Mengambil masa selama 32 tahun, hasil kerja keras seorang wanita Pakistan membuahkan hasil apabila al-Quran hasil tulisan tangan dan sulamannya berjaya dipamerkan di Pusat Pameran Al-Quran, di sini.
Menurut Nasim Akhtar, 63, dia adalah satu-satunya wanita di dunia yang menjahit tulisan al-Quran dengan tangan tanpa bantuan sesiapa.
“Saya gembira dengan apa yang dilakukan. Saya bermula ketika masih muda dan menamatkannya pada usia 60-an. Ia adalah hasil kerja keras dan dedikasi saya selama ini,” katanya.
Mengakui ia bukanlah kerja mudah, Nasim berkata dia menjahit sepanjang hari dan kadang kala hanya dapat menyiapkan dua baris sahaja kerana perlu berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kesilapan.
“Saya menyalinnya daripada Quran lain. Kadang-kadang hanya dapat siapkan dua baris atau tiga baris.
"Tidak mudah untuk siapkannya kerana saya terpaksa membaca perkataan itu bagi memastikan tiada kesalahan,” katanya.
Dia juga mahu hasil kerjanya diiktiraf Rekod Dunia Guinness memandangkan tiada lagi Quran disulam menggunakan tangan pernah dibuat sebelum ini.
Bagi melengkapkan al-Quran tersebut, Nasim menggunakan 300 meter kain dan 25,000 meter benang.
Sementara itu, Pegawai Komunikasi Pusat Pameran Al-Quran, Ahmad Zaki memberitahu, Nasim memulakan proses menulis dan menyulam pada Ogos 1987 ketika berusia 30 tahun dan menyiapkannya pada Januari tahun lalu.
“15 tahun pertama dihabiskan untuk menulis al-Quran manakala 17 tahun lagi untuk melakukan sulaman.
“Al-Quran seberat 55 kilogram itu mempunyai 10 volum dengan tiga juzuk bagi setiap volum,” katanya. - Agensi
Agensi
Wed Apr 10 2019

Nasim berkata dia menjahit sepanjang hari dan kadang kala hanya dapat menyiapkan dua baris sahaja kerana perlu berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kesilapan. - Foto Agensi

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Lebih 70 peratus murid Tabika Pra-Tahfiz kuasai lebih 10 surah - KP KEMAS
Lebih 70 peratus daripada hampir 60,000 murid Tabika Pra-Tahfiz di seluruh negara berjaya menguasai lebih 10 surah pendek (Juz Amma) al-Quran pada tahun lepas.

Sultan Selangor tidak setuju cadangan garis panduan hadiri majlis perayaan bukan Islam
Sultan Selangor menzahirkan pendirian tegas untuk tidak bersetuju dengan cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam.

Umat Islam perlu kembali kepada al-Quran sebagai panduan utama - Raja Perlis
Baginda bertitah al-Quran adalah penyelesaian muktamad bagi perbezaan yang mungkin timbul dalam kalangan umat Islam.

Guru agama warga Afrika ditahan rotan anak murid enggan baca al-Quran
Gara-gara enggan membaca al-Quran seperti yang ditunjuk ajar, seorang kanak-kanak lelaki warga Afika berusia 12 tahun dipukul guru agama dengan menggunakan rotan.

MQSS medan lahirkan generasi celik al-Quran - KPM
Kemahiran yang ditonjolkan dalam MQSS bukan bersifat pertandingan atau persaingan mencari seorang juara.

MEDIU tawar biasiswa khas kepada pelajar Malaysia
MEDIU menawarkan dua biasiswa khas untuk pelajar Malaysia untuk menyambung pengajian di universiti antarabangsa itu bagi pengambilan September.

Pelajar tahfiz perlu bersedia, tangani ekstremis dan pembenci Islam - PM Anwar
Kata Anwar, semua pihak harus menggunakan kewarasan akal dan kembali ke asas agama Islam sebenar seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Arab Saudi tawarkan rakyat Malaysia perjalanan lengkap, beribadah serta melancong
Pihak Berkuasa Pelancongan Arab Saudi (STA) memperkenalkan satu siri perubahan untuk menyelaraskan perjalanan rakyat Malaysia, menambah nilai perjalanan mereka ke Kota Suci Makkah dan Madinah.

Surah al-Jumuah bentuk sahsiah diri
Ia membolehkan masyarakat membebaskan jiwa mereka daripada unsur kemungkaran dan mendekatkan diri kepada keadilan Islam.

Institut pendidikan guru tahfiz Malaysia perlu diwujudkan - Permata al-Quran
Institut itu selain dapat mengajar guru tahfiz ia juga boleh berperanan sebagai hab pendidikan tahfiz di peringkat antarabangsa.