa meluncur di sebuah pantai, berbasikal balik ke rumahnya dan bersarapan sebelum ke hospital.