Seorang doktor gigi dihukum penjara 20 tahun susulan tindakannya mencabut gigi pesakit sambil berdiri di atas 'hoverboard'.
Memetik laporan CNN, Seth Lookhart, 35, turut disabitkan atas 46 tuduhan kesalahan pelanggaran pada Januari lalu termasuk penipuan bantuan perubatan, skim penipuan, amalan pergigian haram dan membahayakan.
Hukuman itu dikeluarkan oleh Jabatan Undang-Undang Alaska.
Hakim Mahkamah Tinggi Anchorage, Michael Wolverton menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dengan penangguhan selama lapan tahun ke atas Lookhart pada Isnin.
Ini bermakna Lookhart akan berada selama 12 tahun di dalam jeriji besi dan dia juga tidak dibenarkan mengamalkan karier sebagai doktor gigi selama 10 tahun.
"Saya fikir tindakan kamu sangat keterlaluan, narsisistik dan gila.
"Saya memaafkan kamu tetapi jelas perlu ada pengajaran yang berkesan supaya kamu boleh teladani," kata Wolverton.
Terdahulu, Lookhart meminta maaf atas tindakannya ketika membaca kertas pertuduhan.
"Tidak meragukan bahawa saya dapat memberi rawatan dan meringankan kesakitan pesakit yang memerlukan.
"Saya juga tahu saya seharusnya mengekalkan disiplin serta fokus ketika melayani pesakit yang saya sayangi," katanya yang mengaku telah berubah dan merayu mahkamah mempertimbangkan kembali keputusan tersebut.
Agensi
Fri Sep 18 2020

Keratan berita CNN tentang hukuman ke atas Lookhart. -Foto CNN

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Warga emas Thailand maut selepas cabut 12 batang gigi
Seorang warga emas maut selepas 12 batang giginya dicabut dan menyebabkan pendarahan tidak terkawal di Hospital Singburi, Thailand.

Padah cabut gigi pesakit atas 'hoverboard', doktor dihukum penjara 20 tahun
Lookhart turut disabitkan atas 46 tuduhan kesalahan pelanggaran pada Januari lalu termasuk penipuan bantuan perubatan, skim penipuan, amalan pergigian haram dan membahayakan.

Puntung jalani pembedahan buang nanah di rahang atas
Doktor pergigian veterinar dari Thailand, Dr Tum Chinkangsadarn melakukan pembedahan itu yang mengambil masa dua jam 20 minit di Santuari Badak Borneo di Kawasan Simpanan Hidupan Liar Tabin.