Perdana Menteri baru Pakistan Nawaz Sharif yang baru dilantik mengumumkan pembentukan 25 barisan menteri kabinet negara itu.
Majlis mengangkat sumpah pelantikannya dibuat di hadapan Presiden Asif Ali Sardari.
Pengumuman berkenaan dibuat pada lewat Jumaat.
Bagaimanapun beliau tidak memberikan butiran terperinci individu yang bakal mengisi portfolio berkenaan.
Stesyen televisyen tempatan melaporkan, selain jawatan Perdana Menteri Sharrif dijangka akan turut menyandang jawatan sebagai Menteri Luar.
Ishaq Dar yang sebelum ini menyandang Menteri Kewangan antara nama beberapa tokoh yang disebut untuk mengekalkan jawatan yang dipegang sebelum ini.
Dua wanita juga dijangka akan dilantik memegang jawatan menteri.
Seperti kerajaan sebelum ini, kepimpinan baru Sharif berdepan dengan beberapa cabaran utama.
Selain kemelut ekonomi, masalah keselamatan terutama ancaman rangkaian kumpulan Taliban serta puak bertelagah antara halangan yang perlu ditempuhinya.
Pada pilihan raya yang diadakan pada 11 Mei lalu parti yang diterajunya, Liga Kebangsaan Muslim Pakistan memenangi 176 daripada 342 kerusi parlimen.
Astro Awani
Fri Jun 07 2013


Letusan Gunung Lewotobi: Indonesia pindahkan 250 keluarga ke rumah sementara
Kerajaan Indonesia telah menempatkan semula 250 keluarga yang terjejas akibat letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Nusa Tenggara Timur dari pusat perlindungan pelarian ke rumah sementara.

Mobile Legend Bang Bang diperkenal di Sukan Asia 2026
Sukan Asia bakal berlangsung di Nachi-Nagoya, Jepun dari 19 September hingga 4 Oktober 2026.

Vikneswaran pertahan jawatan Presiden KLHA
Vikneswaran berkata beliau akan memberi fokus kepada membangunkan akar umbi sukan hoki negeri.

Lebih 400 pekerja USAID diberhentikan beberapa hari kebelakangan ini - Laporan
Ramai daripada mereka yang diberhentikan telah berkhidmat di USAID selama 25 tahun dan mempunyai pengalaman di zon konflik bersenjata.

Estonia umum bantuan ketenteraan AS$104 juta untuk Ukraine
Kerajaan Estonia membuat keputusan untuk membeli 10,000 peluru artileri dan menghantarnya ke Ukraine secepat mungkin.
AWANI Ringkas: Geran lebih RM3 juta buat usahawan mikro Sabah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 23 Februari 2025
1️⃣ Geran lebih RM3 juta buat usahawan mikro Sabah
2️⃣ Dipenjara dua bulan curi baju, tudung dan selipar
3️⃣ Ismail Sabri perlukan pemantauan rapi
#awaniringkas
1️⃣ Geran lebih RM3 juta buat usahawan mikro Sabah
2️⃣ Dipenjara dua bulan curi baju, tudung dan selipar
3️⃣ Ismail Sabri perlukan pemantauan rapi
#awaniringkas
AWANI Global: Siapa pemenang persaingan global AI
Siapakah yang menguasai dan menerajui perlumbaan AI masa kini? Apakah impak perkembangan AI genaratif dan cabaran mengoptimumkan kapasiti model AI?
Diskusi dan analisis bersama TS Dr Aznul Qalid mengenai persaingan AI pasca ChatGPT dan Deepseek dalam AWANI Global 9 malam ini.
Diskusi dan analisis bersama TS Dr Aznul Qalid mengenai persaingan AI pasca ChatGPT dan Deepseek dalam AWANI Global 9 malam ini.

Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi, seperti yang tular di media sosial.

Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima.

Ishaq Dar dilantik sebagai Menteri Luar Pakistan
Bekas Menteri Kewangan Ishaq Dar dilantik sebagai Menteri Luar Pakistan yang baharu.

Sekutu bekas PM Nawaz Sharif dilantik sebagai Menteri Kewangan Pakistan
Ahli politik kanan Pakistan Ishaq Dar, seorang penyokong setia bekas perdana menteri Nawaz Sharif, dilantik sebagai menteri kewangan baharu negara itu pada Rabu.

Muhammad Ishaq bakal jawat Menteri Kewangan Pakistan buat kali kelima
Bekas Menteri Kewangan Pakistan, Muhammad Ishaq Dar dijangka mengambil alih semula jawatan itu semula berikutan peletakan jawatan Miftah Ismail.

Nawaz Sharif bentuk kabinet 25 menteri
Ishaq Dar dijangka kekal sebagai Menteri Kewangan dan dua wanita juga dijangka dilantik sebagai menteri.