PERKHIDMATAN perkongsian basikal tanpa stesen, oBike, yang musnah akibat perbuatan laku musnah (vandalism) yang dilakukan oleh segelintir masyarakat di Malaysia dan Singapura kini menjadi sinar baharu buat kanak-kanak di Myanmar.
Menurut laporan berita Channel News Asia (CNA), seorang pelabur teknologi, Mike Than Tun Win mengambil keputusan untuk membeli 10,000 buah basikal daripada syarikat oBike untuk dibaikpulih sebelum diserahkan secara percuma kepada golongan kanak-kanak miskin di sana.
Than Tun Win mengambil tindakan itu bagi memperbaiki kehidupan kanak-kanak tersebut dengan harapan dapat memudahkan mereka untuk mendapatkan akses pendidikan.
Harga sebuah basikal mencecah AS$35 (RM144), termasuk kos penghantaran serta pengedaran.
Jumlah keseluruhan pembelian dibayar separuh oleh beliau manakala yang lain ditanggung oleh para penaja.
Program amal yang diterajui sendiri Than Tun Win dan diberi nama Lesswalk itu memulakan sesi pemberian basikal kepada kanak-kanak miskin di bandar Yangon terlebih dahulu sebelum pergi ke rantau Mandalay dan Sagaing.
Menurut salah seorang kanak-kanak penerima bantuan, Thae Su Wai, dia tidak perlu lagi berjalan kaki sejauh 10 kilometer selama dua jam untuk ke sekolah pada setiap hari.
Matlamat Lesswalk adalah untuk mengekalkan momentum dalam memberikan sejumlah 100,000 buah basikal dalam tempoh lima tahun di Myanmar.
BACA: oBike beri manfaat kepada pengguna? Tepuk dada tanya selera
BACA: Minda kelas ketiga, punca oBike 'diratah'
Tambah beliau lagi, basikal oBike mungkin tidak bernilai di Singapura, tetapi ia sangat berharga buat penduduk di negara yang hidup dalam kemiskinan.
oBike diperkenalkan pada tahun 2017 di Malaysia sebagai alternatif pengangkutan buat masyarakat untuk berbasikal jika tempat yang ingin dituju itu mengalami kesesakan lalu lintas.
Walau bagaimanapun, setahun kemudian perkhidmatan oBike itu gagal akibat daripada perbuatan masyarakat yang tidak bertanggungjawab melakukan vandalisme ketika menggunakannya. - Agensi
Agensi
Sat Jun 22 2019

Than Tun Win berkata, basikal oBike mungkin tidak bernilai di Singapura, tetapi ia sangat berharga buat penduduk di negara yang hidup dalam kemiskinan. Foto Facebook

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Misi KPM tingkat akses pendidikan di Sarawak
Program Tindak Susul Parlimen di Sibu, Daro dan Mukah membuktikan komitmen Kementerian Pendidikan tangani isu akses pendidikan di Sarawak.

KPM komited tambah baik akses pendidikan sekolah di kawasan pesisir
KPM mengambil langkah proaktif dengan turun padang di sekolah-sekolah di kawasan pesisir bagi melihat sendiri akses pendidikan.

Bantulah kami, kami juga nak sambung belajar di universiti - Pemuda Afghanistan
Anak muda di Afghanistan masih berdepan kesukaran mendapat akses kepada pendidikan kerana masalah kemiskinan.

Akses pendidikan di Afghanistan cetus kebimbangan - Menteri Luar Qatar
Sheikh Mohammed berkata Qatar terus bekerjasama dengan sekutu antarabangsa bagi melindungi orang awam di Afghanistan serta menyediakan laluan keluar yang selamat untuk ke Doha dan selainnya.

TV Pendidikan diteruskan, sasar pelajar tertentu - Radzi
Keputusan dibuat memandangkan situasi tidak terjangka pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini boleh mempengaruhi sebarang keputusan KPM.

oBike dari Malaysia, Singapura diberi kepada kanak-kanak Myanmar secara percuma
Than Tun Win mengambil tindakan itu bagi memperbaiki kehidupan kanak-kanak tersebut dengan harapan dapat memudahkan mereka untuk mendapatkan akses pendidikan.

Edunation tingkatkan akses pendidikan lebih menarik
Pelancaran Edunation bakal meningkatan akses kepada pendidikan yang lebih menarik dan tidak terhad di dalam bilik darjah semata-mata.