Seorang lelaki dilaporkan meninggal dunia selepas ditarik masuk ke dalam mesin Pengimejan Resonans Magent (MRI) di Hospital BYL Nair Chairatable, di sini pada Sabtu.
Mangsa, Rajesh Maru, 32 tahun, ketika itu sedang menemani seorang saudara lelakinya untuk menjalankan prosedur berkenaan dengan membantu membawa silinder oksigen ke bilik MRI, menurut laporan The Statesman.
Abang ipar mangsa, Harish Solanki berkata sebelum kejadian, seorang petugas wad di situ memaklumkan silinder oksigen itu boleh dibawa masuk.
Walau bagaimanapun, mesin MRI pada hakikatnya menggunakan kuasa magnet yang sangat tinggi bagi menghasilkan imej organ manusia.
Maka, sebarang objek logam akan mudah ditarik ke arah mesin dan ia sebenarnya tidak boleh dibawa masuk bilik tersebut.
“Apabila kami memaklumkan petugas wad itu bahawa bahan logam tidak dibenarkan bawa masuk ke dalam bilik MRI dan dia sebaliknya menjawab tidak mengapa, sebab mereka lakukan setiap hari. Malah lelaki itu memaklumkan suis mesin MRI itu sudah ditutup. Doktor dan juruteknik pula tidak berkata apa-apa,” jelas Harish.
Saksi yang berada di tempat kejadian menceritakan mangsa telah ditarik masuk ke dalam mesin itu dengan kuasa tenaga yang sangat kuat.
“Sebaik sahaja Rajesh masuk bilik MRI dengan silinder itu, ternyata suis mesin itu terbuka. Rajesh tersangkut dan tangannya turut tersangkut. Badannya turut ditarik dan dia tidak boleh bercakap. Kematian Rajesh berpunca dari kecuaian kami,” jelas Harish seperti dilaporkan dalam NDTV.
Sewaktu tubuh Rajesh dikeluarkan dari mesin itu, berlaku pendarahan yang sangat banyak.
Mangsa dikejarkan ke wad kecemasan sebelum kira-kira 10 minit sebelum menghembuskan nafas akhir.
Pihak polis berkata, laporan awal menunjukkan mangsa mati akibat menghirup oksigen cecair yang bocor dari silinder itu.
Silinder tersebut turut bocor selepas terhentak dengan mesin itu.
Susulan insiden itu, kerajaan negeri Maharashtra mengumumkan pampasan sebanyak 500,000 rupees (RM39,845.80) kepada keluarga mangsa.
Manakala, pihak polis Mumbai turut menfailkan kes terhadap hospital milik Doktor Siddhant Shah, dua petugas wad, Vitthal Chavan dan Sunita Surve kerana mengakibatkan kematian akibat kecuaian.
“Kami sudah menahan seorang doktor dan beberapa staf junior dibawah seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana mengakibatkan kematian atas kecuaian,” kata jurucakap polis Mumbai, Deepak Deoraj kepada AFP pada Isnin.
Pengarah hospital, Ramesh Bharmal memberitahu AFP, bahawa siasatan akan dilanjutkan bagi mengenalpasti punca sebenar kematian dan rakaman CCTV kejadian sudah diserahkan kepada pihak polis.
Astro Awani
Mon Jan 29 2018
Mesin MRI pada hakikatnya menggunakan kuasa magnet yang sangat tinggi bagi menghasilkan imej organ manusia. - Foto straitstimes.com
Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur
DBKL telah diberikan tanggungjawab untuk menganggotai Jawatankuasa Kecil Kesejahteraan Awam di peringkat nasional.
AWANI Ringkas: Gangguan seksual polis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Jangan bertelagah kerana sebab kecil, hanya akan rugikan bangsa' - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah mengingatkan agar rakyat hidup dalam keadaan harmoni, bersatu dan tidak bertelagah kerana sebab-sebab kecil.
#Ringkas 8 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 8 Februari 2025
1️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
2️⃣ Polis sahkan terima laporan aktivis pelajar
3️⃣ Penjualan pelbagai aset bernilai AS$7.4 bilion
#awaniringkas
1️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
2️⃣ Polis sahkan terima laporan aktivis pelajar
3️⃣ Penjualan pelbagai aset bernilai AS$7.4 bilion
#awaniringkas
Polis siasat dakwaan wanita jadi mangsa gangguan seksual di IPD
Polis telah menerima satu laporan pengadu berkaitan ketidakpuasan hati di atas tingkah laku anggota polis.
Jemaah haji visa Furada disarankan gunakan PJH berlesen TH
Jemaah haji yang memperoleh visa Furada disarankan menggunakan perkhidmatan PJH berlesen Tabung Haji untuk memastikan kebajikan dan mengelakkan penipuan haji.
Pencarum PERKESO tidak perlu bayar rawatan di klinik panel mulai tahun ini
Pencarum PERKESO kini boleh mendapatkan rawatan di 1,400 klinik panel tanpa bayaran untuk kes kemalangan pekerjaan dan penyakit khidmat mulai tahun ini.
“Saya tidak pernah tinggal Pahang, my heart is always here..” - Sultan Pahang
Demikian titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika ditanya dalam temubual eksklusif bersama Astro AWANI berkaitan perancangan baginda tentang pembangunan negeri itu.
Jangan bertelagah kerana sebab-sebab kecil, hanya akan rugikan bangsa - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah mengingatkan agar rakyat hidup dalam keadaan harmoni, bersatu dan tidak bertelagah kerana sebab-sebab kecil.
Sebuah masjid ikonik dibina di KotaSAS, tarikan pelancongan terbaharu di Kuantan
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, selain produk pelancongan sedia ada, kerajaan negeri juga sedang berusaha untuk mempromosikan pantai-pantai ikonik di negeri itu.
Niat nak membantu, lelaki akhirnya mati 'ditelan' mesin MRI
Seorang lelaki berusia dilaporkan meninggal dunia selepas ditarik masuk ke dalam mesin Pengimejan Resonans Magent (MRI) di Mumbai.