KUALA LUMPUR: Malaysia akan menghantar surat bantahan rasmi kepada beberapa badan antarabangsa pada Rabu susulan tindakan biadap Tentera Rejim Israel menyerang penganut Islam Palestin di Masjid Al-Aqsa sejak Jumaat lalu.
Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata surat tersebut akan ditujukan kepada Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
Jelasnya, ketegangan yang berlaku ketika ini dikhuatiri akan semakin meruncing dan berkemungkinan tragedi pada tahun lalu akan berulang.
"Pada Ahad, saya telah menghubungi Menteri Luar Palestin, Riyad al-Maliki dan Ismail Haniyeh (pemimpin kanan Hamas) untuk mengulangi ketegasan Malaysia untuk menangani isu yang menimpa mereka.
"Mereka minta jika Malaysia boleh dalam apa cara bantu dalam menghentikan kekejaman tersebut.
"Selain itu, saya akan menghubungi beberapa menteri luar yang mungkin dalam kedudukan untuk bantu bercakap dengan Israel untuk hentikan perkara ini," katanya dalam sidang media di sini pada Selasa.
Beliau ditemui media semasa Majlis Iftar bersama Ketua-Ketua Perwakilan Asing dan Ketua-Ketua Organisasi Antarabangsa di Malaysia pada Selasa.
Pada Jumaat, sekurang-kurangnya 153 rakyat Palestin cedera apabila tentera Israel menyerang Masjid Al-Aqsa selepas solat subuh.
Pada 2021, tragedi hampir sama turut berlaku apabila 250 rakyat Palestin terbunuh dan 1,900 lagi cedera.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Apr 19 2022
![Palestin: Malaysia hantar surat bantahan rasmi kepada OIC, PBB, UNSC Palestin: Malaysia hantar surat bantahan rasmi kepada OIC, PBB, UNSC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81650377815_SaifuddinAbdullah.jpg)
Saifuddin (tiga dari kiri) bersama beberapa Perwakilan Asing yang hadir pada Majlis Iftar bersama Ketua-Ketua Perwakilan Asing dan Ketua-Ketua Organisasi Antarabangsa di Malaysia yang berlangsung di sebuah hotel di ibu negara. - Foto Astro AWANI
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![Pengusaha stesen minyak dibenar gajikan pekerja asing di kafe, kedai runcit Pengusaha stesen minyak dibenar gajikan pekerja asing di kafe, kedai runcit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732028196_TBSAIFUDDIN.jpg)
Pengusaha stesen minyak dibenar gajikan pekerja asing di kafe, kedai runcit
Kerajaan secara dasar bersetuju untuk memberikan kebenaran kepada pengusaha stesen minyak menggaji pekerja asing bagi kerja-kerja pembersihan serta pencucian di kafe dan kedai runcit stesen minyak.
![Mengapa sambut meriah kapal tentera laut China? - Saifuddin Mengapa sambut meriah kapal tentera laut China? - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728463362_tbkapallatihanChi.jpg)
Mengapa sambut meriah kapal tentera laut China? - Saifuddin
Sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China di Pelabuhan Pulau Pinang disifatkan 'tidak masuk akal'.
![MoU: Penting demi pelihara identiti nasional, elak ancam semangat demokrasi berparlimen - Saifuddin MoU: Penting demi pelihara identiti nasional, elak ancam semangat demokrasi berparlimen - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726543044_SaifuddinAbdullah.jpg)
MoU: Penting demi pelihara identiti nasional, elak ancam semangat demokrasi berparlimen - Saifuddin
Menurut Saifuddin, ia adalah sebahagian daripada sarat nilai (value loaded) yang diterapkan parti itu.
![Serangan Iran terhadap Israel untuk tuntut keadilan - Saifuddin Serangan Iran terhadap Israel untuk tuntut keadilan - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61668448273_SaifuddinAbdullah.jpg)
Serangan Iran terhadap Israel untuk tuntut keadilan - Saifuddin
Semua pihak diingatkan supaya melihat serangan balas Iran terhadap Israel sebagai tindakan bagi menuntut keadilan dan menegakkan kebenaran.
![ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51664963100_SaifuddinAbdullah.jpg)
ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.
![Parlimen: Saifuddin mahu Timbalan Menteri Luar tarik kenyataan berhubung 'pengiktirafan Israel' Parlimen: Saifuddin mahu Timbalan Menteri Luar tarik kenyataan berhubung 'pengiktirafan Israel'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658844581_TBPARLIMEN.jpg)
Parlimen: Saifuddin mahu Timbalan Menteri Luar tarik kenyataan berhubung 'pengiktirafan Israel'
Kenyataan Mohamad mengelirukan Dewan Rakyat di bawah Aturan 36(12) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, dan boleh menjejaskan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Palestin.
![Penganjuran Sukan Komanwel: JKPK Parlimen panggil KBS Penganjuran Sukan Komanwel: JKPK Parlimen panggil KBS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710412695_SaifuddinAbdullah.jpg)
Penganjuran Sukan Komanwel: JKPK Parlimen panggil KBS
Nasib Sukan Komanwel 2026 masih menjadi tanda tanya selepas Victoria di Australia, yang sepatutnya menjadi tuan rumah edisi ke-23 itu, menarik diri pada Julai tahun lepas
![PRK Pelangai: Majoriti BN jelas merosot - Saifuddin PRK Pelangai: Majoriti BN jelas merosot - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691736627_SaifuddinAbdullah.jpg)
PRK Pelangai: Majoriti BN jelas merosot - Saifuddin
Perikatan Nasional (PN) Pahang bersikap positif meskipun kalah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.
![PRN: Tindakan Dr Faiz Na'aman keluar parti tak beri kesan kepada Bersatu PRN: Tindakan Dr Faiz Na'aman keluar parti tak beri kesan kepada Bersatu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691736627_SaifuddinAbdullah.jpg)
PRN: Tindakan Dr Faiz Na'aman keluar parti tak beri kesan kepada Bersatu
Bersatu tidak terkesan dengan keputusan Dr Muhammad Faiz Na'aman meninggalkan parti itu.
![LHDN serbu rumah Hamzah: Helah politik murahan burukkan PN - Saifuddin LHDN serbu rumah Hamzah: Helah politik murahan burukkan PN - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61668448273_SaifuddinAbdullah.jpg)
LHDN serbu rumah Hamzah: Helah politik murahan burukkan PN - Saifuddin
Tindakan LHDN menyerbu rumah Hamzah Zainudin disifatkan Saifuddin sebagai cubaan untuk memburukkan PN dan helah politik murahan parti lawan.