WELLINGTON: Rang undang-undang bagi menghentikan eksport ternakan melalui laut yang bakal diluluskan pada tahun depan, akan melindungi reputasi dan kedudukan New Zealand sebagai negara utama di dunia yang memenuhi piawaian kebajikan terhadap haiwan, kata Menteri Pertanian dan Perdagangan Damien O'Connor, lapor Xinhua.
"Kedudukan New Zealand yang terpencil bermakna haiwan berada di laut untuk tempoh yang lama, sekali gus mendedahkan mereka terhadap tekanan haba dan risiko lain yang berkaitan dengan kebajikan," kata O'Connor dalam satu kenyataan.
"Mereka yang terlibat dalam perdagangan sektor itu telah membuat penambahbaikan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, walaupun langkah pengawalseliaan boleh kami lakukan, masa pelayaran dan perjalanan melalui kawasan tropika ke pasaran hemisfera utara, tetap mencabar," kata O'Connor, memetik tragedi kapal Gulf Livestock 1 yang karam dua tahun lepas.
Kapal pengangkut ternakan yang didaftarkan di Panama itu, tenggelam di laut barat daya Jepun pada 2 Sept 2020 akibat taufan. Kapal pengangkut itu membawa 43 anak kapal dan kira-kira 5,800 lembu. Sejumlah 41 anak kapal dan semua haiwan dipercayai mati.
Menurut Rang Undang-undang Pindaan Kebajikan Haiwan, eksport ternakan New Zealand melalui laut akan dihentikan pada 30 April 2023.
Kerajaan membuat kajian semula perdagangan eksport ternakan pada 2019 sebagai respons terhadap kebimbangan ia boleh menjejaskan reputasi New Zealand, kata menteri itu.
Statistik menunjukkan eksport sektor utama New Zealand mencecah rekod 53 bilion dolar New Zealand (AS$30 bilion) tahun lepas.
"Impak ke atas aliran eksport adalah kecil dalam konteks jumlah eksport sektor utama," kata O'Connor, sambil menambah eksport langsung melalui laut mewakili kira-kira 0.6 peratus daripada eksport sektor utamanya tahun lepas.
Beliau berkata rang undang-undang pindaan kebajikan haiwan itu memperkukuh dan meningkatkan reputasi New Zealand sebagai pengeluar produk makanan berkualiti tinggi, selamat dan beretika.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 29 2022

Kedudukan New Zealand yang terpencil bermakna haiwan berada di laut untuk tempoh yang lama. - Gambar hiasan

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

PM New Zealand minat inisiatif Jabatan Audit Negara tingkat ketelusan
Wan Suraya dijemput sebagai tetamu kehormat Luxon di bawah program Felo ASEAN Perdana Menteri dari 11 hingga 13 Feb lepas di Wellington.

Pemilik Manchester United disaman New Zealand Rugby
All Blacks menuduh gergasi petrokimia itu enggan membayar ansuran bagi perjanjian enam tahun dan cuba 'berhenti tiga tahun lebih awal'.

New Zealand longgar peraturan visa benar pelawat bekerja sambil melancong
Ia dalam usaha terbaru untuk meningkatkan pelancongan dan pertumbuhan ekonomi.

Kapal Tentera Laut New Zealand terbakar sebelum tenggelam di Samoa
Sebuah kapal Tentera Laut New Zealand dilaporkan terbakar sebelum tenggelam di luar pantai Samoa pada pagi Ahad.

Tiga muka baru perkuat Harimau Malaya berdepan New Zealand
27 pemain menerima panggilan menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bagi menghadapi perlawanan antarabangsa menentang New Zealand.

New Zealand cipta rekod dunia haka Maori terbesar, rampas semula gelaran
Penganjur berkata 6,531 orang mempersembahkan haka paling terkenal di negara itu, Ka Mate, pada petang Ahad.

Jokowi puji pasukan keselamatan Indonesia bebaskan juruterbang New Zealand
Presiden Indonesia Joko Widodo memuji kejayaan pasukan tentera dan polis yang berusaha membebaskan juruterbang New Zealand, Phillip Mehrtens daripada menjadi tebusan kumpulan bersenjata Papua.

Juruterbang New Zealand diculik pemberontak terbang ke Jakarta
Tahap kesihatan Mehrtens dilaporkan stabil, meskipun juruterbang itu kehilangan berat badan yang ketara.

Ratu Maori New Zealand yang baharu dimasyhurkan menjelang pemakaman ayahanda
Anak bongsu dan anak perempuan tunggal Raja Maori New Zealand dimasyhurkan sebagai Ratu Maori yang baharu pada Khamis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

PM New Zealand puji potensi Malaysia, perkukuh hubungan dua negara
Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon mengakhiri lawatan rasminya ke Malaysia pada Selasa.