NEW DELHI: Pakistan turut menyertai Malaysia dan negara-negara Islam lain mengutuk tindakan provokatif Islamofobia serta mengkritik kumpulan pelampau yang merancang untuk membakar naskhah al-Quran di bandar-bandar di Sweden.
Pemimpin pelampau Denmark, Rasmus Paludan dari parti Stram Kurs telah membakar salinan kitab suci itu di Linkoping, Sweden, menurut laporan media.
"Insiden provokatif Islamofobia itu tidak lain hanya bertujuan menyentuh sensitiviti lebih 1.5 bilion umat Islam di seluruh dunia.
"Masyarakat antarabangsa perlu menunjukkan keazaman bersama menentang xenofobia, sikap tidak bertolak ansur dan hasutan kepada keganasan atas dasar agama atau kepercayaan, dan bekerjasama untuk menggalakkan keharmonian antara agama dan keamanan bersama.
"Itulah semangat di sebalik inisiatif Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) baru-baru ini yang diketuai Pakistan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menetapkan 15 Mac sebagai Hari Antarabangsa untuk Memerangi Islamophobia," menurut kenyataan Kementerian Luar Pakistan (MOFA) pada Isnin.
Setiausaha Agung OIC Hissein Brahim Taha dan beberapa negara Islam, termasuk Arab Saudi, Iraq dan Turki, pada Isnin mengecam provokasi terancang itu.
Menurut Kementerian Luar Turki serangan terhadap al-Quran di Sweden "menunjukkan mereka masih tidak belajar dari masa lalu, bahawa masih ada keraguan untuk menghalang tindakan provokasi Islamofobia dan perkauman."
Sementara Setiausaha Agung OIC berkata, perlakuan itu adalah manifestasi jelas pemikiran perkauman dan xenofobia penganjur dan tindakan mereka bertentangan dengan semua norma dan nilai masyarakat bertamadun.
Kementerian Luar Arab Saudi pula "mengecam tindakan yang disengajakan itu, satu provokasi dan hasutan terhadap umat Islam oleh beberapa pelampau di Sweden."
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 19 2022
Pemimpin pelampau Denmark, Rasmus Paludan dari parti Stram Kurs telah membakar salinan kitab suci itu di Linkoping, Sweden. - Gambar hiasan
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
Jawatankuasa khas selaras usaha cetak sejuta naskah al-Quran ditubuh
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah diarah mengetuai satu jawatankuasa khas bagi menyelaraskan usaha kutipan dana percetakan dan pengedaran sejuta Al-Quran ke seluruh dunia.
Pas percaya rakyat Sweden tolak perbuatan Paludan bakar al-Quran
Pas percaya rakyat Sweden tidak akan menerima dasar dan sikap pemimpin parti politik sayap kanan Denmark-Sweden Rasmus Paludan yang bertindak membakar senaskhah al-Quran pada 21 Jan lepas.
Pembakaran Quran di Xinjiang?
Laporan yang boleh dipercayai menunjukkan penganiayaan Muslim Uighur di Xinjiang -- tetapi hanya dua daripada gambar-gambar ini diambil di China.