SEOUL: Presiden Yoon Suk Yeol mengeluarkan amaran tegas terhadap Korea Utara pada Selasa, dengan menyatakan bahawa rejim itu akan menerima tentangan hebat dari pakatan Korea Selatan-Amerika Syarikat jika ia menggunakan senjata nuklear.
Yoon membuat kenyataan itu semasa ucapan sempena Hari Angkatan Tentera ke-75, yang disambut pada 1 Okt dan memperingati penubuhan angkatan tentera negara itu.
"Rejim Korea Utara mesti sedar sepenuhnya bahawa senjata nuklear tidak akan pernah dapat menjamin keselamatannya," katanya semasa majlis peringatan di Pangkalan Udara Seoul di Seongnam.
Yoon mendakwa rejim itu telah meningkatkan keupayaan nuklear dan peluru berpandunya yang bertentangan dengan amaran komuniti antarabangsa dan " terang-terangan mengancam" untuk menggunakan senjata nuklear.
"Ini merupakan ancaman terhadap kewujudan rakyat kami dan cabaran serius kepada keamanan dunia.
"Berdasarkan keupayaan tempur yang sedia ada dan postur kesiapsiagaan yang mantap, tentera kami akan segera bertindak balas terhadap sebarang provokasi dari Korea Utara.
"Sekiranya Korea Utara menggunakan senjata nuklear, rejimnya akan ditamatkan oleh tindak balas yang kuat daripada pakatan Korea Selatan-Amerika Syarikat," katanya.
Yoon juga menuduh Korea Utara melakukan pencabulan hak asasi manusia.
"Ketaksuban rejim Korea Utara terhadap pembangunan senjata nuklear memburukkan lagi penderitaan rakyat Korea Utara.
"Rejim ini terus mengeksploitasi dan menindas rakyatnya serta melanggar hak asasi manusia mereka."
Korea Selatan akan mengukuhkan kerjasama keselamatan dengan Amerika Syarikat dan Jepun berdasarkan pakatan "yang kukuh" dengan Washington, dan mewujudkan posisi keselamatan yang kukuh, kata Yoon.
Satu perbarisan tentera berskala besar dijadualkan berlangsung di Seoul pada Selasa ini sebagai sebahagian daripada sambutan itu, dengan penyertaan sekitar 4,000 tentera dan lebih 170 jenis peralatan ketenteraan, termasuk kereta kebal K2 dan peluru berpandu berkuasa tinggi yang baharu, menurut pejabat pertahanan.
Ia akan menjadi perarakan pertama seumpama itu sejak 2013.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 26 2023

Yoon ketika berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di New York, 20 Sept 2023. - Gambar fail AP
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Korea Utara sahkan ujian peluru berpandu hipersonik jarak sederhana baharu
Peluru berpandu itu terbang sejauh kira-kira 1,500 kilometer pada kelajuan 12 kali ganda kelajuan bunyi pada hari sebelumnya.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Donald Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Jawatan itu dijangka akan memacu dasar-dasar terhadap beberapa musuh AS termasuk Korea Utara.

Presiden Yoon Suk Yeol 'terselamat', usul pecat ditolak
Usul memecat Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol selepas cubaannya untuk menguatkuasakan undang-undang tentera, ditolak pada Sabtu kerana tidak cukup kuorum, lapor agensi berita Yonhap.

Trump mahu jumpa, Kim Jong Un tegaskan tidak akan berlaku
Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mahu bertemu dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un untuk meredakan ketegangan di Korea.

Kim Jong Un arah pengeluaran besar-besaran dron 'bunuh diri'
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dilaporkan memantau ujian sistem senjata dron 'bunuh diri' dan mengarahkan pengeluaran besar-besaran senjata itu.

Korea Utara tandatangan perjanjian kerjasama ketenteraan dengan Rusia
Korea Utara menandatangani perjanjian dengan Rusia dengan mewujudkan "perkongsian strategik yang komprehensif", dpa memetik agensi berita Pyongyang, KCNA.

Korea Utara lancar peluru berpandu jarak dekat ke arah Laut Timur
Korea Utara melancarkan beberapa peluru berpandu balistik jarak dekat ke arah Laut Timur pada pagi Selasa.

Menteri Korea Utara janji sokong penuh Rusia dalam perang di Ukraine
Menteri Luar Korea Utara Choe Son Hui berjanji untuk membantu Rusia dalam perang melawan Ukraine "sehingga hari kemenangan" semasa perbincangan dengan rakan sejawatnya Sergei Lavrov di Moscow.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.