Anugerah Nobel Bagi Fisiologi dan Perubatan 2016 dimenangi oleh pakar biologi sel Jepun, Yoshinori Ohsumi.
Hadiah tersebut dianugerahkan kepada Ohsumi berikutan kajiannya mengenai autophagy iaitu kajian mengenai cara tubuh manusia memecahkan dan mengitar semula komponen sel.
Kajian ini penting kerana berjaya membantu menjelaskan proses sebenar yang berlaku dalam banyak penyakit misalnya kanser dan Parkinson.
Melalui kajian autophagy, Ohsumi berjaya mengesan gen yang mengawal proses ‘memakan diri sendiri’ ini. Kecacatan dalam gen inilah yang menyebabkan wujudnya penyakit seperti kanser.
Pada tahun lalu,William C Campbell, Satoshi Ōmura dan Youyou Tu terpilih memenangi hadiah Nobel perubatan kerana penemuan mereka tentang ubatan anti parasit.
Manakala pada tahun 2014, John O'Keefe, May-Britt Moser dan Edvard Moser menjadi pemenang melalui kajian mereka mengenai sistem navigasi otak.
Hadiah Nobel dianugerahkan oleh Yayasan Nobel sejak tahun 1901 dalam beberapa bidang utama seperti sains, perubatan, ekonomi, dan kesusasteraan bagi mengiktiraf pencapaian penting para ilmuan terhadap kehidupan dan tamadun manusia.
Agensi
Mon Oct 03 2016

Gambar fail 25 Mac 2015 Yoshinori Ohsumi di sebuah sidang media di Tokyo - AFP

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.
UK akan umum pakej sekatan baharu, terbesar ke atas Rusia
Kerajaan Britain akan mengumumkan pakej sekatan baharu bagi terus menekan Rusia sempena tahun ketiga pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johari
Menyifatkan langkah itu sebagai kolaborasi baik antara kedua-dua pihak, katanya beliau belum menerima sebarang makluman berkaitan tarikh perbincangan tersebut.

Penulis Korea Selatan Han Kang menang Hadiah Nobel Kesusasteraan
Han Kang memenangi Hadiah Nobel dalam bidang Kesusasteraan pada Khamis, menjadi penulis Korea Selatan pertama yang mendapat penghormatan sedemikian.

John Goodenough, pemenang Hadiah Nobel tertua meninggal dunia
Menurut Universiti Texas, di mana beliau bekerja sebagai profesor kejuruteraan, mendiang meninggal dunia pada Ahad.

Remaja penyelamat dunia tolak hadiah hampir suku juta
Greta Thunberg tolak anugerah alam sekitar yang membawa habuan hampir suku juta ringgit.

Saintis Malaysia menang 'anugerah Nobel' untuk pencapaian kajian kanser
Dr Serena merupakan graduan perubatan di Unit Penyelidikan Kanser, University of Cambridge di bawah tajaan Petronas.

Pakar biologi Jepun Yoshinori Ohsumi menang Anugerah Nobel Perubatan
Berikutan kajiannya mengenai autophagy iaitu kajian mengenai cara tubuh manusia memecahkan dan mengitar semula sel tubuh.