KAHERAH: Parlimen Arab mengecam keputusan kerajaan Israel untuk menghentikan penghantaran bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza, menyifatkannya sebagai jenayah perang terhadap kemanusiaan, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Parlimen Arab dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad menegaskan bahawa tindakan Israel itu melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa serta perjanjian antarabangsa yang menjamin bantuan dapat disalurkan kepada orang awam semasa konflik.

Parlimen turut menggesa masyarakat antarabangsa, khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), untuk mengambil tindakan segera bagi memaksa Israel membenarkan bantuan memasuki Gaza tanpa sebarang syarat.

Ia turut memberi amaran bahawa Israel membahayakan nyawa orang awam dengan menggunakan kebuluran sebagai senjata, lebih-lebih lagi menjelang Ramadan.

-- BERNAMA