KUALA LUMPUR: Negara anggota ASEAN dijangkakan berkembang lebih kukuh selari dengan kedudukan badan serantau ini yang menjadi semakin penting di tengah-tengah cabaran geopolitik global semasa, kata Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Beliau berkata, dalam mendepani pelbagai isu yang membimbangkan di rantau ini, ASEAN tetap teguh dalam komitmennya untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan.
"Kami berharap semua anggota (ASEAN) akan terus teguh untuk mengukuhkan asas kita.
"Seperti sekarang, semangat Hari ASEAN yang disambut pada 8 Ogos, ASEAN kekal kukuh dan menjadi antara persatuan serantau yang paling penting di dunia hari ini.
"Sebagai rantau yang dinamik, kita tidak boleh mengelak berbicara tentang masalah. Tetapi yang penting ialah semua anggota ASEAN kekal teguh untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan di rantau kita," kata Zambry kepada pemberita selepas sambutan Hari ASEAN ke-56 yang diadakan dengan kerjasama Sejahtera Centre untuk Kelestarian dan Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini, semalam.
Sambutan itu turut dihadiri bekas setiausaha agung ASEAN Tan Sri Ajit Singh dan wakil dari Misi Diplomatik negara anggota ASEAN dan rakan kongsi.
Dalam ucapannya, Zambry menekankan bahawa Malaysia telah mengenal pasti pertumbuhan hijau sebagai strategi untuk melaksanakan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu serta menangani perubahan iklim dan cabaran alam sekitar bagi menyokong keamanan, keselamatan, kemakmuran dan pembangunan mampan global terutama dalam aspek ekonomi.
"Dalam konteks ini, kita mesti memastikan naratif pertumbuhan kita merangkumi prinsip kemampanan, keterangkuman dan kemakmuran bersama.
"Pertumbuhan kita seharusnya bukan sahaja menjadi kisah kejayaan ekonomi, bahkan (merangkumi) pemuliharaan budaya, perlindungan alam sekitar dan keadilan sosial," kata Zambry.
Bertemakan "Promoting Regional Sustainable Growth", sambutan Hari ASEAN memberi peluang kepada UIAM untuk mempamerkan usaha Sejahtera Centre dalam menginsankan pendidikan melalui SDG.
ASEAN bermula sebagai Persatuan Asia Tenggara (ASA) pada 31 Julai, 1967 yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu (sebelum Malaysia), Thailand dan Filipina, dan keahliannya diperluaskan ke negara lain di rantau ini, disusuli penubuhan ASEAN pada 8 Ogos, 1967, di Bangkok yang dianggotai Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand.
Brunei menyertai pada 8 Jan 1984, Vietnam (28 Julai 1995), Laos dan Myanmar (23 Julai 1997) dan Kemboja (30 April 1999).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 08 2023

ZAMBRY: Sebagai rantau yang dinamik, kita tidak boleh mengelak berbicara tentang masalah, tetapi yang penting ialah semua anggota ASEAN kekal teguh untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan di rantau kita. - Gambar fail/BERNAMA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Rundingan di Kaherah gagal mara ke fasa kedua: laporan
Rundingan Kaherah mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan rejim Israel telah gagal, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA), memetik saluran televisyen berita satelit Al Mayadeen.
Penduduk Seoul berhimpun menjelang keputusan pemecatan Suk Yeol
Ribuan penunjuk perasaan Korea Selatan termasuk penyokong dan pentang Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol mengadakan perhimpunan di seluruh Seoul pada Sabtu.
Turkiye ulang komitmen jadi tuan rumah rundingan damai
Menteri Luar Turkiye akan mengulangi tawaran menjadi tuan rumah rundingan damai antara Ukraine dan Rusia pada mesyuarat pemimpin Eropah di London pada Ahad.

Banjir di daerah Paitan, Sabah makin pulih
Situasi banjir di daerah Paitan semakin pulih, dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.
Dua pelajar cedera ditembak di Texas
Menurut Pihak Polis Pasadena, seorang daripada mereka ditembak di bahagian dada dan berada dalam keadaan stabil..manakala seorang lagi ditembak di bahagian lengan.
Sekurang-kurangnya empat maut
Sekurang-kurangnya empat pekerja maut selepas satu runtuhan salji menghempap pekerja pembinaan di lebuh raya berhampiran sempadan pergunungan India dengan Tibet.

MIFF pacu pertumbuhan industri perabot Malaysia - Johari
Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) menjadi pemangkin utama dalam mencorak dan memartabatkan industri perabot Malaysia, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Tumpuan Ahad – 2 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

ASEAN perlu perkukuh kepusatan, tumpu sasaran realistik - Nazir Razak
Ekonomi Asia Tenggara digesa untuk meningkatkan perdagangan dan memperkukuh kepusatan bagi melindungi negara mereka daripada keadaan global yang tidak menentu di tengah-tengah ancaman tarif Presiden A

ASEAN penting untuk kestabilan serantau di tengah ketegangan global - Syed Hamid
Tan Sri Dr Syed Hamid Albar menekankan kepentingan ASEAN dalam mengekalkan kestabilan serantau, menyifatkannya sebagai platform penting untuk dialog dan kerjasama dalam kalangan negara anggota.

KEB setahun: Pemetaan kluster, 3P pemacu agenda perkasa bumiputera - Pakar
Agenda pemerkasaan bumiputera perlu berteraskan tumpuan terhadap aspek pemetaan kluster dan penguasaan sektor strategik bagi memastikan kehadiran golongan itu di setiap peringkat.

ASEAN sokong 18 keutamaan ekonomi ditetapkan Malaysia
ASEAN sebulat suara menyokong 18 Keberhasilan Utama Ekonomi (PED) yang ditetapkan oleh Malaysia selaku Pengerusi tahun ini.

ASEAN perlu pelbagai kerjasama global hadapi tempoh mencabar
Tengku Zafrul berkata, prinsip ini menjadi antara teras utama Wawasan Komuniti ASEAN 2025 di bawah kepengerusian Malaysia tahun ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 27 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Konvensyen Francais ASEAN Mei ini rancakkan ekosistem francais serantau - Ewon
Konvensyen Francais ASEAN (AFC) yang julung kali diadakan pada Mei ini di ibu negara antara lain sebagai usaha memperkukuh ekosistem francais di rantau Asia Tenggara.

Dunia Islam alami defisit kepercayaan - PM Anwar
Dunia Islam dilihat mengalami defisit kepercayaan, dengan nilai integriti, pengorbanan, dan sumbangan seringkali dibayangi kepentingan diri dan pengumpulan harta benda.

ASEAN kekal guna cara diplomasi tangani isu Laut China Selatan, elak konflik berlarutan
ASEAN kekal menggunakan kaedah diplomasi pertahanan serta seruan agar mematuhi undang-undang antarabangsa dalam keselamatan maritim bagi menangani isu tuntutan bertindih di Laut China Selatan.