Seorang wanita warga Thailand berdepan detik cemas apabila seekor ular bertindak menyerangnya ketika berada di dalam tandas, Rabu lalu.
Anak perempuan mangsa, Chunya Sittiwichai, yang menceritakan pengalaman mengerikan ibunya itu menerusi akaun Facebooknya berkata, ular yang bersembunyi di dalam tandas itu menggigit peha ibunya secara tiba-tiba ketika sedang 'menunaikan hajat' (buang air besar).
Terkejut dengan situasi itu, ibu Chunya cuba menarik kepala ular tersebut tetapi ia hanya menyebabkan reptilia berkenaan terus mengeras, sekali gus mengakibatkan lebih banyak pendarahan berlaku.
Susulan itu Chunya yang mendengar jeritan ibunya terus meluru ke bilik air bersama pisau dan tukul untuk menyelamatkannya.
"Ibu saya cuba memotong badan ular itu tetapi kulit haiwan tersebut terlalu keras sehingga menyebabkan dia terpotong kulitnya sendiri sedalam tiga sentimeter.
"Malah, ibu saya hampir tidak sedarkan diri ketika ular itu terus membelitnya," tulis Chunya Sittiwichai.
Tambah gadis Thailand itu, ibunya terus mengetuk kepala ular tersebut di atas lantai sementara anak lelakinya bertindak mengetuk reptilia itu dengan tukul sehingga mati.
Keluarga mangsa terus membawa keluar wanita terbabit sebelum mengunci bangkai ular tersebut di dalam tandas tersebut.
Wanita berkenaan bagaimana pun selamat setelah dikejarkan ke hospital dan mendapat beberapa jahitan.
Agensi
Fri Jan 17 2020

Ibunya terus mengetuk kepala ular tersebut di atas lantai sementara anak lelakinya bertindak mengetuk reptilia itu dengan tukul sehingga mati - Foto Facebook

Keyakinan rakyat terhadap Maktab Tentera Diraja cukup tinggi - Timbalan Menteri
Adly Zahari berkata perkara tersebut dicerminkan berdasarkan kadar permohonan kemasukan yang menunjukkan peningkatan pada tahun 2024 dan 2025.

Laporan terkini cetus kebimbangan: Keselamatan kanak-kanak, stigma terhadap OKU
Menghebahkan dengan sensasi status OKU pelaku telah menyumbang kepada stereotaip yang memudaratkan komuniti OKU.

CDU/CSU raih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman
Blok Kesatuan Demokratik Kristian dan Kesatuan Sosial Kristian (CDU/CSU) meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman selepas semua kawasan selesai dikira.

Bullish Aim, YTL Communications jalin usaha sama bangunkan infrastruktur fiber generasi baharu
Bullish Aim Group (BA Group) dan YTL Communications Sdn Bhd memeterai usaha sama strategik bagi membangunkan infrastruktur fiber bersama generasi baharu.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Dua kanak-kanak maut dalam insiden letupan rocket-propelled grenade di wilayah Siem Reap, barat laut Kemboja, kata ketua pembersihan periuk api pada Ahad.

Kelayakan Piala Dunia 2026: Indonesia tambah tiga lagi pemain warisan
Indonesia semakin serius apabila tidak putus-putus menandatangani pemain warisan terbaharu bagi menghadapi baki perlawanan pusingan ketiga Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026.
Kempen vaksinasi polio besar-besaran di teruskan di Gaza
Tindakan kecemasan ke atas wabak polio di Semenanjung Gaza diteruskan dengan kempen vaksinasi besar-besaran dijadualkan diadakan dari 22 hingga 26 Februari 2025.
Trump yakin konflik akan berakhir awal minggu ini
Jurucakap White House, Karoline Leavitt pada Sabtu berkata Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Russia bagi menamatkan konflik Ukraine. Beliau juga berpandangan krisis yang berlarutan selama tiga tahun itu boleh berakhir seawal minggu ini.

Penerbangan American Airlines dilencongkan ke Rom susulan ancaman bom
Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada di ruang udara Laut Caspian.

Polis kesan individu buang air mengandungi puntung rokok depan rumah jiran
Kejadian yang dirakam menerusi CCTV itu dimuat naik menerusi media sosial serta menerima kecaman dari orang ramai.

Big Stage 2023: Akui hilang fokus, Firdaus Rahmat sebenarnya nak...?
Menurut Firdaus, dia sebenarnya hilang fokus semasa menyanyikan lagu Diari Seorang lelaki kerana mahu pergi ke tandas untuk melepaskan "hajat kecil".

Amazon mohon maaf, akui pekerja terpaksa buang air kecil dalam botol kerana sibuk bekerja
Beberapa media kemudian mendedahkan ramai pekerja Amazon mendakwa mereka tidak mempunyai banyak pilihan selain menggunakan botol plastik.

Ngeri... digigit ular ketika sedang 'tunai hajat'
Seorang perempuan warganegara Thailand berdepan dengan pengalaman ngeri apabila seekor ular menyerangnya ketika berada di dalam tandas.

Kanak-kanak India mahu bapa ditahan polis kerana gagal siapkan tandas dalam rumah
Berjuta-juta lagi rakyat India tidak mempunyai akses kepada kemudahan kebersihan dan masih lagi membuang air di tempat terbuka.

Sanggupkah buang air di tong ini? Adakah ini idea 'hancing' di Paris?
Ada yang berpendapat, tong merah itu hanya mencacatkan pemandangan di lokasi indah dan mempunyai nilai sejarah.

Padah lepas hajat dalam lif, budak lelaki China terperangkap dalam gelap
Seorang kanak-kanak lelaki dari Chongqing, China telah mencuba sesuatu yang di luar kebiasaan dengan membuang air kecil pada butang lif ketika menaikinya berseorangan.

Ibu pemalas suruh anak buang air dalam mangkuk milik restoran, dikecam
Seorang ibu di China membiarkan anaknya membuang air di dalam sebuah mangkuk makanan apabila anaknya itu meminta si ibu menemani ke tandas.

Pelancong China didakwa pengotor, Kuil Putih terpaksa bina tandas baharu
Wat Rong Khun, atau lebih dikenali sebagai Kuil Putih, akan membina tandas baharu sebagai penyelesaian kepada aduan terhadap pelancong China yang didakwa kurang beretika ketika di bilik air.