SEOUL:Lee Kun-hee, yang membangunkan Samsung Electronics menjadi jenama besar global termasuk telefon pintar, semikonduktor dan televisyen, meninggal dunia pada Ahad selepas enam tahun menerima rawatan di hospital berikutan serangan jantung.
Kun-hee, 78 tahun, membina Samsung Group menjadi konglomerat Korea Selatan terbesar dan muncul sebagai individu terkaya di negara itu.
"Kun-hee adalah figura simbolik di sebalik kemajuan ekonomi dan pengglobalan Korea Selatan. Pemergiannya bakal diingati leh seluruh rakyat Korea,” ujar Ketua Eksekutif Penyelidikan Korporat dari firma Chaebul, Chung Sun-sup.
Menurut data Suruhanjaya Perdagangan, keuntungan syarikat Samsung Group yang berjumlah 326.7 trilion Won (RM1.2 trilion) pada 2019 membentuk kira-kira 17 peratus daripada keluaran dalam negara kasar Korea Selatan.
Begitupun, mendiang juga pernah berdepan dengan isu negatif seperti dakwaan rasuah, penipuan cukai, salah urus perniagaan dan pemindahan kekayaan keluarga yang dipertikaikan, lapor Reuters.
Kun-Hee, dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarganya.
Menurut jurucakap Samsung, upacara pengebumian akan dilakukan dalam kalangan keluarganya sahaja, namun tidak dimaklumkan lokasi dan waktu pengebumian tersebut.
Kesungguhan Kun-Hee dalam mencuba perniagaan baharu, terutamanya dalam industri semikonduktor, serba sedikit telah banyak membantu mengembangkan konglomerat ayahnya, Lee Byung-chull.
Ia merupakan perniagaan yang bermula dari industri perdagangan mi kepada pusat global yang mempunyai aset bernilai menjadi pusat kuasa global dengan aset bernilai AS$375 bilion (RM1.5 bilion), termasuk beberapa bidang elektronik dan insurans sehinggalah kepada bidang pembinaan kapal dan pembinaan.
"Warisannya akan kekal diingati," kata Samsung dalam satu kenyataan.
Agensi
Sun Oct 25 2020
Kun-hee, 78 tahun, membina Samsung Group menjadi konglomerat Korea Selatan terbesar dan muncul sebagai individu terkaya di negara itu. - Reuters
Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran - Fadhlina
Guru yang ingin melakukan kerja sambilan perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia terlebih dahulu.
Henti tol percuma musim perayaan langkah wajar - Pakar, aktivis
Keputusan kerajaan menghentikan pemberian tol percuma pada musim perayaan adalah langkah wajar.
AWANI Ringkas: Kes kematian bayi dibawa ke mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PSK perlu patuh syarat KDN jika mahu pemain naturalisasi - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan yang berminat menggunakan pemain naturalisasi perlu mematuhi syarat ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.
SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang penjawat awam direman enam hari disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel melibatkan 41 tuntutan palsu.
Ziyad tidak beraksi di Sukan SEA Thailand 2025
Bagaimanapun, beliau akan bertanding pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2025 yang dijadual berlangsung Januari tahun depan.
Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.
Kerja pembaikan lintasan Rafah sedang dijalankan menjelang pembukaan semula
Lintasan itu mengalami kerosakan yang besar semasa serangan Israel selama 15 bulan yang disokong Amerika Syarikat (AS).
Surat kepada Editor: KWSP perlu pastikan dividen yang baik untuk ahli
KWSP harus erus fokus pada mandat terasnya, memaksimumkan pulangan supaya ahlinya dapat bersara dengan baik.
GDA patuh sepenuhnya syarat Suruhanjaya Sekuriti bagi ambil alih MAHB
GDA menyangkal sebarang andaian bahawa tawaran pengambilalihan MAHB telah dilakukan dalam cara selain daripada mematuhi sepenuhnya peraturan SC.
Penghormatan terakhir buat Pengerusi Samsung Electronics, Lee Kun-hee
Bekas Perdana Menteri Korea Selatan, Lee Nak-yon termasuk barisan pemimpin Parti Demokratik turut hadir pada majlis berkenaan.
Pengerusi Samsung Electronic didakwa elak cukai RM30 juta
Pengerusi Samsung Electronics, Lee Kun-hee dinamakan polis Korea Selatan sebagai suspek dalam kes elak cukai bernilai AS$7.5 juta (RM30 juta).