KARACHI: Kerajaan Pakistan mengarahkan pusat membeli belah dan pasar ditutup awal pada setiap hari ketika negara tersebut mengalami krisis ekonomi teruk, lapor BBC.
Menteri Pertahanan, Asif menyatakan langkah itu akan menjimatkan negara Asia Selatan sekitar AS$274 juta (RM1.2 billion).
Ketika ini Pakistan menggunakan bahan api yang diimport.
Harga bekalan tenaga global melonjak pada tahun lepas yang sekali gus memberi tekanan kepada negara sedang dilanda masalah kewangan.
Untuk membayar tenaga import ini, Pakistan memerlukan mata wang asing terutamanya, wang dolar Amerika Syarikat (AS).
Kerajaan Pakistan mempunyai AS$11.7 billion (RM51.4 billion) mata wang asing pada hujung bulan lalu selepas rizabnya jatuh kira-kira 50 peratus, tahun lepas.
Jadi, ia hanya cukup untuk menampung kira-kira sebulan nilai import negara, yang kebanyakan adalah perbelanjaan untuk tenaga. -Sinar Harian/Agensi
Sinar Harian
Wed Jan 04 2023

Langkah penutupan awal pusat membeli belah bagi menjimatkan bekalan tenaga. - Foto agensi
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Pakistan arah pusat beli-belah tutup awal akibat krisis ekonomi
Langkah itu akan menjimatkan negara Asia Selatan sekitar AS$274 juta (RM1.2 billion).